Wednesday, 22 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri!


Assalamualaikum,

*gambar tahun lepas*

Sebelum aku tak sempat nak buat entry pasal Raya, pagi-pagi buta ni aku buat satu entry, okay? Teheee :D

Kepada silent reader dan follower blog FD :
Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua orang yang beragama Islam. Aku minta maaf kalau selama aku blogging ni, ada terkasar bahasa dengan tidak sengaja atau tanpa aku sendiri sedar yang aku ada buat korang terasa hati dengan mana-mana entri. Aku minta maaf sangat-sangat tau! Harap korang maafkan aku. Raya tahun ni tak tau la macam mana. Harap-harap meriah macam biasa dan takde apa-apa perkara yang tak diingini berlaku macam masa aku form 5 dulu. Kes apa? Korang cari la sendiri ek. Hihi :D ehem-ehem! Aku plan nak pakai baju kebaya merah untuk raya tahun ni, tapi tak kesampaian sebab kat KT ni susah nak cari kebaya. Sedih gila k! Sampai la semalam, baru beli baju kurung but still warna merah tau :p takpe la takde kebaya asalkan ada baju raya :D korang pula macam mana? Mesti banyak shopping kan? Jangan tak pakai pula pakaian yang korang beli tu. Tak pasal-pasal buat koleksi kat almari je, hihi. Untuk yang memandu balik kampung, pandu dengan berhati-hati okay? Jangan memandu laju-laju, kang tak pasal-pasal beraya kat hospital. No no no! Jangan macam tu okay?



  • Nak duit raya? Daftar je kat SINI. Dapat RM5 tauu! Maklum la, dah besar panjang ni susah nak dapat duit raya. Betul tak? Lagi-lagi yang menganggur macam aku ni. Hahahaa xD
  • Raya tahun ni aku nak cuba pakai hijab macam dalam video tutorial yang aku tengok. Seriously simple gila k? Nak tengok macam mana? Tengok video kat SINI k? Bila dah cuba tu, share la kat FB atau blog ni.
  • Bila dah musim raya ni, confirm la kena eratkan lagi silaturahim dengan semua family. Lagi-lagi family belah mak tu ramai. Eeeee! Tak sabarnya nak balik :D
  • Tapi kan, aku tak dapat banyak kad raya macam tahun lepas. Sedih sangat! ;( tapi takpe, kita boleh buat E-Kad Raya kita sendiri tau. Buat je kat SINI. OHSEM GILA TAU?! Hihi.
  • Masa ni la kita boleh buat amal. Dapat extra pahala tau. Jom kita buat amal kat SINI dan SINI. Tak salah kan kalau kita bantu diorang? ;)
  • Dah dapat duit raya nanti, siapa nak beli Blackberry Curve? Murah je tau, cuma RM300 lebih je. Nak tau kat mana? Klik je SINI :D #adik lelaki aku pakai Blackberry tau. Jealous aku tengok -____-


Nota FD : Entri ni aku buat sticky post sempena raya :) dan mungkin aku tak update blog selama aku kat kampung nanti sebabnya kat sana takde line internet.
Nanti jangan lupa share cerita hari raya dan gambar raya korang. Maybe aku akan buat satu contest / giveaway lepas raya ni :D


10 comments:

♥ Cik Zack ♥ said...

selamat hari rye diana syg ! :))) moge brbahagia selalu lah tau.

Fienazzuki said...

hehehehe
anyway
SELAMAT HARI RAYA!!!

Hawa Ey said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri jugakk :D :D :D

Nizam Ijam said...

selamay hari raya jugak :)

Ezy Chiaki said...

selamat hari raya aidilfitri..
maaf zahir dan batin..
=)

masmaribellmastura said...

new followers here..hehe,selamat hari raya.. :)

boni kacak said...

selamat hari raya aidilfitri juga saya ucapkan kepada awak.. maaf zahir dan batin :)

Uncle Jonni said...

dtg ziarah raya....


selamat hari raya tuan rumah....

fiqah hamed said...

Salam..jom join my 1st GA with Ieyla nak...hadiah serious AWESOME! kalau nak hadiah lagi AWESOME,boleh promote GA ini..cuz top referral boleh pilih hadiah sendiri..
http://belogfiqahcheeky.blogspot.com/2012/08/partner-giveaway-by-fiqah-ieyla.html

Dianaa said...

@fiqah hamed; salam. will join :)