Friday, 27 April 2012

Thanks Nuffnang! :D


Assalamualaikum reader,

Alhamdulillah, aku dah dapat balik status "Glitterati" semula selepas main surat cinta dengan encik Nuffnang. Ada yang tak baca lagi surat cinta tu? Meh klik >SINI

Nampak tak tu? Dah dapat balik tau. Horay! Hihi :D thank you so much Nuffnang! Muah muahh! :*
Btw aku dapat lagi satu BE. Rezeki aku bulan ni, alhamdulillah :')

Bye!

Cleverbot,


Assalamualaikum reader,
Tengah malam semalam aku bosan gila sampai pi melayan si Cleverbot. Dah lama tak buka Cleverbot, rindu la pulak. Muahaaa xD gambar kat bawah ni perbualan antara aku dengan encik Cleverbot :D

Yang ni agak kuangaja sikit. Hahaa, menyirap la juga sebab boleh dia kata aku ni machine. Padahal dia tu machine and I'm a human. Takbole bla je tau Cleverbot ni. Bajet manusia konon, phuiii!

Part ni takbole bla. Bila aku tanya dia siapa, boleh pula dia kata "I am a lover of your past". Watta?! Hahahaa xD then bila aku kata nama aku Diana, dia fikir aku ni Princess Diana. Aku iyakan saje la, muahahaa xD

Part ni aku saje je start sebut pasal love love ni. Nak tengok ada respond ke tak. Sekali tu hamek kau, ada respond la weh. Hahaaa xD and ayat Cleverbot yang last tu, aku tuju kat semua orang! Tak payah la aku nak tekankan pada wanita atau lelaki.

Nanti aku buat entry lain untuk ayat Cleverbot yang "Love has not to be proved", okay? ;)
Sekarang aku nak sambung chatting dengan Cleverbot, teheee :D
Bye! ;)

Thursday, 26 April 2012

Respond Nuffnang,


Assalamualaikum reader,
Benda ni dah lama aku peram, baru sekarang nak heboh. Muehehee :3 aku memang suka simpan cerita lama-lama, lepas tu baru nak publish. Takpe kaaaaaaaaaan? :D

Ini mengenai ke-tidak-puas-an hati aku pasal status "Glitterati" aku tu. Aku ada meluahkan perasaan kat >SINI< bila aku tak puas hati, aku pun bertanyakan kepada encik Nuffnang. Jom baca surat cinta diantara aku dengan encik Nuffnang :3

Sorry la kalau korang tak nampak tulisan kat atas ni. Ngehehee :3

Hm encik Nuffnang kata maybe sebab effect tukar code. Aku rasa aku tak godek apa pun dalam blog aku ni melainkan tukar code masa yang encik Nuffnang bagi email mengenai tukar code iklan. Tu je la rasanya. Then encik Nuffnang kata maybe akan ambil masa dalam 4 hari untuk tukar balik status ni. Okay, cuba korang tengok tarikh dalam surat cinta kat atas tu. 23 April, kan? Sekarang dah 26 April, means dah 3 hari. Aku akan tunggu esok pula. Nta tukar ke tak status ni. Kalau tak tukar juga, aku akan bagi surat ugutan pula lepas ni. Muahahaaa! xD takde ah, gurau je. Heeee :D

Okay, tu je nak melalut. Btw kalau korang pun ada masalah macam aku ni juga, share la juga ea apa yang korang buat and apa yang encik Nuffnang bagitau korang. Sharing is caring, kan? ;)


Bye!

Wednesday, 25 April 2012

Keyword #12 : macam mana nak tinggikan badan


Assalamualaikum,
Sebenarnya aku tengah bosan gila, seriosly. Sebab aku takde apa-apa aktiviti yang nak dibuat. Bosan betul hidup aku ni, kan? Pfftt -,-

