Wednesday, 28 March 2012

One Direction : Niall Horan


Niall James Horan, lahir pada 13 September 1993 di Mullingar, County Westmeath, Ireland. Anak kepada Maura dan bapanya Bobby, dia mempunyai seorang abang bernama Greg, 23. Ibu bapa mereka bercerai ketika Niall lima tahun. Dia salah seorang pelajar di Coláiste Mhuire, sekolah Christian Brothers school.


X_19f9b640_large
Sebelum menyertai dalam X-Factor, Niall melakukan persembahan di sekitar tanah airnya, termasuk mendapat sokongan untuk Lloyd Daniels di Dublin. Niall telah bermain gitar sejak kecil. Dalam satu temu bual Niall menyatakan gitar itu sebagai "hadiah terbaik yang pernah saya diterima untuk Krismas". Horan mendedahkan ibu bapanya telah mengambil perhatian nyanyian beliau semasa dalam perjalanan didalam kereta, "kata makcik saya dia fikir radio adalah. Perkara yang sama berlaku kepada Michael Bublé dengan ayahnya. Beliau adalah wira mutlak saya, jadi saya suka hakikat yang kita mempunyai cerita yang sama."

Tumblr_m11wz2npox1r6bxubo1_500_large
Pada 2010, Niall mengikuti uji bakat sebagai calon solo untuk siri ketujuh Faktor X, menyanyikan lagu "So Sick", menerima komen bercampur-campur daripada hakim-hakim yang hadir pada uji bakat itu, dengan Louis Walsh yang menyebelahinya. Dua hakim-hakim yang lain menyuarakan keraguan terhadap kebolehan beliau, dengan tiga undi daripada empat, beliau telah dihantar untuk Bootcamp di mana beliau menyanyikan "Champagne Supernova", gagal untuk melayakkan diri untuk kategori "Boys" beliau telah dimasukkan ke dalam One Direction.
#comel pula aku tengok si Niall ni :3

Jangan lupa singgah blogshop baru aku kat SINI ;)


Tuesday, 27 March 2012

Video #re-post lagi


video
Video zaman 2009 punya. Masa ni baru lepas pergi taman layang-layang kat Metropolitan.
Bila tengok balik, lawak pun ada. HAHA! :D


Bye! :)

Monday, 26 March 2012

26 March


Hari Kantin di SK Bandar Sri Damansara 1
Hari Sabtu lepas ada hari kantin kat sekolah lama aku. Muehehe :3 sekolah rendah je pun. So tempat pun macam budak-budak juga la. Macam takde function kot pi sana. Then ada aktiviti flying fox. Teringat pula kat kem masa buat flying fox. Best ohh! Tapi flying fox kat sekolah tu tak best. Tinggi tu memang la tinggi, tapi rendah. Macam sekejap sangat la, so tak bape best. Aku pergi sana pun jenjalan je kat sana. Dah lama tak masuk sekolah tu. Hihi! :D

With Zhariff
#ehem2! Aku nampak kurus dalam gambar ni, kan? Hihi! :3
Aku pi sekolah dengan Zhariff. Hihi! Lagi pun dah lama tak jumpa dia. Biasa la kalau dah lama tak jumpa, mesti ada banyak benda nak cerita en. Teheee :D lagi pun kitorang dah macam adik beradik, katanya la :'D
Masa kat sekolah, kitorang pergi masuk lab. Teringat masa zaman sekolah dulu. Hahaa! Masa tu lab bersepah gila. Macam rumah yang dah lama kena tinggal. Lepas tu jalan-jalan pula kat tempat lain. Dah lama tu macam bosan pula. Pergi bus stop kat depan sekolah. Masa tu la macam-macam benda kitorang cerita. Hee :D

Lepas pergi sekolah, aku dengan Izzy plan nak pergi KL. So Zhariff pun bla pergi cc. Dia taknak follow sebab dia dah nak balik rumah sewa dia. 
____________________________________________________

Dah sampai KLCC, nampak kawan Izzy. Comel gila budak kecik ni, hahaa xD

With Nazwa :)
Ni la kawan Izzy tu. Hihi! Baru form 4 budak ni. Result PMR dia not bad, so dia dapat masuk asrama kat Negeri Sembilan. Kiranya dia keluar tu macam last hang la. Dia ni boleh bantai panggil aku 'kakak'. Ciss, terasa diri ni macam tua pulak. HAHAHA! xD
Masa tu dia kat depan Rotiboy, tengah tunggu bf dia. So kitorang pun temankan la budak kecik ni :D aku pula tunggu kawan aku si Pudem, hihi! :D

Si Nazwa ni takbole lepas dari cermin. Hahaa! Tau la nak pi jumpa bf :p

Nazwa & Izzy
Nazwa ni beria nak bergambar dengan Izzy, haha xD dia kata dia tak pernah ambil gambar dengan Izzy, padahal dah banyak kali jumpa kalau tak silap aku.

Lepas bf Nazwa dah sampai, diorang terus bla. Tinggal aku dengan Izzy je la. Then terus gerak Pavi, jumpa Pudem. Dah sampai Pavi, aku terus text Pudem. Dia call and menyorok. Ciss! Boleh pula dia nak main sorok-sorok dalam Pavi dengan aku ek? HAHAHAA! Nampak juga dia lepas tu. Safwan pun baru sampai Pavi, then kitorang pergi KFC sebab masing-masing tengah lapar.

Habis isi perut yang kosong, jalan-jalan kat Pavi. Aku plan nak tengok movie 'The Vow', tapi Izzy pula taknak sebab duit tak cukup. Grrr! Spoil je tau dia ni. Takpe, next week aku nak pi tengok juga. Tak kiraaa!
Dalam pukul 6 petang, Pudem gerak balik. So tinggal aku dengan Izzy je sebab Safwan dah gerak tempat lain dengan kawan-kawan dia. Masa Pudem dah nak balik, aku nampak Udin. Nak tegur, takut silap orang. Hihi! Aku misscall number dia, lepas tu dia call balik. Aku cakap la aku nampak dia. Dia kata dia pun nampak aku and tanya aku pakai tudung en. Aku pun iyakan aje :D

Izzy & Diana
Masa ni otw nak balik dah. Jumpa kawan-kawan Nazwa. Semuanya cantik-cantik. Jelly tau tak? Hahahaa! Watlek je k.

Pukul 7 gerak balik and sampai rumah dalam pukul 9 lebih ;)
#malas nak cerita lebih details, hihi


Bye! :)

Sunday, 25 March 2012

Benci phone ni -__-



Sekarang ni aku pakai phone Xperia x10 mini. Mula-mula pakai tu memang excited la sebab first time pakai phone touch screen, hahaa! Setahun lebih dah kot aku pakai phone ni.

Akhir-akhir ni phone aku selalu buat hal. Padahal battery full, tapi phone aku tiba-tiba off sendiri. Kadang-kadang tu setiap kali lepas habis call, ter-off lagi. Lagi satu tengah tiap mesej, off tiba-tiba lagi. Erghh! Makin menyirap dengan phone ni tau.

Tadi aku pi godek-godek phone, then ter-reset phone. Habis semua text and number phone hilang. Eeeeeeee! Makin tension la dengan phone ni tau. Geram gila akuu! Lepas ni dah malas nak pakai phone canggih-canggih lagi. Hantar kedai kang, beratus kena bayar, baik beli phone cikai je. Lagi murah daripada nak bayar duit repair phone, kan? Hm,


Bye!

Friday, 23 March 2012

Keyword #9 : wira wirawati gila


*klik untuk lebih jelas*

Agak kuangajar siapa yang cari keyword gini. Pfftt -,- wira wirawati tak gila k, cuma otak tu gila-gila sikit. Jadi gila-gila pun sebab jumpa geng yang gila-gila. Kalau hidup ni asyik serious, bosan pula nanti. Ye dak? :3
#esok nak pi hari kantin and konsert kat KLCC :p


Bye! :)

One Direction : Zayn Malik


Mesti ada yang excited nak tau pasal Zayn Malik yang handsome ni kan? ;p

 
Zain Javadd Malik, lebih dikenali sebagai Zayn Malik. Lahir pada 12 Januari 1993, di Hospital St. Luke. Dari West Lane, Baildon, Bradford, England. Anak kepada Tricia, ibu orang Inggeris, dan bapanya British Pakistan bernama Yaser. Zayn mempunyai tiga saudara perempuan Doniya, Waliyha dan Safaa. Zayn membesar di Bowling Timur, yang terletak di selatan pusat bandar Bradford.

