Buat IC baru

October 29, 2012


Assalamualaikum,


Aku baru je balik dari buat IC dengan adik perempuan aku.

Sebab buat IC baru:

  1. IC lama sejak darjah 6, muka budak kot. tak suka
  2. Cip rosak (takbole nak baca)
  3. Tukar alamat rumah


Tapi IC baru ni gambar sampai dua. Alahai, buat apa lah nak banyak-banyak gambar kat IC ni. Buat macam biasa sudah lah. Tapi biar je lah.

Masa nak buat IC tadi, sekejap gila! Tak sampai sejam kot rasanya. Orang memang ramai, tapi servis bagus! (Y) memang cepat! Lagi satu. Rasanya kalau buat IC, kena tunggu 3 bulan baru siap kan? Tapi orang tu kata esok dah boleh ambil. Dah maju dah sekarang ni rasanya. Bagus lah kan :D

Tadi Sarah sibuk nak buat IC juga. Dia kata sebab dia punya takde gambar. Lepas adik aku buat, aku saje acah Sarah, suruh dia duduk pula kat kerusi sebab nak ambil gambar. Dia malu-malu pula. Hahaa xD nasib baik dia taknak. Kalau dia beria nak? Ah sudahh! Memang tak tahu nak buat apa lah kan.


Ntah bila nak ambil IC pun tak tahu lah sebab abah busy kerja -______-

You Might Also Like

4 comments

  1. sy nak buat IC baru gak
    umur da meningkat tp still guna IC darjah 6 dlu
    feeling muda gittew
    hahah

    ReplyDelete
  2. @farra fajima; haha. mmg la best feeling muda. tp kalo gamba tak cantik, terus hancur feeling tu

    ReplyDelete
  3. eh..yelah.ic baru ni gambar ada dua

    ReplyDelete