Okay, disebabkan aku rasa sangat bosan, aku pun buka la Nuffnang, nak check mana tau kot aku dah dapat balik status Glitterati tu. Tapi hampeh, tadok pun. Still ordinary -___- lepas tengok status, aku pi tengok keyword pula. Nak tengok makhluk Tuhan cari info pasal apa kat dunia IT ni. Jom tengok keyword yang ada,
Nampak tak yang aku tunjuk dalam kotak tu? Haa, nampak kan? Keyword tu betul-betul buat aku rasa kecil hati la. Hahahaa xD mana taknya, boleh pula ada kat blog aku ek pasal nak tinggi ni. Aku sedar la aku ni comel rendah. Muahahaaa! xD

Malangnya, aku takde tips macam mana nak tinggi. Kawan-kawan aku cakap kena selalu makan sayur, then bergayut. Alaaa, bergayut yang kat taman tu. Yang ada palang or tiang tu. Haa, yang tu la. Lagi satu korang kena makan CalciYum. Erk, aku tak suka CalciYum. Tak sedap weh, rasa macam nak termuntah.

Rasanya tu je la kot tips macam mana nak tinggi. Aku tak amalkan pun tips-tips tu semua ebab aku tau aku takkan tinggi. Sob sob T____T lain la kalau amalkan sejak zaman budak-budak. Mau aku tinggi kot, korang pun mesti jealous nanti. Muahahahaa! Perasan dah. Okay, taknak melalut banyak sangat dah.


Bye! ;)

Monday, 23 April 2012

Review Novel: Awas! Bila Hati dah Sayang


Assalamualaikum reader,
Hari ni saje nak share dengan korang novel yang aku dapat minggu lepas. Eh, bukan dapat, tapi aku beli kat online shop kat FB. Aku beli novel ni kat kak Farihah Fadzil.


Sinopsis : Cinta hadir tanpa diundang. Sekeras mana pun kita cuba menolak namun perasaan itu tetap hadir dalam diri. Ikram nekad tidak mahu jatuh cinta lagi setelah kecewa dengan cinta pertamanya. Kehadiran Syafiqah berjaya membuka hatinya, namun ego membatasi segalanya. Dalam diam dia jatuh cinta, namun sukar melafazkan kata indah itu. Hanya gurauan menjadi pembual bicara.
“Duduk dalam bilik aircond pun rasa panas ke? Ni kulit orang ke kulit buaya ni? Pelik betul. Macamlah kau sorang je yang putih. Aku pun putih juga tapi tak ada merah macam kau pun. Orang kata, kalau muka kita tiba-tiba merah bila berdepan dengan seseorang, tu tandanya kita sukakan orang tu. Itu kata oranglah, aku tak kata. Kau suka kat aku ke?” - Ikram
Gurauan demi gurauan membuatkan hati wanita Syafiqah sering terusik. Dia turut mempunyai rasa yang sama namun cuba menepisnya. Bagi Syafiqah, cintanya hanya milik Khairil, teman sewaktu zaman persekolahannya meskipun Khairil sedikitpun tidak mempunyai perasaan terhadapnya.
Keadaan semakin keruh dengan kehadiran Amalina, bekas kekasih Ikram yang kembali menagih cintanya. Begitu juga dengan kehadiran Khairil yang mula menyimpan perasaan pada Syafiqah. Sedangkan itulah gadis yang amat dibencinya pada suatu ketika dahulu.
“Bakal isteri!!! Baru bakal isteri tapi kau dah nak berlagak. Kalau dia bini kau sekalipun bro, aku tetap akan rampas dia dari kau. Aku tak pernah jatuh cinta, dan sekali aku jatuh cinta selamanya aku akan menyintai dia!!!” - Khairil.
Perasaan cemburu dan syak wasangka seringkali menjadi permainan. Pelbagai konflik mula timbul dan menjadi rencah dalam kehidupan mereka. Apakah kesudahan cinta mereka? Berjayakah Amalina memiliki semula Ikram? Dapatkah Khairil memikat hati Syafiqah? Dan apakah pengakhiran hubungan Ikram dan Syafiqah?
Baca je sinopsis novel ni, terus bersemangat nak beli. Nasib baik kak Farihah ada jual novel yang second hand but still dalam keadaan yang elok. Harga pun berpatutan :) memang tak menyesal la beli kat kak Farihah. Kalau korang pun berminat, jangan segan segan nak klik >SINI< k? ;)