Tumblr_m0kpn9w8tc1rr0x3wo1_500_large
*awww, mesti comel kan? muehehee :3
Dulu Zayn sekolah di Lower Fields Primary School in East Bowling dan kemudian ke sekolah Tong High School. Masa Zyan masih lagi kanak-kanak, dia seorang yang hyper active #mesti Zyan ni jenis tak duduk diam masa kecik en? hihi! xD Sampaikan mak Zayn ni letak Zayn dalam kereta sorong walaupun kat dalam rumah.

Tumblr_m0qkif5nlw1rr0x3wo1_500_large
*bagus, hargai peminat
Pada 2010, Zayn pegi uji bakat sebagai calon solo untuk siri ketujuh X Factor. Zayn telah diperhatikan untuk menjadi saraf di Bootcamp, dan apabila dia diberitahu dia terpaksa menari, Zayn memutuskan untuk kekal di belakang pentas, berkesan menjalankan risiko penyingkiran. Cowell perasan Malik hilang dari rutin tarian dan pergi belakang pentas dan meyakinkannya untuk kembali. Di Bootcamp, Zayn gagal untuk melayakkan diri bagi kategori "Boys" dan dimasukkan ke dalam One Direction.

Tumblr_m0pyx4gmd51rr0x3wo1_500_large
*kecik2 lagi dah gatal ek kau ni Zayn? HAHA!
Zayn 'date' dengan peserta X Factor, Rebecca Ferguson, yang menyebabkan kontroversi kerana perbezaan usia enam tahun. Hubungan berakhir selepas 4 bulan bersama. Pada bulan November 2011, Ferguson menyatakan berikut dalam satu temu bual: "Me and Zayn just grew apart. I wish him all the best."


Zayn mempunyai empat tatu, nama datuknya dalam bahasa Arab pada dadanya, tanda Yang Yin di pergelangan tangan kirinya, simbol pada perut dan tanda keamanan pada lengan kanannya.
#err, macam ni ke yg korang kata dia ni Islam? Dia cuma mix sebab ayah dia Pakistan British, or maybe dia non-muslim?


Bye! :)

Wednesday, 21 March 2012

Untuk kaum Hawa kat luar sana,


 
Hasil dari sumber;
Hati2 pada sape2 yg naik komuter, especially tren ke Rawang. Plez beware ngan org ni. Saya baru je pas buat repot cover utk kes cabul td…citenye gini…
Selasa baru2 ni..saya tunggu tren mcm biasa kat platform 4 kl sentral..tgh2 tgu tu ada la mamat yg dlm gambar tu dtg dari blkg dan rapat blkg saya..sbb x selesa saya pun pandang blkg n tgk kat blkg dia x de org pun…tp dia masih nak rapat lg..saya cube elak ke kiri n kanan..tp masih dia ikut…saya pun pandang dia n mybe dia perasan n dia blah….
Apa yg sengal nye dia ni dgn pakaian yg sama dia muncul lg semalam dan beratur lg blkg saya..saya elak n dia x bejaya nak buat kat saya dia tp dia try kat sorg budak ni…sian dia…
Dlm tren dia buat keje tu…dia mmg bergesel dgn bdk pompuan ni dr KL sentral smpai la stesen sg buloh…bayang kan la dlm tren tu betapa ramai org mmg x leh nk ckp la..sampai je stesen sg buloh kami (saya ngan akak sorg ni) perasan yg kat seluar dia basah…saya pun trun n cari budak pompuan td nk tanye ape tejadi kat dia….bdk ni cite yg mmg dia ada rase ‘something; kat punggung dia…tp dia x tau ape bendenye…mmg saya tgk kat seluar bdk tu pun ada kesan “air’dia …mmg kurang ajar org ni…dgn muka puas dia tersenyum mase kluar dr tren…saya ada buat laporan kat KTM staff tp diorg ckp dia x de kuase nak tangkap…hampeh betul…kalu ikutkan smlm dah tertangkap dia ni…masalahnye time tu x de plak polis kat sg buloh station…
So if u all ada terserempak ngan dia ni hati2…sbb dia ni x kan berhenti memburu n buat keje x senonoh tu..dah la bau busuk…@%^$&%*&^.. Mmg dia taget penumpang2 tren ni sbb dia x kan kemana bila dah turun, dia akan naik tren semula n cari mangsa2…
So, kepada perempuan yang suka sangat keluar KL and menggunakan pengangkutan awam ni hati-hati la kalau jumpa lelaki yang macam tu. Kalau nampak, jerit je kuat-kuat cakap ada pencabul. Lelaki macam ni kena ajar sikit. Takbole dibiarkan. Tak kan nak biarkan dia buat aktiviti tak senonoh tu.
Korang pula jangan mengada pergi tempat yang bercampur. KTM tu kan ada sediakan koc untuk wanita. Kat situ lebih selamat. Kadang-kadang ada juga lelaki #warga asing yang masuk koc wanita. Korang kena tegur, jangan diam je. Untuk keselamatan korang juga.
Kalau keluar pula, jangan sorang-sorang. Paling koman pun keluar la berdua atau bertiga and kena la ada sorang lelaki untuk jaga korang. Keluar tu pula jangan fikir nak enjoy je. Fikir keselamatan tu juga k ;)


