Thursday, 16 August 2012

Kes tipu di internet


Assalamualaikum,
Blog forumsemak.blogspot.com yang dibangunkan PPIM  untuk menyedarkan pengguna supaya berwaspada dengan kegiatan penipuan termasuk menerusi internet. - Foto Sairien Nafis
Blog forumsemak.blogspot.com yang dibangunkan PPIM untuk menyedarkan pengguna supaya berwaspada dengan kegiatan penipuan termasuk menerusi internet. - Foto Sairien Nafis

PPIM minta kerajaan rangka tindakan khusus

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta kerajaan merangka tindakan lebih khusus untuk membanteras kegiatan skim penipuan termasuk menerusi internet yang turut menyasarkan golongan elit dan berpendidikan tinggi.
Kegiatan penipuan antaranya gores dan menang, pelaburan emas, tambah nilai kad SIM, cabutan nombor kad SIM, pembelian rumah, loteri dan wasiat yang dikesan didalangi warga asing itu dipercayai membabitkan transaksi berbilion ringgit.

Kerugian besar

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata walaupun membabitkan kerugian yang besar kepada mangsa, tidak banyak laporan polis dibuat kerana mangsa malu dan masih berharap untuk mendapatkan wang seperti dijanjikan penganjur skim.
“Sampai bila kerajaan hendak menunggu untuk mewujudkan satu mekanisme secara menyeluruh kerana setiap hari pengguna terdedah kepada skim penipuan yang menggunakan pelbagai modus operandi.
“Selain itu, masyarakat juga perlu berhati-hati, tidak mudah terpedaya dan membuang sikap tamak, sebaliknya mewujudkan zon penampan dalam diri masing-masing dan sentiasa berkata `tidak’ dengan sebarang tawaran yang memberikan habuan secara mudah,” katanya kepada BH, semalam.
Berikutan peningkatan kes penipuan yang diterima PPIM, sejak setahun lalu, persatuan itu membangunkan laman forumsemak.blogspot.com untuk berkongsi maklumat berkaitan kegiatan penipuan bagi mengelak lebih ramai pengguna terus tertipu.Nota

Kumpul aduan

Blog itu juga mengumpul aduan pengguna mengenai segala penipuan termasuk membabitkan pelaburan, syarikat jualan langsung dan perniagaan atas talian.
Terbaru blog itu memaparkan penipuan satu sindiket yang mengguna nama yayasan diraja negara jiran.

-Petikan dari Berita Harian-


Nota FD : dari dulu aku memang tak percaya dengan benda karut macam skim macam yang kat atas tu. Yang aku tolak tepi macam tambah nilai kad SIM. Itu memang selalu dapat la dari Maxis and Maxis tak tipu. Hihi :D tapi bab gores dan menang tu memang tipu. Diorang menang sebab dapat tipu kita, and dapat duit kita, tu je. So lepas ni jangan percaya sangat la dengan benda merepek macam tu. Nanti diri sendiri yang rugi. Percaya la ;)



No comments: