Movie

Review movie: 8 JAM

July 30, 2012


Assalamualaikum,

Hm mesti ramai dah tengok cerita 8 Jam ni, kan? Rasanya macam aku ni ketinggalan jauh sangat. Yela, movie ni keluar kat panggung 5 July yang lepas. Tapi aku baru je tengok malam semalam. Maklum la, kat sini takde panggung wayang. Kalau nak tengok movie pun, kena tunggu keluar kat internet. Nasib baik dapat tengok free :D



SINOPIS FILEM 8 JAM
ALANG, membesar di sebuah lorong yang penuh dengan keganasan dan jenayah. Zaman kanak-kanak Alang dirampas daripadanya apabila ibunya mati dibunuh seorang Ah Long semasa mereka cuba melarikan diri daripada kawasan jahanam tersebut.
Alang yang tidak mempunyai sedara mara yang lain telah dihantar ke rumah anak-anak yatim. Alang menghadapai kesukaran untuk bergaul dengan rakan — rakan sebayanya yang lain dek kerana cara kehidupannya yang dulu namun muncul JULIA, yang tidak putus-putus cuba untuk berkawan dengannya.
Keikhlasan Julia menyebabkan mereka menjadi kawan baik sehinggalah mereka meningkat umur belasan tahun. Hubungan persahabatan mereka lama kelamaan bercambah menjadi cinta. Namun, hubungan mereka terputus ditengah jalan kerana Julia telah dituntut oleh mak ciknya.
Atas desakan mak cik Julia, pihak sekolah telah merahsiakan alamat dan no telefon Julia sehingga Alang dan Julia tidak lagi berjumpa. Alang akhirnya kembali ke kehidupannya semasa kecil. Alang cuba untuk hidup dengan aman namun munculnya beberapa konco daripada satu geng meminta wang perlindungan. Alang yang bengang telah bergaduh dan menyebabkan dia menjadi sasaran geng tersebut.
Ditakdirkan Alang bertemu semula dengan Julia yang sedang dalam keadaan kesusahan. Alang yang terlalu cintakan Julia menerima Julia dengan gembiranya dan mengharapkan Julia akan sentiasa bersamanya. Namun, kebahagiaan mereka hanya sementara apabila muncul mak cik Julia menuntut Julia kembali dan konco-konco geng tersebut sering menghantui Alang.
Kini, Alang berada di dalam penjara kerana dia telah membunuh seseorang. Siapakah yang telah menjadi mangsa Alang? Mengapakah Alang bertindak sedemikian? Dapatkah Alang dan Julia hidup bersama semula? Semuanya akan terjawab dalam filem ’8 JAM’.



Password : pukul8


Pada pandangan aku, cerita ni memang best. Seriously, tak tipu k. Cerita ni gabungan genre aksi + cinta. Selalunya kalau cerita cinta, mesti tamat dengan happy ending, betul tak? Tapi dalam cerita ni, tak. Takde happy ending. Cerita ni masa scene gaduh bertumbuk bagai, nampak real. Best ohhh! :D part Alang mesra dengan Julia pun best, romantik je. Suka suka! ^^v
Cerita ni kalau tengok kat panggung, mesti feeling oh. Ni tidak, tengok sorang-sorang. Feeling tak sampai la, hee. Tapi takpe la, saving sikit. Kalau tengok wayang, tengok sekali tu je. Nak tengok banyak kali, beli DVD. Tak pun tengok kat internet je. Jimat kos :D


Okay la, nak layan movie lain pula. Banyak movie yang aku terlepas bulan ni.
Bye!

You Might Also Like

2 comments