Memang puaskan hati aku la baca novel ni. Sampai rasa nak menangis kau tau? Aku kalau bab jiwang-jiwang ni memang lembut sikit, asyik nak meleleh je. Lagi satu kalau masa baca novel, tipu la kalau korang tak berangan, kan? Muahahaa xD

Novel ni aku dah habis baca dalam 3 hari yang lepas. Rasa macam nak jual balik, jadinya third hand la. Ada ke? Muahahaa xD okay, harga asal novel ni RM23 untuk area Semenanjung, RM26 untuk Sabah / Sarawak. Aku beli dari kak Farihah dengan harga RM18 termasuk kos penghantaran. Kalau aku nak jual pula, RM15 termasuk kos penghantaran. But cuma pakai pos berdaftar je la ;) kalau ada yang berminat, PM aku kat >SINI<


Byee! ;)

Sunday, 22 April 2012

Nak merajuk dengan Nuffnang,


Assalamualaikum reader,
Hm hilang mood aku rasanya bila tengok status kat Nuffnang tu bukan lagi "Glitterati" :'( status bertukar jadi "Ordinary(non-exclusive)", tak sukaaaaa! :'(

*klik gambar untuk lebih jelas*

Tengok tu, status aku cuma "Ordinary". Status ni dah tiga hari kalau tak silap aku. Sedih tauu :'( kenapa la status ni bertukar? Nak kata aku curang dengan Nuffnang, tak juga. Kalau dulu aku pernah pasang iklan lain kat blog ni. Then benda macam ni la yang jadi. Bila dah buang, status "Glitterati" dah ada balik.

Aku dah hantar tiket kat Nuffnang, tapi still takde respond. Hm sedih tau dengan Nuffnang ni. Kalau dalam masa seminggu still tak berubah jadi status yang asal, aku nak tukar pasang iklan lain la #berani betul aku ugut Nuffnang. Hihi! Takde la, gurau je. Takpe, aku still sabar dengan Nuffnang.

Encik Nuffnang yang baik hati, saya merayu kat awak. Saya nak status Glitterati saya tu semula. Pleaseeeeeeee! :'( I'm begging you Mr Nuffnang :'(

Okay, stop. Taknak la sampai nampak macam desperate pula dah. Hihi!
Bye! ;)

Gambar menembak,


Assalamualaikum reader,
Cerita ni dah lama aku peram buat pekasam, muahaha! Takde la. Sebenarnya dah lama nak publish entry ni, tapi selalu sangat terlupa. Teheee :D Rasanya berzaman juga aku tunggu gambar menembak ni sampai kat rumah. Habis PLKN bulan December 2011, aku dapat gambar ni April 2012. Lama woi aku tunggu.

Sampul yang aku dapat hari Rabu lepas. Tak sabar nak tengok gambar kat dalam sampul ni :3

Dalam sampul ada fail pula. Suka sangat buat suspend tau. Sabor je la. Buka je fail, baru la ada gambar

Penantian aku tunggu gambar ni rasanya macam sia-sia je. Gambar tak lawaaaaaaa! :'( gambar dia macam kembang, buruk :'( dah la mahal beli, RM11 sekeping. Aku beli dua keping, so RM22 la. Rasa rugi gila weh. Gambar jadi macam tu sebab JL ambil gambar pakai camera digital je. Kalau pakai DSLR, confirm gambar cun weh.

Aku ada tengok juga gambar menembak dari kem lain. Ada juga yang gambar cantik. Hm jealous tau! -,- rasa macam nak take over je keje JL yang bab ambil gambar ni tau. Haihhhh. Takpe la. Lagi pun benda dah siap, takbole nak buat apa dah.

Okay la, sampai sini je la aku mengarut.
Bye! ;)

Saturday, 21 April 2012

Nak kembalikan rupa asal blog?


Assalamulaikum reader,
Tadi aku ada meluahkan ke-tidak-puas-an-hati aku. Erk, ada ke ayat gitu? Muahahaa! Bantai saje la labu. Okay, lepas aku meluahkan perasaan aku kat entry bawah tu. Ramai yang bagi feedback yang positif dan ada yang  rasa apa yang aku rasa.

See, thanks to Nadeya sebab ajarkan. Kalau tidak, sampai bila pun aku tak kan tahu macam mana nak kembalikan rupa asal blog ni. Thanks again! :*

Jom aku nak ajar korang pula, muehehee :3
First kat dashboard or home tu. Korang pandang kat tepi yang ada icon kecik tu. Aku ada tunjuk kat gambar tu. Cuba tengok ;)

Bila klik je kat icon tu, akan keluar list kat bawah. Then korang cari Old Blogger Interface. Haaa, klik kat situ tau ;)

And tadaaaaa! Its back to normal. Baru la bersemangat sikit nak blogging. Hihi :D 
Okay la, tu je nak update. Heee :D byeeee! ;)

Blogger berwajah baru?


Assalamualaikum reader,
Hm, buka je http://www.blogger.com/ terus hilang mood aku -__- sebabnya? Sebab rupa blog ni dah lain. Eeee, tak suka tak suka!

Home

*bila scroll ke bawah*

Bila klik new post, jadi macam ni.

Err, tak selesa la nak update macam ni. Terus hilang mood aku wehh -,- rasanya lepas ni jarang la kot nak update sebab nak merajuk dengan blog ni. Muahahaa! Nta pape je alasan aku ni kan? Takde gunanya pun kalau aku merajuk. Bukannya blog ni berubah jadi asal balik, kan? Okay la, sampai sini je kot. Bye ;)

Friday, 20 April 2012

Preparation untuk PLKN


Assalamualaikum reader,
Semalam ada sorang kawan dalam dunia blog ni request buat entry pasal PLKN. Nama dia Mai. Dia dapat PLKN kat kem Melaka. Macam aku juga cuma tempat lain. Hihi :D Kayy, hari ni baru nak update sebab semalam rasa letih sangat lepas balik dari lepak. Muehehee :3

Rasanya mesti budak-budak yang dapat kumpulan 2 siri 9/2012 dah dapat surat and buku yang dia tulis apa yang korang perlu bawa, kan? Haa. Korang ikut je arahan diorang tu but make sure korang bawa baldi. Masa aku dulu, menyesal weh tak bawa baldi, serious tak tipu k? Susah gila bila takde baldi sebab nak letak baju busuk kotor pun tak tau kat mana. Tak kan nak terperap je kat tepi katil, kan? Hihi! :D lagi satu nanti senang bila nak basuh baju yang belambak tu. Selalunya basuh baju bila hujung minggu sebab hujung minggu je free #tu pun kalau masa lawatan keluarga tu, family korang tak datang. Kalau untuk baju PLKN, korang boleh hantar dobi. Aku sarankan korang basuh sendiri je la melainkan kalau korang betul-betul malas nak basuh baju tu sendiri sebab kalau hantar dobi pun, takde la wangi mana. Ngehehehee :3

Tumblr_leh2znjr3b1qau5hto1_500_large
Lagi satu yang penting sangat sangat! Tak perlu la korang bawa beg besar gedabak macam dalam gambar kat atas ni. Serious leceh gila doeeeee! Sebabnya bila korang bawa baju banyak-banyak, dah confirm confirm la jadi berat. Masa aku dulu, aku bawa beg tu la. Menyesal tak sudah kau bila bawa beg tu. Kalau korang nak bawa beg macam tu pun, tak payah la korang bawa baju banyak banyak. Dulu aku pun bawa baju kemain banyak, tapi pakai sikit je. Baju kurung and baju melayu pun penting tau bagi yang Muslim. Kalau seluar jeans, korang lupakan je la. Memang takbole pakai, tapi budak lelaki boleh la. Better korang bawa seluar track je, lagi bagus sebab kat sana memang pakai seluar track je.

Image1xl_large
Kalau rasa nak dengar ceramah dengan JL, bawa la baju sexy ea?  Muahahahaaa! xD takde la. Better korang yang perempuan ni, bawa baju lengan panjang. Kalau nak sexy pun, masa dalam dorm je. Paling tidak pun, korang pakai la cardigan. Kat sana memang kena pakai tudung. Nanti nampak pelik pula kalau pakai tudung tapi pakai tshirt lengan pendek, kan? Dah macam hape je rupanya.

