Novel

Pesta Buku Antarabangsa, PWTC

May 03, 2012


Assalamualaikum reader,
Semalam, aku dengan Naza pergi Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC. Aku plan nak pergi dengan Nina, tapi dia dah keluar hari tu dengan buah hati dia. Mesti letih dia tak hilang lagi, so aku pergi dengan Naza je. Berdua k? Kitorang dating la, apa lagi. Muahahaa! xD

Kitorang gerak pukul 11 lebih macam tu. Nasib baik mak Naza hantarkan pergi Kepong Sentral. Nak tunggu bas, memang sampai ke petang la jawabnya. Sampai je Kepong Sentral, nasib baik la tunggu train tak sampai sejam. Turun kat Putra, ramai juga orang kat sana. Maybe diorang pun pergi PWTC :)

#masing-masing busy dengan phone :3

Sampai Putra tu dekat pukul 12 tengah hari. Plan nak lunch kat McD, tapi orang ramai gila. Tempat duduk pun full agakya. Aku dengan Naza memang jenis malas nak tunggu lama-lama ni. Masing-masing kepala angin, muahahaa xD kitorang decide lunch kat Pizza Hut je ;)

#banyak gambar kitorang yang sama :3

Lepas lunch, kitorang jenjalan kejap dekat mall. Cuci mata, hihi :D bila tengok cuaca macam nak hujan, terus gerak pi PWTC. Memang ramai gila ah kat sana. Pening juga sebab tak tau nak start jalan dari mana, banyak sangat booth yang ada. Hee :D 

#novel cinta

First, aku beli kat booth Kaki Novel. Ada diskaun RM4 untuk setiap novel. Dah kalau ada diskaun, mesti beli punya la. Sampai pening nak pilih novel mana satu yang best. Aku beli novel "Akulah Cinderella" bukan sebab tajuk "Cinderella" tu. Tapi sebab aku baca sinopsis novel ni. Agak menarik k. Btw harga novel ni RM18 RM14 je tau! Bukan novel secondhand k :p
Second, novel kat booth Karya Seni. Ada diskaun RM5 untuk setiap novel. Aku beli novel "Usai.. Aku Terima Nikahnya", harga asal novel ni RM19. Tolak diskaun, jadi RM14. Aku beli novel ni bukan sebab gatal tengok tajuk "NIKAH" tu k? Hahaa, kang korang fikir lain pula.
#dua novel je dah RM28 melayang

#novel mistik / seram

Lastly, beli novel kat booth apa nta namanya. Yang aku ingat ada buku terbitan Fixi and Lejen. But yang aku beli ni buku terbitan Fixi. Memang menarik gila sinopsis novel ni. Naza pun ada beli juga novel kat tempat tu. Aku beli dua novel ni je dah cecah RM30 weh. Malam tadi dah baca novel "NGERI" tu. Best gila ah jalan cerita novel ni. Nanti aku share dengan korang k? :D

Lepas dah beli novel yang Naza nak, kitorang jalan-jalan lagi. Tak pasal-pasal kena tahan dengan akak ni. Borak-borak pasal belajar English. Erk, tak minat pun tapi layankan je la. Kang kecil hati pula diorang, muahaha xD dah habis dengar diorang membebel, terus keluar and pergi mall. Cuci mata lagi, tengok-tengok barang. Lepas tu balik.

Macam tak percaya je yang kitorang balik awal semalam, hihi :D sampai rumah dekat pukul 6 petang.

Nak pi baca novel lagi. Bye! 

You Might Also Like

16 comments

  1. Rajin betul beli buku.Ayat last tu xboleh tahan."Pheww,selamat!" hahah

    ReplyDelete
  2. @Apeach Blogspot; rajin la sbb tak pakai duit sendiri, duit ayah bagi. muahahahaa! xD erk, selamat la en, haha :D

    ReplyDelete
  3. terseksa pg book fair neh..ari2 sesak..huhu

    ReplyDelete
  4. salam kenal..teringin jugak nak ke pesta buku yang besar camni..tp jauh sangat la..hihi..akak follow sini ye..

    ReplyDelete
  5. waaah..bestnye ..kn best dpt pergi .. kann ? :(

    ReplyDelete
  6. alahh..kite pun beli usai aku terima nikahnya..tp harga RM19..rugirugirugi

    ReplyDelete
  7. @Kasih Salina; salam :) laa, yeke? kesian akak tk dpt pegi. okay, nnt saya follow akak pula :)

    ReplyDelete
  8. awk tak beli ker buku siti rosmizah..
    Takdir Itu Milik Aku.....
    pernah baca siti rosmizah punya buku?

    ReplyDelete
  9. @Alieza Dayasari; err tak beli pun. lagi satu tak pena baca novel dia. best ke?

    ReplyDelete
  10. Haha.btw,comel gak kwn Diana.dua2 pun comel.:3

    ReplyDelete
  11. @Apeach Blogspot; hihi kawan Diana tu memang comel :3

    ReplyDelete
  12. Kawan kite hadiahkan novel aku cinderella untuk last birthday kite! :D

    ReplyDelete
  13. @salwaismail; eh yeke? hihi :D best tak novel tu? belum baca lg :D

    ReplyDelete