Cash Out

Cek pertama dari Nuffnang!

September 06, 2012


Assalamualaikum,
17 July yang lepas, aku ada cash out kat Nuffnang. Lama juga aku tunggu sampai bagi ticket banyak-banyak kat Nuffnang. Sebabnya aku cuma tanya agak-agak bila cek tu akan sampai. Kat bawah ni email yang aku dapat dari Nuffnang, ticket ke tiga yang Nuffnang balas. Ticket yang lain langsung takde respond. 3 kali weh aku hantar ticket!

*klik untuk lebih jelas*

Kat dalam email tu, pihak Nuffnang kata mungkin cek aku akan sampai dalam 14 September. Tapi semalam bila bangun je, mak cakap "tu cek hang dah sampai". Terkejut juga kot mak cuma nak ngusik aku ke kan. Lepas tu aku turun bawah pergi tengok kat meja. Patut lah pun. Rupa-rupanya mak dah buka dulu sampul tu.

Kebetulan pula semalam aku kena temankan abah pergi bank kat bandar. Alang-alang dah ke bank, aku pun suruh lah abah tolong pasal cek tu. Deal dengan abah, masukkan nilai cek tu kat bank abah, then abah bagi kat aku RM75. Aku cakap kat abah "alaa, bagi je lah RM80". Abah pun okay. YESS! Memang best deal dengan abah! Lepas ni kalau nak buat apa-apa berkaitan dengan duit, deal dengan abah je. Teheee :D

Takde gambar cek sebab lepas tengok tu, terus gerak bank (tak sabar).
Walaupun tak banyak yang aku kumpul, ni pun dah kira alhamdulillah. Setahun weh aku kumpul. Nasib baik ada juga hasilnya. Mak cakap lepas ni kalau ada duit apa-apa, bawa keluar je terus. Jangan jadi macam dulu. Hm, apa yang dimaksudkan dengan mak "jangan jadi macam dulu", sebab akaun says.my aku dah kena suspended. Nanti aku share dengan korang dalam next entry. Okay?


Sedih lagi ni sebab akaun kena suspended.
Tapi takpe, deal dengan abah ada untung juga. Haha xD

You Might Also Like

14 comments

  1. huhuk..
    best la dpt duit dr nuffnang..

    ReplyDelete
  2. tahniah ye..tamaw sedih lha pasal Says tu..ada cara nak bersama dengan Says balik kalau betul akaun kena suspend.. ^.^

    ReplyDelete
  3. macam mana tu akaun kena suspended?

    ReplyDelete
  4. @Ezy Chiaki; alhamdulillah rezeki blogging :)

    ReplyDelete
  5. @mя hanzs cheesecake; thank you :) hm harap-2 macam tu lah. banyak kot duit dalam tu T.T

    ReplyDelete
  6. @boni kacak; hm tak tahu. maybe ada buat silap. sebab tu kena suspended T__T

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...ada jgk dpt hasil dari berblogging ni kan..:D

    ReplyDelete
  8. amboi.ni rupanya.hahah.congrate2.bila nak belanja?hihi.:P

    ReplyDelete
  9. boleh saya tau kenapa akaun says ken ban??..

    says.my sekarang dah pndai menipu..dalam akaun saya dah beratus..lpas tu kena ban..reason dia tulis langgar terms and condition..pndai... x nak bayar ckp je la..huhu...

    ReplyDelete
  10. @Hant; saya pun dah pena kena. kumpul sampai beratus, tiba-2 account kena gantung and sebabnya salah cara share. geram gila. mak pun ckp benda tu menipu kot. tp saya cuba lg. buat account lain. awak cuba la nnt

    ReplyDelete
  11. tahniah dapat juga cek dr nuffnang..salam perkenalan dari GK..JEMPUT KE BLOG GK

    ReplyDelete