430653_319574424766337_100001413464576_856954_983719707_n_large
#comel pula kasut dalam gambar ni :3 siap ada sayap pula tu. omey gila! :D
Lagi satu bab kasut. Korang bawa selipar cuma untuk ke tandas. Kalau masa kat luar kawasan dorm, memang kena marah dengan cikgu la kalau korang pakai selipar. Bagi budak lelaki, diorang pakai kasut sport or kasut PT #means kasut yang PLKN bagi. Bagi perempuan pula, aku sarankan korang pakai flats la. Kalau bukan flats pun, korang pakai kasut sport je. Tak kan nak pakai kasut PT kot? Tak style la. Mueheheee :3

Rasanya tu je la basic yang korang kena tau and tu je la yang aku sarankan kat korang. Hihi! Dah cukup la kot. So sampai sini je la k?
Untuk yang dah nak pergi kem tu, good luck! Untuk yang kumpulan 3 nanti pun good luck k? Jangan risau, kat sana memang best cuma 1st and 2nd week je macam bosan sebab tak bape meriah sangat. Okay la, byee! ;)

Thursday, 19 April 2012

Girls outing! :D


Assalamualaikum reader,

Tiba-tiba pagi tadi dapat SMS dari Nina, dia ajak keluar pergi One Utama dengan Naza and Shasha. Dah lama tak keluar dengan diorang. Join je lah :D

Diorang plan nak main bowling. Diorang ajak aku main sama, tapi aku tolak sebab aku tak minat #padahal tak reti main, takut kalah. muahahaaa! xD Naza paling hebat bab main bowling ni. Kenapa? Meh sini nak tunjuk,

Tu diaaaa! Kau tengok la markah dia. Kemain banyak lagi. Shasha dengan Nina pun semput nak kejar markah Naza tu tauu. Kalau aku ni? Pergh! Confirm aku kalah wehh, haha! xD

Macam biasa, sebelum balik mesti la beli Big Apple. Muehehee :3 yang atas tu aku punya and untuk adik-adik yang kat rumah. Yang bawah pula Naza punya. Btw, fav aku Mimi Lolo #perisa Milo. Sedap wehhh! Tak tipu k. Sampai Sarah pun sibuk nak aku punya, dia cakap "nak toyet nak toyet". #toyet means chocolate

#bosan duduk rumah, sebab tu keluar. lagi pun dah nak pindah. nak enjoy puas-puas dengan kawan kat sini sebelum pindah ;)


Bye! :)

Tuesday, 17 April 2012

Keyword #11 : plkn bosan


Assalamualaikum reader,
Tengok tu, nta siapa la yang search keyword gitu. Ni mesti kes budak yang dapat PLKN panggilan kedua ni. and budak tu tak suka dengan PLKN. Hahaa xD macam aku juga dulu, kata PLKN ni bosan. Bila dah pergi sana, memang tak bosan dah weh sebab ramai kawan. Jangan risau k ;)

Bye! :D

Monday, 16 April 2012

Review movie : Dark Flight



Sinopsis; Dark Flight 3D menceritakan tentang seorang Pramugari bernama New yang selamat dari kecelakaan pesawat 10 tahun lalu. New selalu merasa dihantui oleh arwah para penumpang pesawat yang menunjukkan sepertinya Ia lah yang menjadi penyebab dari kemalangan tersebut. Setelah sekian lama, akhirnya New pulih dari traumanya dan memutuskan untuk kembali menjadi pramugari. Tetapi saat penerbangan pertamanya, New mulai merasa ada kejanggalan. Pesawat dan seluruh isi kandungannya ternyata sama dengan pesawat yang ditumpanginya 10 tahun lalu saat kemalangan. New saat ini dihantui oleh terror yang paling mencekam dalam hidupnya. Hantu-hantu yang selama ini mengikutinya masih terus menghantuinya diatas pesawat tersebut. Sayangnya, tidak ada yang boleh Ia lakukan sekarang kerana pesawat telah 'mengudara' dan nyawanya kembali menjadi taruhan ...

