Anak Merdeka vs Projek Merdeka

September 01, 2012


Assalamualaikum,
Tak salah kan kalau aku nak post pasal Merdeka lagi? Hihi :D okay, macam yang aku post kat entri yang lepas. Ada baby Merdeka atau tak. Jom tengok! :D


ANAK MERDEKA :)
SEREMBAN: Jururawat, Nur Khalisah Abdul Karim, 22 (kanan) dan Siti Noorsahara Hussin, 28, bersama tiga orang bayi yang dilahirkan pada Hari Merdeka, di sini. FOTO Iqmal Haqim Rosman (31/08/2012)

-----------------------------------------------------------------------------------

PROJEK MERDEKA(18sx)
Tumblr_m8119ah5le1qhftduo1_500_large
*hiasan semata-mata*

JAIP cekup 19 pasangan berkhalwat dalam operasi malam merdeka

KUANTAN: Menyorok bawah katil, mendaftar diri dengan nama palsu dan mengaku sebagai pasangan yang sudah berkahwin, itu antara taktik yang digunakan sebahagian 19 pasangan beragama Islam yang dicekup Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam operasi cegah maksiat pada malam sambutan Hari Kemerdekaan awal pagi tadi.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIP Mohd Raffli Abd Malik berkata pasangan berkenaan yang dicekup di hotel-hotel bajet sekitar bandar ini kerana berkhalwat kini ditahan JAIP untuk siasatan lanjut dan dibenar diikat jamin sebelum dibebaskan.
"Seramai 38 orang, iaitu 19 lelaki dan 19 wanita berumur dalam lingkungan 19 hingga 40 tahun berjaya kita tahan dalam operasi cegah maksiat JAIP yang bermula dari 10 malam hingga 6 pagi tadi," katanya kepada pemberita selepas operasi berakhir kira-kira 6.30 pagi tadi.
Pasangan itu bakal didakwa mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.
Beliau turut menasihatkan pasangan berkenaan yang kebanyakannya muda-mudi agar menyambut kemerdekaan dengan cara yang sewajarnya, bukan mengambil peluang dengan melakukan perbuatan yang bercanggah dengan Islam. - Bernama


Nota FD: 1- tahun ni ada baby Merdeka 3 orang je ke? Babies tu nampak comel lah<3
2- aku dah agak dah. mesti ada projek Merdeka selain benda "Janji Ditepati" tu.

You Might Also Like

2 comments

  1. semoga kita mengambil iktibar daripada kisah ni... :)

    ReplyDelete
  2. wahh, baby tu anak merdekaa! :)

    ReplyDelete