Wednesday, 22 August 2012

Atlet Wanita yang pertama berjaya dalam Sukan Olimpik


Kepulangan srikandi

KUCHING: Penerjun negara, Pandelela Rinong Phamg, 19, yang memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik 2012 disambut lebih 1,000 peminatnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, di sini, semalam.
Pandelela yang menaiki pesawat Malaysian Airline System (Mas) dari Kuala Lumpur, tiba pada tengah hari dengan ditemani bapanya, Phamg Joheng dan ibunya, Hartini Lamin.
Sambutan hebat itu sebagai tanda menghargai kejayaan yang diraih Pandelela dalam sukan berprestij itu. Meskipun gagal membawa pulang pingat emas pertama negara, Pandelela dijulang sebagai anak pertama Sarawak serta atlet wanita pertama negara yang berjaya memperoleh kejayaan di Sukan Olimpik.
Pandelela kemudian diarak sejauh 20 kilometer menggunakan kenderaan jenis coupe dan diiringi motosikal berkuasa tinggi dari KIA hingga ke Astana Negeri, Petra Jaya bagi menerima Pingat Johan Bintang Kenyalang dari Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.
Apabila ditemui wartawan, Pandelela berkata, selepas lebih setahun tidak pulang ke Kuching, dia gembira kerana kepulangannya kali ini membawa kejayaan dan disambut dengan meriah.
“Saya sangat gembira dan berharap dengan kemenangan yang diraih dalam temasya Sukan Olimpik itu, akan menjadi pencetus semangat untuk melahirkan lebih ramai atlet terjun negara pada masa akan datang,” katanya.
Mengenai pelbagai anugerah yang diterimanya, menurut Pandelela, dia belum merancang apa-apa pun setakat ini, namun akan cuba menguruskan semuanya bersama keluarga kelak.
“Saya juga akan menyimpan wang hadiah dan pada masa sama akan membelikan sesuatu yang istimewa buat keluarga dan rakan yang banyak menyokong kerjaya saya hingga mampu meraih pingat gangsa,” katanya ketika ditemui, semalam.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Sosial negeri, Tan Sri William Mawan Ikon berkata, kerajaan negeri akan mewujudkan muzium sukan bagi sumber inspirasi kepada penduduk negeri ini.
Menurut William, semua kejayaan atlet Sarawak akan ditempatkan di muzium itu sebagai pencetus semangat untuk menarik lebih ramai golongan muda terbabit aktif dalam bidang sukan, sekali gus melahirkan lebih ramai atlet berpotensi.


Nota FD : Wahh! Untung betul Pandalela ni kan? Murah rezeki dia. Mula-mula masuk iklan Dutch Lady. Lepas tu menang dalam Sukan Olimpik walaupun tak dapat pingat emas. Paling best dia atlet wanita pertama yang berjaya memperoleh kejayaan di Suka Olimpik. Hebat gila, kan? Dah la sebaya dengan aku pula tu. HEBAT HEBAT HEBAT! :D

2 comments:

Cik Adieb said...

Wahhh,tahniah lah Pandalela :D

boni kacak said...

wah..tahniah kepada beliau..memang rasa bangga memiliki aset berharga seperti beliau