Bye! :)

Penakut #repost


Aku takde idea nak update pasal apa. So aku repost entry ni dari blog lama :D

 
*gambar dari google*

Ni tahun 2009 punya cerita :3
Date ; 12 Dec 2009
Jumaat tu balik kampung kat Sabak Bernam. Suasana lebih kurang macam dalam gambar tu. Sampai kat kampung lewat malam. Lepas makan malam, terus naik tingkat atas sebab dah nak tidur.

Then adek lelaki aku #Mirul ajak turun bawah, dia nak pegi minum. Pengecut la budak tu, haha ! Aku kesian tengok dia, aku pon turun a. Dah habes minum, naek atas balik. Lepas tu mak suruh dia cuci botol susu Sarah. Aku baru naik, Mirul suruh aku yg cuci. Mak bising dah. Yela, mak suruh dia, dia pulak suruh aku yang cuci. Bingai btol -,-

Dia mengalah, dia turun a. Lama jugak la dia kat bawah. Lepas tu dye naik . Tengok gaya lain macam je. Siap sengih2 kat mak. Dia cakap dia tak cuci pun botol tu, dia tak jumpa plag lampu dapur. Aku yg terdengar  dia cakap macam tu, terus gelak gila2. HAHAHAA! xD kesian betul. Takot sangat letteww. Mana tak nye, gelap gila woi . Kawasan tempat tu betul2 kampung habis ah, banyak sawah padi. Kalau aku pun, aku takut tauuu! Memang malam tu aku gelak takbole nak berhenti laa. Hee :D

#serious takbole lupa oh, HAHAA! xD
Btw, macam mana la result budak2 SPM '94 ek? Muehehe :3

Tuesday, 20 March 2012

One Direction : Harry Styles


 
Nama sebenar mamat ni Harry Edward Styles. Dia lahir pada 1 Februari 1994, di Evesham, Worcestershire #dia yang paling muda dalam kumpulan One Direction. Dia dari Holmes Chapel, Cheshire, England dan bekas murid di Holmes Chapel Comprehensive School, a state comprehensive school. Anak kepada Anne dan Des. Dia ada seorang kakak, Gemma. Semasa Harry berumur 7 tahun, parents bercerai, then mak dia berkahwin dengan Twist Robin.


Masa Harry masih lagi kanak-kanak, dia suka menyanyi, mencatatkan Elvis Presley sebagai salah satu pengaruh bagi dia. Harry adalah penyanyi utama untuk band Putih Eskimo dengan ahli kumpulan membawa pemain gitar Haydn Morris, pemain bass gitar Nick Clough dan pemain drum Will Sweeny. Harry pergi uji bakat dalam rancangan X-Faktor dengan lagu "Isn't She Lovely", menerima komen positif  dari dua daripada tiga hakim, dengan Louis Walsh mempunyai keraguan sama ada beliau bersedia untuk maju dalam pertandingan. Pada bootcamp, Harry menyanyikan "Stop Crying Your Heart Out" sebelum ditolak dan dimasukkan ke dalam One Direction.


Harry sekarang ni tinggal dengan ahli band Louis Tomlinson di North London. Harry secara ringkas 'dated' dengan Flack Caroline, yang menyebabkan kontroversi media yang meluas tentang 15 tahun jurang umur mereka. Following the breakup at a 2012 BRIT Awards after party, Styles said "I'm through with older women"
psstt, comel pula aku tengok si Harry ni :3

Monday, 19 March 2012

Holiday #Terengganu


Sebenarnya nak update entry pasal holiday ni semalam, tapi busy sikit sebab keluar dengan family. Hihi :3

Masa holiday kat Terengganu, bosan gila sebab macam takde aktiviti nak buat. Pergi pula dengan family. Tapi abah busy dengan kerja. So cuma duduk rumah je la. Keluar pun time nak makan je and beli barang sikit.

Masa pergi Pasar Payang, ada beli barang sikit :D

Pashmina yang warna pink purple and kelabu tu beli kat Pasar Payang, Terengganu. Beli dua pashmina tu dengan harga RM27. Err berbaloi ke? Rasanya okay la tu kot. Tengok kat tempat lain macam kat KL tu, takde pula yang aku berkenan. Hihi!

Shawl jojet warna krim and pashmina hitam tu aku beli dengan harga RM15. Yang tu beli kat kedai tepi Mydin, hihi :D Kat Terengganu je dah habis RM42. Ghabak ahh! Hahaa! Dah la hujung minggu ni aku nak pi Melaka. Buat reunion sendiri, nak jumpa kawan2 and bf :3

Btw aku bukan bawa balik shawl and pashmina je dari Terengganu. Paling takbole bla aku bawa balik 5kg lemak dari Terengganu. Hasil duduk kat sana seminggu, tak buat apa2 aktiviti. Asyik makan tidur makan tidur. HAHA! xD
Aku kena buang balik 5kg ni! Tak sukaaaaa! Mencik mencik! -___- bagi tips macam mana nak buang lemak tanpa perlu nak diet, boleh? Ada ke tips macam tu ek? Nak kurus tapi taknak diet. Pelik2 je. Muahahaa! :D

Korang cuti sekolah hari tu pi mana? Mesti best en? Jenjalan dengan kawan / family. Aku je bosan -,-


Bye! :)

Tutorial : Mana nak dapatkan Blog ID


Okay, untuk yang nak buat button follow yang menggunakan gambar atau pun menggunakan simbol yang lain, mesti kat tutor tu ada tulis "PUT YOUR BLOGID HERE". Kan kan? Aku cuma nak ajar macam mana nak cari blogID je. Muehehe :3

Firstly mesti la kat dashboard tu kan. Kat situ korang klik je mana2 antara new post ke, edit post ke, design ke? Mana2 je. Macam aku, aku klik edit post.


Gini la rupenye. Korang tengok kat atas tu. Kat url tu. Haa, kat tepi tu nanti keluar la korang punya blogID. So itu la blogID korang :D muehehe, simple je kan?


Bye! :)

Saturday, 17 March 2012

One Direction : Liam Payne


 
#style rambut ni la masa dia dalam rancangan X-Factor
Liam James Payne, nama sebenar Liam ;) dia lahir pada 29 Ogos 1993 #eh, sebaya la kita. muehehe :3 tinggal kat West Midlands, England. Liam lahir 3 minggu awal. Anak kepada Karen and Geoff, dia ada dua orang kakak. Nama kakak dia Rut and Nicola.

Masa umur Liam 4 tahun, dia kerap melakukan ujian di hospital. Doktor perasan salah satu buah pinggang Liam ni berparut dan tak berfungsi. Untuk membantu Liam, dia kena 32 suntikan kat lengan pada waktu pagi dan petang masa dia masih kecil. Err, kesian Liam kan? :'(

 
#style dah berubah sikit, nampak handsome :3
Liam gelarkan diri dia sebagai "budak nakal" masa kat sekolah. Kat sekolah dulu, dia aktif bersukan. Then dia jadi mangsa buli kat sekolah. Lepas tu dia belajar tinju, untuk protect diri sendiri. Hidung dia patah, gegendang telinga berlubang. Dia selalu balik rumah dengan muka lebam and sesak dada. Benda tu semua bagi dia keyakinan yang lebih baik lepas beberapa tahun.
Bagus kan Liam ni? Dia tabah walaupun selalu kena buli masa sekolah dulu.


Lepas tu, dia try uji bakat kat X Factor pada tahun 2008. Walau bagaimanapun, Simon Cowell menyangka bahawa beliau tidak bersedia untuk pertandingan itu dan meminta beliau untuk kembali dalam masa dua tahun. Liam datang semula ke audition lagi dan menyanyikan lagu "Cry Me Sungai". Dia menerima tepukan berdiri daripada penonton dan Simon Cowell. Pada Bootcamp, beliau menyanyikan "Stop Crying Your Heart Out" sebelum ditolak dan dimasukkan ke dalam One Direction.
Mengenai salah satu buah pinggang Liam, beliau berkata, "Saya perlu berhati-hati untuk tidak minum terlalu banyak, walaupun air, dan saya perlu menjaga diri saya sebagai sihat yang mungkin.
Susah juga en kalau ada sakit ni, kesian Liam.

 
Lastly, Liam is currently in a relationship with dancer, Danielle Peazer ;)


Bye! :)

Thursday, 15 March 2012

Holiday! :D


Ini cuma short entry,

2 3 hari ni jarang update sebab tengah holiday sebenarnya :D hari sabtu hari tu gerak pi Kuala Terengganu. Then hari selasa pi Tasik Kenyir #tak pasal2 tak dapat tengok ending Vanilla Coklat -____-
Rabu malam baru balik KT balik, esok tu jenjalan lagi.


Semalam pi I-City KT :D


Them<3


Bye! :)

Tuesday, 13 March 2012

Intro One Direction


320729_268839659808005_249787028379935_997955_2125224733_n_large
One Direction, kumpulan budak2 British-Irish. Ahli kumpulan diorang Harry Styles, Louis Tomlinson, Zayn Malik, Niall Horan and Liam Payne #nama ni aku ikut susunan macam dalam gambar tu tau ;)

Diorang ni masuk dalam rancangan realiti TV pada tahun 2010, iaitu The X Factor #siri ketujuh. Ala2 macam American Idol, One in a Million, lebih kurang macam tu la. Klik SINI untuk tengok salah satu video diorang masa kat rancangan The X Factor. Pada mulanya, diorang ni join secara solo untuk kategori "Lelaki". Tetapi diorang ni gagal untuk melayakkan diri. Lepas tu, juri yang bernama Nicole Scherzinger ni bagi idea untuk gabungkan diorang dan masuk dalam kategori "Kumpulan". Rezeki diorang, menang tempat ketiga dalam pertandingan tu and diorang sign contract rakaman dengan Sony Music anak syarikat Syco Records.

Sikit ni je la ek info yang aku bagi pasal One Direction ni. Yang ni baru intro sikit. Lepas ni aku bagi details diorang pula. Penat aku nak translate info diorang ni. Kalau tak faham tu, korang buat2 faham je la ek. Muehehe :3


Bye! :)

Monday, 12 March 2012

Tunang?!


258534834828618911_ngfagmcl_f_large

PERTUNANGAN MENURUT SYARAK
Pertunangan di sisi syarak terbahagi kepada lima cara. Pertunangan boleh dikira jika berlaku salah satu dari cara berikut:

  1. Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
  2. Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
  3. Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
  4. Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
  5. Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.

Copy dari SINI :3

Sunday, 11 March 2012

One Direction!


Ehh, bukan one direction yang satu hala tuju tauu! Lain lain! One Direction ni artis k. Artis remaja luar negara. Yang gadis remaja zaman sekarang ni dok tergilakan tu. Pasai pa diorang tergilakan One Direction? Meh sini aku nak tunjuk pasai apa. Muehehehe xD

Reaksi perempuan kalau nampak lelaki macam kat atas ni;
"Aaaaaaaaaaaaaa! Handsome-nye diorang!"
#macam histeria, BHAHAA!

Okay, nampak tak kenapa gadis remaja zaman sekarang ni tergilakan diorang? La ish! Tak kan tak tau kot? Cuba tengok betul2 kat gambar tu. Haaa! Tau tak pasai pa? Yes! Betul tu! Sebab diorang handsome. Auwwww! Handsome, comel, jambu, pheww! :O #okay, stop gedik.

Aku tau kewujudan kumpulan remaja ni pun dari adik aku. Hari tu aku tengok dia buka youtube, lagu diorang ni la. Boleh tahan la juga and aku mengaku, aku pun jatuh hati tengok diorang ni sebab handsome #jangan risau, wa sayang  bf wa. Muahahaa! xD masa tengok video diorang ni, mak aku cakap "lebih kurang macam Westlife je. semuanya handsome2". See! Mak aku pun kata diorang handsome tau. Kenyataan, kan? Zaman comel2 budak2 dulu aku minat Westlife. Lagi2 Brian, awwwww! Handsome dohhh! Hahaha :D okay, stop. Sekarang ni kita cerita pasal 1D. Bukan Westlife. Pasal Westlife, lain kali kita cerita k? Haha :D

