Saturday, 11 August 2012

Shopping RAYA!


Assalamualaikum,
Semalam dan kelmarin, aku dengan family pergi shopping untuk Raya nanti.

Haritu ada survey kasut kat Vincci, memang cantik dan simple! Warna hitam, boleh matching dengan mana-mana warna baju. Kaaaan? :D kelmarin pergi Vincci lagi sebab nak beli. Tapi sayang, kasut tu dah takde! ;( sedih, frust! Sekejap je dah takde. Kelmarin pun memang ramai gila yang pergi kat kedai kasut Vincci tu. Sesak habis la! Lepas tu ambil keputusan untuk bla je dari situ.

Lepas pergi Vincci, kitorang survey kat apa ntah nama tempat tu. Aku tak bape ingat sangat. Dekat area Giant tu. Yang macam tempat expo tu. Kat situ ada nampak kasut, design lebih kurang macam yang aku nak beli kat Vincci tapi dah takde tu. Mak pun cakap okay. Aku cari je size kaki aku, mak dengan adik perempuan aku pun beli situ juga. Murah pun murah. Hihi :D beli pun sebab takut nanti takde kasut Raya pula :3 settle beli kasut, adik aku yang Sarah nampak purse Barbie. Dia tanya aku, nak beli purse tu. Aku suruh dia tanya mak, mak cakap takbole. Sarah pandang aku, buat muka kesian. Aku cakap kat mak, kesian Sarah sebab tak dapat purse je dah buat muka sedih. Mak tanya orang yang jual tu, bagi free je la sebab purse tu RM5. Nasib baik perempuan tu kata okay. Haha xD beli 3 kasut, free 1 purse budak-budak.
Cari baju Raya pula, tapi takde size aku. Ada pun size besar. Memang tak la kalau nak beli. Hahaa! Disebabkan aku memilih sangat, aku tak dapat la baju Raya kelmarin. Tapi aku dapat 1 blouse and sepasang pin tudung yang comel. Teheee :D

------------------------------------------------------------------------------

Semalam shopping kat area Pasar Payang. Pergi malam-malam la. Kat sana memang sesak! Banyak selekoh sampai tak tau nak pergi kat mana dulu. Hahahaa. Cari baju kebaya, size takde juga. Yang ada pun size XL. Kalau aku pakai, sah menggelebeh. Tak suka pakai longgar-longgar ni. Aku suka yang fit ikut bentuk badan. Baru cantik :D jalan-jalan, cari tudung. Adik aku dapat tudung je, terus ajak balik. Memang aku nak mencarut la masa tu. Fikir shopping untuk dia je ke? Lahaiii! Macam hape je! Masa otw nak pergi kat kereta, aku cakap kat mak yang aku ada berkenan kat satu maxi dress ni. Nasib baik mak bagi pergi cari balik tempat tu. Dapat juga sehelai baju. Ngehehee :D warna merah, cantik! Selalu aku tengok orang jual maxi dress yang macam ni;
Aku tak suka yang macam ni sebab takde lengan. Leceh la kalau nak pakai cardigan sebab nak cover lengan tu. Panas pun panas tau bila pakai dua helai ni.

So semalam aku jumpa maxi dress yang macam ni;
Lengan 3/4. Simple je kan. Tapi aku punya ada corak. Lawaa! Raya nanti bila aku pakai, aku ambil gambar and tepek kat blog ni. Hihi :D mula-mula tengok maxi dress ni macam panjang sangat. Confirm labuh bila aku pakai. Tapi rupa-rupanya tak. Memang muat-muat dengan ke"tinggi"an aku. Hahaha xD harga maxi dress ni RM49 dan cuba teka! Mak aku gunakan kuasa tawar menawar dia yang sememangnya tak pernah gagal! Asyik tawar menawar, akhirnya kitorang dapat beli dress ni dengan harga RM38. Hebat kan mak aku? Hihi :D settle beli dress, mak beli baju untuk Sarah pula. Then balik! :D


Sarah tak habis-habis dengan Mickey Mouse sekarang ni sampaikan nak ada reben besar macam Minnie Mouse. Nanti aku tunjuk kat next entry ;)

3 comments:

Ezy Chiaki said...

semlm pon kite pegi vincci! agk2 kite ade t'serempak x?
hoho..

kat sblh giant tu namenye ttc..
tiap2 taon mmg ade org b'niage kat ctu smpai la mlm raye..
hee

Dianaa said...

@Ezy Chiaki; kita pegi Vincci kelmarin la awak. semalam kita pegi uptown je :3

tiraahmad said...

beli kat mana eh maxi dress tu ? dah lama cari tapi xpernah jumpak -,- kod kod ada jumpa link onlineshop pon ,share2 lah eh ;)