Pada pendapat aku jalan cerita dalam movie ni memang seram habis! Serious, tak tipu k. Aku tengok sampai tutup mata, punya takut la aku tengok movie ni. Orang Thai memang pandai buat cerita hantu. Sebab tu aku suka tengok cerita hantu yang Thai punya.
Aku nak share jalan cerita ni, kang tak syok pula. Better korang pergi tengok sendiri. Mau dengan korang korang sekali tutup mata macam aku. Hahaa! Btw, cerita hantu ni ada lawak juga sebab ada bapok dalam cerita ni. Bapok tu yang buat cerita seram ni jadi lawak sikit, hihi! :D
Eh dah la, taknak cerita kat korang. Hahaa! Pi serbu panggung yang terdekat, muehehe :D


Bye! ;)

BE ke 8 Nuffnang | DiGi HTC One V and X


Assalamualaikum reader! ;)
Hihi! Lepas balik dari lepak kat KLCC hari tu, online sekejap and tengok Nuffnang. Hari hari aku mesti check UV. Jarang tengok Earning. Nta kenapa rasa macam nak tengok pula Earning, bila klik je aku nampak perkataan "Buffered Earning".
Ka ching ka ching! $.$

Alhamdulillah, dapat BE untuk bulan ni. Hihi! Thanks Nuffnang :* thanks DiGi! Hihi :D
#tips macam mana nak dapat BE, klik SINI!


Bye! :)

Sunday, 15 April 2012

PC Fair KLCC 2012


Assalamualaikum reader! ;)
Phewww, baru hari ni dapat update blog. Semalam tak sempat nak update satu entry pun sebab busy and sangat sangat letih. Semalam pergi PC Fair kat KLCC dengan Nina, K.A, and kawan K.A lagi dua orang.

With Nyna♥

Naem, K.A and Nyna

Masa jalan jalan kat PC Fair tu, Naem tiba-tiba tegur aku. Dia tanya aku ni form berapa. Sebelum tu, Nyna yang bagitau kat Naem yang aku ni still sekolah. Tak pasal pasal si Naem ni percaya cakap Nyna. Hahaa! Aku pun cakap la kat Naem "kau percaya cakap Nyna?". Dia dah buat muka pelik, hahaha! Aku sambung lagi, "kita sebaya la". Dia pun just "ohh. study mana?". Aku pun jawab la "tak study, tak keje, cuma duduk ruma. lagi pun dah nak pindah". Dia tanya lagi, "oh yeke? pindah mana?". Aku jawab la "Ganu". Dia dah terkejut. Rupa-rupanya dia belajar kat sana. Then borak borak dengan Naem pasal Ganu, hihi! Dia dengan aku sependapat, tak bape minat sangat sebab sana macam bosan. Like seriously, macam takde apa kot. Wayang pun susah nak cari agaknya. Naem cakap wayang kat Dungun je. Lama juga borak dengan dia.
#bila tengok muka Naem, aku rindu pula kat Ali :'(


Hard disk ni semart doe! :D

Comel oh plushie DSLR ni, hihi :D kalau aku dapat la, memang suka gila ah!

Amoi ni datang kat Nyna and dia minta Nyna like page diorang kat FB. Lepas like, dapat try lucky draw. Like sampai 5 page pula tu, kemain banyak lagi. Nasib baik berbaloi juga sebab Nyna dapat Note Pad. Mula mula K.A fikir macam iPad tu, hahaa! Gila kalau dapat hadiah macam tu, aku pun nak try. Hahahaa! Si Akem pun try juga, but dia dapat pen je. Kesian. Hihi! :D

Masa untuk isi perut sebab aku dah lapar sangat, hahahaa! Time ni pukul 7 kot kalau tak silap aku. Dah lama tak makan spagetti. Rasanya last aku makan masa form 5 kot. Haa, lama gila en? Hihi :D

Seriously letih sangat masa keluar semalam sebab banyak berjalan. Duduk pun cuma masa dalam bas and time makan je. Nasib baik aku tak pakai wedges, cuma pakai flats. But tu pun dah sakit woi. Aku tahan je masa berjalan. Okay la, sampai sini je k. Hihi!


