6 Maut Kemalangan Ngeri

October 11, 2012


Assalamualaikum,

KEBUMI...jenazah Noran dan tiga anaknya dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jabor Kubur, semalam.
KEBUMI...jenazah Noran dan tiga anaknya dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jabor Kubur, semalam.
CHUKAI: “Ibu memang tak pernah beritahu apabila nak datang rumah saya sebab dia suka buat kejutan. Sungguh saya tak sangka kejutannya kali ini berakhir tragedi.” Demikian kata Nursyamira Abdullah, 21, yang kehilangan ibu dan tiga adik tiri akibat kemalangan yang keseluruhannya meragut enam nyawa di Kilometer 129.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Kampung Meraga Beris, Kijal, dekat sini, awal pagi semalam.

Foto
REMUK...kereta mangsa yang terbabit kemalangan.
Foto
ROSAK...bas ekspres yang terbabit kemalangan, semalam.
Kemalangan jam 4.30 pagi itu berlaku ketika ibu Nursyamira bersama lima adik tirinya serta dua kenalan dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Gong Pauh, di sini, ke rumah Nursyamira di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Terengganu. Bagaimanapun, Perodua Viva yang dinaiki lapan penumpang itu terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah bas ekspres membawa 23 penumpang dari Kota Bharu dalam perjalanan ke Kuantan. Enam yang terbunuh ialah ibu Nursyamira, Noran Ali, 39, tiga adik tirinya, Nurkhairatul Najiha Narizan, 4, Nur Syardieena Afzan, 9, dan Nursyazleen, 12, rakan Noran, Wan Alpisar Wan Abd Kadir, 43, serta Khairudi Omar, 31, yang memandu kereta.





Nota FD: kesian family ni. baru nak pi jumpa anak, dah kemalangan dan kemudian meninggal dunia. teruk juga kereta tu lepas accident. moga roh mereka dicucuri rahmat. amin :)

You Might Also Like

3 comments

  1. kesiannya mereka2 neh. hurmmm...

    ReplyDelete
  2. @Sue PeLik; doakan je la mereka walaupun kita tak kenal

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah...semoga roh mereka semua dicucuri rahmat dan diletakkan di tempat orang2 yang beriman dan beramal soleh di sisiNya.amin..

    ReplyDelete