Outing with friends

16 September 2012

September 25, 2012


Assalamualaikum,

Haritu turun Melaka, buat reunion dengan kawan-kawan masa PLKN dulu. Rindu dengan diorang. Hihi :D takde banyak benda nak cerita sangat pun. Cuma share gambar apa yang kitorang buat haritu :)

Sampai je MC, terus breakfast kat McD. Lepak-lepak kejap, lepas tu borak-borak.
Black yang pakai baju biru tu. Yang perempuan tu pula Ieja.

Lepas breakfast, terus gerak Mahkota Parade sebab Black ajak karaoke.
Yang berisi tu Ciin, yang baju kelabu purple tu pula Ridz.

Pergi karaoke sampai 2 jam. Aku dengan Ieja sampai tertidur dengar Ciin, Ridz dengan yang lain melalak nyanyi lagu macam-macam. Kejap lagu rock, kejap lagu jiwang. Lagu omputeh diorang tak nyanyi pun, hahaa. Diorang dah sakit tekak menyanyi, keluar dari situ and cari tempat lain pula nak lepak.
Ciin dengan Ridz main pool.

Black main bowling dengan yang lain.
Black kata dia tak reti main. Aku percaya lah. Sekali bila dia baling bola tu, strike pula. Aku marah-marah Black sebab kata tak reti main, dia gelak-gelak je. Lastly Black yang menang. Beza 2 markah je kalau tak silap aku.
Aku dengan Ieja tak main sebab sememangnya tak reti nak main. Mau masuk longkang je nanti. Hahaa! :D

Dah puas karaoke, main pool and bowling, masa untuk isi perut pula! YEAYY!
Masa ni aku tengah cakap dengan Black, nak makan Pizza Hut. Then aku explain kat dia aku suka makan Pizza yang mana satu sebab Black kata dia tak pernah makan Pizza Hut. Black cakap dia tak makan Pizza Hut sebab dia macam tak selera tengok cheese tu bila tarik nak ambil Pizza tu. Faham tak? Tak faham? Lantak korang ah! 

Punya excited lah diorang ni bila ajak makan Pizza Hut. HAHAHAA! xD

Makanan dah sampai! YEAYYYY! :D

Masa makan Pizza, aku tunjuk kat Black cheese yang panjang meleleh tu. Black macam geli. Hahaa! Lepas tu aku tengok Black ketepikan cheese yang panjang tu kat pinggan. Aku suruh dia makan, dia taknak. Pelik-pelik je tau Black ni.
Black gila! Hahaa! Tengok ah macam mana nak pegang mangkuk/cawan tu. Hahaa.
Lepas makan Pizza, mushroom soup baru je sampai. Black and Ridz yang makan. Mula-mula diorang makan roti tu cicah dengan mushroom soup, tu aku boleh terima lagi. Lepas tu tiba-tiba Black buat gila. Black pergi celup chicken wing tu kat mushroom soup and makan. Aku dah terkejut gila. Merepek je tau dia ni. Bila dah takde makanan untuk dicelup dengan mushroom soup, Black bagi cadangan nak lawan minum mushroom soup tu. Sekejap je Black dengan kawan dia habiskan mushroom soup tu. Black menang. Lepas tu diorang buat keje gila lagi. Black kata "belum habis lagi tu, tengok aku punya", sambil ambil tisu siap lap mangkuk/cawan tu sampai licin. Ngok ngek Black ni tau.
Memang senak perut asyik gelak bila lepak dengan Black.


Penat berjalan kat MP, masa untuk balik :)
Thanks for that day guys! :D

You Might Also Like

2 comments

  1. @Ezy Chiaki; bertahun? lamanya! hahaaa xD esok kita pi makan nak? :p

    ReplyDelete