Thursday, 13 September 2012

Aksesori paling murah!


Assalamualaikum,

Minggu lepas nampak online shop yang jual aksesori yang sememangnya murah sangat-sangat! Kat online shop tu, aksesori start dengan harga RM1. Murah gila, kan? Paling mahal pun aku tengok bawah RM30 kalau tak silap aku. Owner online shop tu jual aksesori dengan harga borong. Tak macam online shop lain yang aku tengok. Paling tidak pun start dengan harga RM9 ke atas untuk set subang. Mahal sikit kan?
Aku bukannya apa. Cuma nak jadi pembeli yang bijak. Hihi :D kita kena lah pandai bandingkan harga dengan mana-mana kedai. Betul tak?

Dua hari lepas aku dah survey habis, so beli barang sikit kat online shop tu.
Parcel ni aku baru je dapat tengah hari tadi.
*tak menyempat, terus buka subang kat bungkusan tu*

Sarah tanya "apa tu kak?". Aku cakap la "Hello Kitty. Sarah punya", sambil aku passing kat dia parcel tu. Sarah kemain excited lagi! Aku suka tengok kalau adik aku happy :')
Lagi pun memang aku nak beli kat Sarah subang Hello Kitty tu sebab masa aku tengah survey, dia pun sibuk nak tengok. Lepas tu dia tunjuk subang HK dan dia kata yang dia nak. Aku pun beli la :)

Nampak tak kat telinga Sarah tu? Haa. itu lah subangnya. Buka je bungkusan tu, aku tanya Sarah "nak pakai ke?". Laju je dia jawab nak. Mak cakap Sarah pun kemain, suka bergaya. Hahahaa! Mak cakap masa aku kecik dulu, punya lah susah nak buka subang sampai nangis-nangis. Sarah relax je masa aku buka subang dia.

Ni antara barang yang aku beli kat online shop tu :)
Subang HK - RM6/pair

Subang LOVE - RM5.50

Tak tahu apa nama benda ni. Hahaa xD tapi murah! Cuma RM2/each.
Kat tempat lain aku tengok semua atas RM10. Mahal kot. Nasib baik dia ada jual tapi dah habis stock sebab aku beli yang last. Hihi :D
1st try, gagal. 2nd try, selekeh. 3rd try, YEAY! Menjadi juga. Kemas pula tu. Teheeee :3


Nak shopping aksesori murah juga? Terjah >SINI<
*owner online shop tu tak faham bahasa Melayu. so aku pesan kat korang awal-awal, korang kena cakap/taip dalam bahasa English :)

No comments: