Tuesday, 25 September 2012

16 September 2012


Assalamualaikum,

Haritu turun Melaka, buat reunion dengan kawan-kawan masa PLKN dulu. Rindu dengan diorang. Hihi :D takde banyak benda nak cerita sangat pun. Cuma share gambar apa yang kitorang buat haritu :)

Sampai je MC, terus breakfast kat McD. Lepak-lepak kejap, lepas tu borak-borak.
Black yang pakai baju biru tu. Yang perempuan tu pula Ieja.

Lepas breakfast, terus gerak Mahkota Parade sebab Black ajak karaoke.
Yang berisi tu Ciin, yang baju kelabu purple tu pula Ridz.

Pergi karaoke sampai 2 jam. Aku dengan Ieja sampai tertidur dengar Ciin, Ridz dengan yang lain melalak nyanyi lagu macam-macam. Kejap lagu rock, kejap lagu jiwang. Lagu omputeh diorang tak nyanyi pun, hahaa. Diorang dah sakit tekak menyanyi, keluar dari situ and cari tempat lain pula nak lepak.
Ciin dengan Ridz main pool.

Black main bowling dengan yang lain.
Black kata dia tak reti main. Aku percaya lah. Sekali bila dia baling bola tu, strike pula. Aku marah-marah Black sebab kata tak reti main, dia gelak-gelak je. Lastly Black yang menang. Beza 2 markah je kalau tak silap aku.
Aku dengan Ieja tak main sebab sememangnya tak reti nak main. Mau masuk longkang je nanti. Hahaa! :D

Dah puas karaoke, main pool and bowling, masa untuk isi perut pula! YEAYY!
Masa ni aku tengah cakap dengan Black, nak makan Pizza Hut. Then aku explain kat dia aku suka makan Pizza yang mana satu sebab Black kata dia tak pernah makan Pizza Hut. Blak cakap dia tak makan Pizza Hut sebab dia macam tak selera tengok cheese tu bila tarik nak ambil Pizza tu. Faham tak? Tak faham? Lantak korang ah! 

Punya excited lah diorang ni bila ajak makan Pizza Hut. HAHAHAA! xD

Makanan dah sampai! YEAYYYY! :D

Masa makan Pizza, aku tunjuk kat Black cheese yang panjang meleleh tu. Black macam geli. Hahaa! Lepas tu aku tengok Black ketepikan cheese yang panjang tu kat pinggan. Aku suruh dia makan, dia taknak. Pelik-pelik je tau Black ni.
Black gila! Hahaa! Tengok ah macam mana nak pegang mangkuk/cawan tu. Hahaa.
Lepas makan Pizza, mushroom soup baru je sampai. Black and Ridz yang makan. Mula-mula diorang makan roti tu cicah dengan mushroom soup, tu aku boleh terima lagi. Lepas tu tiba-tiba Black buat gila. Black pergi celup chicken wing tu kat mushroom soup and makan. Aku dah terkejut gila. Merepek je tau dia ni. Bila dah takde makanan untuk dicelup dengan mushroom soup, Black bagi cadangan nak lawan minum mushroom soup tu. Sekejap je Black dengan kawan dia habiskan mushroom soup tu. Black menang. Lepas tu diorang buat keje gila lagi. Black kata "belum habis lagi tu, tengok aku punya", sambil ambil tisu siap lap mangkuk/cawan tu sampai licin. Ngok ngek Black ni tau.
Memang senak perut asyik gelak bila lepak dengan Black.


Penat berjalan kat MP, masa untuk balik :)
Thanks for that day gusy! :D

Pilih hadiah sendiri kat sini! --> http://sy.my/2t02
Cupcakes paling comel! --> http://sy.my/2mn2

Friday, 14 September 2012

RM15,000 sebulan dengan Bisnes Printing?


Assalamualaikum,


*klik banner untuk lebih info*


Saya ada berita baik yang nak saya kongsikan dengan anda..
Ianya mengenai...

Rahsia Bagaimana Memulakan Bisnes Printing
Dari Rumah Secara Part Time & Jana Pendapatan
Tambahan RM3,000 hingga RM15,000 Sebulan...

Seseorang baru sahaja bongkarkan dalam sebuah panduan ringkas
bagaimana anda boleh mulakan bisnes printing tanpa keluar modal beribu ringgit...

Malah beliau juga ada membongkarkan:

# Potensi besar dalam bisnes printing
# Produk-produk HOT dalam bisnes printing
# Berapa keuntungan sebenar bisnes printing
# Cara terbaik mulakan bisnes printing
# Bagaimana mulakan TANPA MODAL

Wow ada 5 perkara penting yang beliau kongsikan kali ini.
Serius aku cakap, ianya memang perkongsian yang terbaik!

Jangan berlengah lagi...
Download sekarang ketika ianya masih lagi
PERCUMA!

Klik sini untuk download ---> http://goo.gl/2m1cPV


 

Nak buat bisnes printing dan dapat untung macam iklan kat atas ni?
Ikut step kat bawah ni ;)

1) Akses ke: http://goo.gl/2m1cPV
2) Masukkan NAMA dan EMAIL anda di web tersebut.
3) Semak email CONFIRMATION (Semak juga di spam folder jika tiada)
4) Anda akan menerima laporan tersebut dan link berdaftar.
5) Anda akan terima eBook Buat Duit Dengan Bisnes Printing

Thursday, 13 September 2012

Aksesori paling murah!


Assalamualaikum,

Minggu lepas nampak online shop yang jual aksesori yang sememangnya murah sangat-sangat! Kat online shop tu, aksesori start dengan harga RM1. Murah gila, kan? Paling mahal pun aku tengok bawah RM30 kalau tak silap aku. Owner online shop tu jual aksesori dengan harga borong. Tak macam online shop lain yang aku tengok. Paling tidak pun start dengan harga RM9 ke atas untuk set subang. Mahal sikit kan?
Aku bukannya apa. Cuma nak jadi pembeli yang bijak. Hihi :D kita kena lah pandai bandingkan harga dengan mana-mana kedai. Betul tak?

Dua hari lepas aku dah survey habis, so beli barang sikit kat online shop tu.
Parcel ni aku baru je dapat tengah hari tadi.
*tak menyempat, terus buka subang kat bungkusan tu*

Sarah tanya "apa tu kak?". Aku cakap la "Hello Kitty. Sarah punya", sambil aku passing kat dia parcel tu. Sarah kemain excited lagi! Aku suka tengok kalau adik aku happy :')
Lagi pun memang aku nak beli kat Sarah subang Hello Kitty tu sebab masa aku tengah survey, dia pun sibuk nak tengok. Lepas tu dia tunjuk subang HK dan dia kata yang dia nak. Aku pun beli la :)

Nampak tak kat telinga Sarah tu? Haa. itu lah subangnya. Buka je bungkusan tu, aku tanya Sarah "nak pakai ke?". Laju je dia jawab nak. Mak cakap Sarah pun kemain, suka bergaya. Hahahaa! Mak cakap masa aku kecik dulu, punya lah susah nak buka subang sampai nangis-nangis. Sarah relax je masa aku buka subang dia.

Ni antara barang yang aku beli kat online shop tu :)
Subang HK - RM6/pair

Subang LOVE - RM5.50

Tak tahu apa nama benda ni. Hahaa xD tapi murah! Cuma RM2/each.
Kat tempat lain aku tengok semua atas RM10. Mahal kot. Nasib baik dia ada jual tapi dah habis stock sebab aku beli yang last. Hihi :D
1st try, gagal. 2nd try, selekeh. 3rd try, YEAY! Menjadi juga. Kemas pula tu. Teheeee :3


Nak shopping aksesori murah juga? Terjah >SINI<
*owner online shop tu tak faham bahasa Melayu. so aku pesan kat korang awal-awal, korang kena cakap/taip dalam bahasa English :)

Wednesday, 12 September 2012

Adam & Hawa Full Episode



Sinopsis Drama Adam & Hawa: Ain Hawani atau Hawa, seorang remaja lepasan SPM yang berkerja sementara sebagai guru tadika di taman didikan kanak-kanak milik kakak kepada Adam Mukhriz. Hawa dan Adam telah berkenalan dan akhirnya berkawan. Adam seorang lelaki kacak dan playboy yang bekerja sebagai juruterbang. Pada suatu hari Hawa dan Adam telah ditangkap basah selepas difitnah oleh seseorang yang mempunyai perasaan dengki terhadap hubungan mereka. Hawa bagaimana pun tidak dapat boleh menerima ketentuan apabila dia dipaksa kahwin dengan Adam oleh keluarga. Hawa membenci Adam dan dia telah melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Setelah pulang ke Malaysia, Adam masih mengharapkan cinta daripada isterinya itu, namun Hawa ego.


Selamat menonton! ^^v

Kad Jemputan ke Wedding kak Diana


Assalamualaikum,

Harini aku bangun awal sebab nak tunggu abang posmen. Hahaa xD
Semalam dapat call dari Nina, dia tanya aku dah dapat ke belum kad kahwin kak Diana. Aku cakap lah belum. Nina kata dia pos hari Khamis atau Jumaat kalau tak silap aku.
Akhirnya kad jemputan tu aku dapat dalam tengah hari tadi :)
Nak tengok? Jom tengok gambar kat bawah ni :D


Sampul kad jemputan.
Comel k! First time dapat kad jemputan yang ada doodle comel. Unik pula tu.
*Dah macam nama aku pula kat doodle perempuan tu
**perasan kejap, HAHAHAA! xD


Bahagian luar kad.

Seriously kagum gila lah dengan kad jemputan ni. Awesome gila k! Aku pula yg excited terlebih bila tengok kad jemputan ni. Maklum la, nama akak Nina sama dengan aku, "DIANA". Ngehehee :3

Wedding kak Diana 15 September 2012. Aku dah plan nak gerak Melaka 15 September tu. Hm tengah fikir kejap sebab aku mungkin sempat nak pergi wedding, tapi tu lah. Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur tu ambil masa setengah hari juga oi. Kematu bontot duduk kat dalam bas lama-lama. HAHAA! xD
Tapi ni cuma wedding kakak Nina. Bukan wedding Nina. Kalau wedding Nina, mesti lah aku wajib hadir. Hihi. Kalau tak pergi, mau Nina merajuk dengan aku nanti :p


Sekarang kena plan betul-betul nak pergi atau tak sebab mak bagi pergi wedding kakak Nina ni :)

Tuesday, 11 September 2012

Rahsia Buat Duit dengan Kosmetik! (cara-cara)


Assalamualaikum,
BISNES KOSMETIK TANPA MODAL
Bagaimana menjana pendapatan dengan berkongsikan produk percuma?
Hanya ikut langkah ini:


2) Masukkan NAMA dan EMAIL anda di web tersebut.

3) Semak email CONFIRMATION (Semak juga di spam folder jika tiada)

4) Anda akan menerima laporan tersebut dan link berdaftar.

5) Selamat menjana pendapatan dengan PPL ini!

Saya dimaklumkan ini tamat dan akan di bayar pada 7 Oktober 2012




Friday, 7 September 2012

Sore Eyes 5 Days MC


Assalamualaikum,
Ingat pasal budak yang sore eyes 5 days MC?
Kat bawah ni video original dari Nur Feetri




Semalam tengok Nora Nadish buat video macam perempuan kat atas ni. Seriously lawak k sebab ada pula artis yang nak buat video macam tu. Haha xD



Nora Danish buat tapi tak habis sebab dia sendiri macam takbole nak buat kot, macam nak tergelak je. HAHA! Lepas tu Adi Putra tak buat muka sangat, dia macam cakap biasa je.




Banyak video parody, tapi aku minat satu je sebab lelaki tu pandai edit tang mata. nampak comel. Bila edit tang mulut, macam buruk je. Hahaa xD


Thursday, 6 September 2012

Cek pertama dari Nuffnang!


Assalamualaikum,
17 July yang lepas, aku ada cash out kat Nuffnang. Lama juga aku tunggu sampai bagi ticket banyak-banyak kat Nuffnang. Sebabnya aku cuma tanya agak-agak bila cek tu akan sampai. Kat bawah ni email yang aku dapat dari Nuffnang, ticket ke tiga yang Nuffnang balas. Ticket yang lain langsung takde respond. 3 kali weh aku hantar ticket!

*klik untuk lebih jelas*

Kat dalam email tu, pihak Nuffnang kata mungkin cek aku akan sampai dalam 14 September. Tapi semalam bila bangun je, mak cakap "tu cek hang dah sampai". Terkejut juga kot mak cuma nak ngusik aku ke kan. Lepas tu aku turun bawah pergi tengok kat meja. Patut lah pun. Rupa-rupanya mak dah buka dulu sampul tu.

Kebetulan pula semalam aku kena temankan abah pergi bank kat bandar. Alang-alang dah ke bank, aku pun suruh lah abah tolong pasal cek tu. Deal dengan abah, masukkan nilai cek tu kat bank abah, then abah bagi kat aku RM75. Aku cakap kat abah "alaa, bagi je lah RM80". Abah pun okay. YESS! Memang best deal dengan abah! Lepas ni kalau nak buat apa-apa berkaitan dengan duit, deal dengan abah je. Teheee :D

Takde gambar cek sebab lepas tengok tu, terus gerak bank (tak sabar).
Walaupun tak banyak yang aku kumpul, ni pun dah kira alhamdulillah. Setahun weh aku kumpul. Nasib baik ada juga hasilnya. Mak cakap lepas ni kalau ada duit apa-apa, bawa keluar je terus. Jangan jadi macam dulu. Hm, apa yang dimaksudkan dengan mak "jangan jadi macam dulu", sebab akaun says.my aku dah kena suspended. Nanti aku share dengan korang dalam next entry. Okay?


Sedih lagi ni sebab akaun kena suspended.
Tapi takpe, deal dengan abah ada untung juga. Haha xD

Saturday, 1 September 2012

Anak Merdeka vs Projek Merdeka


Assalamualaikum,
Tak salah kan kalau aku nak post pasal Merdeka lagi? Hihi :D okay, macam yang aku post kat entri yang lepas. Ada baby Merdeka atau tak. Jom tengok! :D


ANAK MERDEKA :)
SEREMBAN: Jururawat, Nur Khalisah Abdul Karim, 22 (kanan) dan Siti Noorsahara Hussin, 28, bersama tiga orang bayi yang dilahirkan pada Hari Merdeka, di sini. FOTO Iqmal Haqim Rosman (31/08/2012)

-----------------------------------------------------------------------------------

PROJEK MERDEKA(18sx)
Tumblr_m8119ah5le1qhftduo1_500_large
*hiasan semata-mata*

JAIP cekup 19 pasangan berkhalwat dalam operasi malam merdeka

KUANTAN: Menyorok bawah katil, mendaftar diri dengan nama palsu dan mengaku sebagai pasangan yang sudah berkahwin, itu antara taktik yang digunakan sebahagian 19 pasangan beragama Islam yang dicekup Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam operasi cegah maksiat pada malam sambutan Hari Kemerdekaan awal pagi tadi.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIP Mohd Raffli Abd Malik berkata pasangan berkenaan yang dicekup di hotel-hotel bajet sekitar bandar ini kerana berkhalwat kini ditahan JAIP untuk siasatan lanjut dan dibenar diikat jamin sebelum dibebaskan.
"Seramai 38 orang, iaitu 19 lelaki dan 19 wanita berumur dalam lingkungan 19 hingga 40 tahun berjaya kita tahan dalam operasi cegah maksiat JAIP yang bermula dari 10 malam hingga 6 pagi tadi," katanya kepada pemberita selepas operasi berakhir kira-kira 6.30 pagi tadi.
Pasangan itu bakal didakwa mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.
Beliau turut menasihatkan pasangan berkenaan yang kebanyakannya muda-mudi agar menyambut kemerdekaan dengan cara yang sewajarnya, bukan mengambil peluang dengan melakukan perbuatan yang bercanggah dengan Islam. - Bernama


Nota FD: 1- tahun ni ada baby Merdeka 3 orang je ke? Babies tu nampak comel lah<3
2- aku dah agak dah. mesti ada projek Merdeka selain benda "Janji Ditepati" tu.