Bye! :)

Friday, 13 April 2012

Keyword #10 : cium



Assalamualaikum reader ;)
Tadi baru je pegi tengok keyword kat Nuffnang. Erk, macam pelik la keyword yang first tu, "cium". Ada ke aku bagitau aku cium siapa-siapa? Rasanya macam takde. Kalau ada pun, maybe aku cium family or kawan. Ngehehee :3
Keyword yang "blog tudung bawal murah 2012" tu, korang jenguk la kat >SINI< ea. Kat situ banyak tudung bawal yang murah-murah. Hihi :D
Keyword untuk "macam mana nak hantar tiket nuffnang" tu pula korang klik kat >SINI< aku ada ajar macam mana nak hantar tiket Nuffnang.

#nta siapa la kan yang search keyword "cium" tu. Pelik-pelik je.


Bye! :)

Wednesday, 11 April 2012

Top Commentator Contest


Assalamualaikum dan hai! :)
Diana join contest dari kawan dalam dunia blog ni. Hihi! Jom kita join ramai2 bagi meriahkan lagi contest ni. Btw, hadiah menarik tauuu! Jom tengok syarat-syarat and hadiah ;)

Klik banner untuk join
Syarat-Syarat Penyertaan
1. Like fb fanpage di sidebar blog ini/ follow di twitter. alhafiez.com
2. Copy entry ini tanpa mengubah apa-apa ayat. Kemudian pergi ke post anda dan paste semua yang telah dicopy tadi kedalam entri itu. Tajuk bagi entri tersebut ialah “Top Commentator Contest” . Tag 3 orang rakan anda dibawah “SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MENJADI ORANG YANG BERTUAH..^_^” dan biarkan dia tahu.
3. Harus diingat, setiap komen akan ditapis dahulu sebelum di approve. Jadi, pastikan komen anda bernas dan yang paling penting sekali,SPAM adalah DILARANG!
4. Tinggalkan link entri anda di entri ini.
5. Komen di kotak komen facebook ( di atas kotak komen) dan komen di shoutbox adalah tidak dikira!
6. Menjadi pengomen dengn jumlah komen yang tertinggi di blog ini dengan mengikuti semua syarat-syarat penyertaan. Pengomen tertinggi yang tidak mengikuti syarat-syarat penyertaan dianggap tidak menyertai contest ini.
7. Kegagalan berbuat kesemua syarat ini boleh membatalkan kelayakan anda.Dan sekiranya jumlah penyertaan adalah kurang dari 5 orang ,contest ini akan dibatalkan.:)
Hadiah-Hadiah
Pengomen Tertinggi            : Topup  RM 50
Pengomen Kedua tertinggi : Topup  RM 30
Pengomen Ketiga tertinggi : Topup  RM 10
Perhatian!!
Jumlah pengomen tertinggi akan disembunyi buat sementara waktu. Contest ini akan berlangsung dalam tempoh sebulan. Bermula dari 11 April 2012 dan akan berakhir pada10 May 2012. Keputusan akan diumumkan pada 11 May 2012. Dan untuk pengetahuan semua,contest ini tidak akan berakhir sampai disitu sahaja. Selepas tamatnya contest ini alhafiez.com akan memberikan topup sebanyak RM 10 untuk DUA pengomen tertinggi SETIAP BULAN. Mudah sahaja kan.
SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MENJADI ORANG YANG BERTUAH..^_^
@EzadSkytech
@Rileks Sebentar
@Pupel Liyana


Bye! :)

Monday, 9 April 2012

One Direction : Louis Tomlinson


554762228_large
Louis William Tomlinson, lahir pada 24 Disember 1991, dari Doncaster, South Yorkshire, England, Anak kepada Johanna dan Mark. Dia mempunyai empat adik perempuan: Charlotte, Félicité., dan kembar Daisy dan Phoebe. Ibu bapa mereka berpisah pada tahun 2011.

553751_385011751531829_214595245240148_1210065_1105253900_n_large
Daisy dan Phoebe bawa watak sebagai bayi dalam rancangan yang dikenali sebagai Fat Friends, Louis pula sebagai watak tambahan. #muda-muda dah berlakon, hoho :D lepas tu dia masuk kelas lakonan di Barnsley. Louis membintangi 1 drama ITV1 yang dipanggil If I Had You, dan mempunyai sebahagian kecil di Waterloo Road. Beliau merupakan seorang pelajar tingkatan enam di Hall Cross School, sekolah negeri yang komprehensif, dan bekas murid Hayfield School. Sebagai seorang pelajar di Hall Cross School, Louis membintangi dalam beberapa produksi muzik.


Pada tahun 2010, Louis menghadiri uji bakat sebagai calon solo untuk siri ketujuh Faktor X. Louis menyanyikan lagu yang bertajuk "Hey There Delilah" dan menerima undi dari ketiga-tiga hakim. Pada Bootcamp, beliau menyanyikan "Make You Feel My Love" sebelum ditolak dan dimasukkan ke dalam One Direction.


Tumblr_m1ykolnivj1rr0x3wo1_500_large
Kini Louis tinggal dengan ahli band Harry Styles di North London. Loius tengah bercinta dengan Hollister model dan pelajar Manchester University, iaitu Eleanor Calder.


#psstt! hari tu aku tengok video 1D, kesian gila aku tengok si Louis ni tau. masa buat video untuk lagu "What Makes You Beautiful", Louis ni kan yang bawa apa nta nama kenderaan tu, macam van mini kot. apakah? hahaa! okay, serious. masa buat video tu, tiba-tiba diorang kena tahan dengan polis. then masa kat balkoni ke koridor nta, dia terjatuh! kesian gilaaaaa! Liam pula kurang ajar, dia cakap kat Louis "why you just dont die?", siot je kan? then Louis terus tampar Liam. tak percaya? meh tengok video ni,


Tengok start dari 5 minit 5 saat sampai ke 6 minit 14 saat kalau tak silap aku. Masa tu la. Hm kesian Louis kan?

Tumblr_lzyjnolgnd1r24anoo1_500_large
Btw, kalau korang perasan la kan. Louis ni banyak pakai baju yang belang-belang kan? Lagi satu, Louis ni handsome :3


Bye! :)

Wednesday, 4 April 2012

Berkongsi pasangan?

Assalamualaikum reader! ;)

Tumblr_m1a2lgudaj1r4gfuvo1_500_large

Kali ni aku nak update pasal berkongsi pasangan atau dalam kata lain bermadu atau pun berpoligami. Hihi! Maybe aku tak sesuai untuk cakap pasal poligami atau apa pun yang berkaitan dengan benda macam ni, tapi aku still nak bagi pendapat aku. Tak salah, kan? :)


Sebab kenapa aku tak minat berkongsi pasangan atau bermadu;
-Jujur aku bagitau yang aku ada sifat cemburu yang sangat melampau #tak tipu k
-Rasa macam diri kita ni dah tak menarik, mungkin sebab tu lelaki tu cari perempuan lain
-Tak suka kalau lelaki tu bagi pehatian yang lebih kat perempuan lain #sebab perempuan tu lebih menarik dari kita
-Rasa macam bersaing untuk pikat lelaki sendiri #watta? -___-
*TAK SUKA BERKONGSI!*
##Dear boy, hope you understand what I mean ;)

Untuk pendapat aku la, baik korang ikut apa yang dalam gambar kat atas tu tulis. Lagi bagus, kan? Aku tau, lelaki boleh nikah sampai 4 orang. But itu pun kalau mampu, kan? Tapi manusia ni jenis tamak. Tak mampu, tapi nak juga nikah sampai 4 orang. Memang sunnah Nabi, tapi kalau solat pun nta kemana, baik kau lupakan je la niat kau nak nikah sampai 4 tu. Okay? ;)
Memang kita selalu dengar "sharing is caring". Tapi kalau sharing laki, caring kepala hotak kau. Nak mampus ke apa? HAHA! Betul tak?
Just fikir-fikirkan la dan selamat beramal. Hihi :D

Bye! :)