Saturday, 4 August 2012

Dugaan harini


Assalamualaikum,

Harini banyak betul dugaan dalam bulan puasa. Tengah malam semalam, adik nak masak Maggi. Tiba-tiba gas dah habis. Ah sudahhh! Tak tau nak makan apa untuk sahur nanti. Masa tu memang lauk masa berbuka semalam dah habis langsung. Lepas tu aku bagi idea, makan McD je. Yela. McD je yang 24 jam.

Masa tu pukul 3 lebih, hampir pukul 4 dah. Tapi memang mengantuk gila! Tak dapat tahan lagi dah. So terlelap sekejap. Habis semua tidur lepas penat temankan dan tolong buat kuih. Dah terlelap, habis satu rumah tak sedar. Terlepas sahur. Ahhh! Tension gila ah. Tapi takpe, sabar lagi.

Sekarang ni gas still takde. Tak call kedai pun suruh hantar gas ke apa. Berbuka pun pening tak tau nak buat apa. Bazaar kemain jauh lagi. Tak sama macam kat KL. Kalau kat KL dulu, bazaar depan rumah je. Kalau kat sini, kena pergi naik kereta sampai 15 atau 20 minit. Makanan manis2, memang tak beli la en.
Nasib baik mak dengan abah buat keputusan nak berbuka kat luar.


Hm okay la, sampai sini je la ek. Nak pergi bersiap. Selamat berbuka :)
Bye! ;)

4 comments:

Belladeone said...

macam2 dugaan..sabar..

Dianaa said...

@Belladeone; tengah sabar :')

Iera balqis said...

kte pon pena situasi cm gitu..Last-2 mint baru la perasan tong gas tu xberisi , i mean da abis..pastu , kteorg bebuka jela ape yg ade dalam peti ais..nasib baek la kat uma sye dekat dgn kedai..huhu..pape pon itu semua , satu peringatan & dugaan korg semua ahli keluarga..yg penting kunci iman di dada adalah bersabar..okay dear..dont panic & upset yea..be strong ;)

Dianaa said...

@Iera balqis; yeke? hm dugaan betul kan? nasib baik boleh bersabar. hihi. thank you :)