TV Show

Lawak ke der?

March 09, 2012



Semalam aku bosan gila kat rumah. Then aku tengok satu iklan ni kat Astro. Rancangan Lawak Ke Der? kat siaran Astro Box Office. Aku tanya mak dulu, boleh ke tak nak beli rancangan tu. Mak aku bagi green light. Aku pun terus ikut step la nak beli siaran tu. Muehehe :3


Yang ni intro. Nabil nyanyi lagu Sexy and I know it. Seriously lawak gilaaaa! Dengan tight yang dia pakai tu, dengan rambut afro dia tu and spek mata lagi. Memang ikut gaya LMFAO la. Cuba korang tengok betul2.



Tengok tuuu! Sama, kan? Lebih kurang je. Tapi kasut nabil tu macam kasut aku la. Muehehe :3

Look at the kepala Harith,
look at the perut Boboi,
look at the gigi gigi gigi Osbon.
Look at the hidung Jozan,
look at the Jawa power,
look at my telinga ca-ca-capang.

Hahahaa! Lawak je doe. Bukan ni je yang lawak. Masa Jozan dengan Boboi buat persembahan pun best. Seriously! Tapi takde pula Osbon. Pelik betul. Then part Harith buat persembahan, aku dah blur. Sebab semuanya English. Aku bukannya pandai sangat dalam English. Lepas habis persembahan Harith, Nabil pula muncul. Dia kata 'takpe, adik2 yg tak faham tu takpe. nanti lepas seminggu, baru adik gelak. haa, cuba tengok, orang yg datang minggu lepas baru gelak hari ni'. HAHAHAA! Siot je. Dia macam kata kat aku pula. HAHA! Agak terasa la en.

Banyak lagi video kat youtube. Korang search je la. Layan sampai habis. Seriously lawak gila. Memang korang penat gelak ah nanti. Video ending Lawak ke der? takde la. Ending dia lagu Party Rock Anthem. Smart la juga tengok diorang menari. Nanti korang cuba la cari :D


Bye! :)

You Might Also Like

4 comments