Yang ni antara lagu yang aku suka. Sebabnya lagu ni macam diorang ni suka perempuan yang natural beauty. Haaa! Faham tak maksud aku? Ish! Payah bebenooo! Korang dengar je la lagu ni betul2. Dia ada kata;
"don't need make up, to cover up, being the way that you are is enough."
Ha, faham tak? Faham, kan? Yes. Sebab tu la aku suka lagu ni. Maksud lagu ni, best! :D
Banyak lagi lagu diorang. Tapi takde la banyak sangat. Aku baru dengar 3 lagu. Muehehe :3

Untuk yang tergilakan One Direction ni, nanti aku bagi korang details diorang ni sorang2. Aku tau ramai yang minat kat Zayn Malik sebab dia handsome. Nama pula macam orang Melayu, kan? Aku ni jenis suka share. Nanti aku share dengan korang details lelaki2 handsome ni k :p


Bye! :)

Saturday, 10 March 2012

Cuti sekolah!


Tumblr_lcvwiz7cd61qdrv2ro1_500_large
Tajuk entry ni, err. Menyampah pula aku. Hahaa! Padahal aku bukan budak sekola pun. Beriya nak post pasal cuti sekolah buat apa en. Muehehe :3

Aku nak share pendapat aku la en. Tak tau la pendapat korang sama ke tak dengan aku. Pendapat aku pasal budak sekolah;
  • Mula2 masuk sekolah, takut2 je sebab tak kenal sape2 and takde kawan.
  • Dah dapat kawan, asyik melekat je la. Konon BFF sampai mati.
  • Bila dah jadi senior kat sekolah, mula la tunjuk belang. Konon gengster #PHUII!
  • Bila dapat cuti sekolah, rasa nak sekolah.
  • Bila sekolah, rasa nak cuti pula.
  • Bila hari Ahad, rasa malas gila nak pergi sekola esok tu.
  • Paling suka hari Jumaat sebab tak sabar nak balik awal.
  • Masa dah nak dekat cuti, kemain excited. Tapi bila cikgu bagi homework yang banyak, terus rasa lemau. Tak semangat nak holiday.
  • Masa sekolah, rasa tak sabar nak habis sekola sebab dah tension pergi sekola. Dengar cikgu membebel, kena buat kerja rumah, study study study!
  • Dah habis sekolah, rasa rindu pula nak sekolah. Rindu nak jumpa kawan2. Gosip dengan kawan.


Semua tu random, aku tak ikut turutan pun. Betul tak semua point kat atas tu? Muehehe :3 tipu la kalau semua tu salah. Mesti ada yang salah satu yang korang pernah alami sendiri, kan? ;)
Yang sebenarnya aku pun rindu sekola. Isk isk :')

Cuti sekolah ni korang yang pergi holiday tu, enjoy la puas2 ek. Kalau cikgu bagi banyak kerja rumah, buat la dulu. Baru fikir enjoy. Jangan 24/7 jam nak enjoy je. Hihi! Memandai je aku nak nasihat orang. Okay la, taknak melalut panjang2.

HAPPY HOLIDAYS GUYS! ;)


Bye! :)

Friday, 9 March 2012

Lawak ke der?



Semalam aku bosan gila kat rumah. Then aku tengok satu iklan ni kat Astro. Rancangan Lawak Ke Der? kat siaran Astro Box Office. Aku tanya mak dulu, boleh ke tak nak beli rancangan tu. Mak aku bagi green light. Aku pun terus ikut step la nak beli siaran tu. Muehehe :3


Yang ni intro. Nabil nyanyi lagu Sexy and I know it. Seriously lawak gilaaaa! Dengan tight yang dia pakai tu, dengan rambut afro dia tu and spek mata lagi. Memang ikut gaya LMFAO la. Cuba korang tengok betul2.



Tengok tuuu! Sama, kan? Lebih kurang je. Tapi kasut nabil tu macam kasut aku la. Muehehe :3

Look at the kepala Harith,
look at the perut Boboi,
look at the gigi gigi gigi Osbon.
Look at the hidung Jozan,
look at the Jawa power,
look at my telinga ca-ca-capang.

Hahahaa! Lawak je doe. Bukan ni je yang lawak. Masa Jozan dengan Boboi buat persembahan pun best. Seriously! Tapi takde pula Osbon. Pelik betul. Then part Harith buat persembahan, aku dah blur. Sebab semuanya English. Aku bukannya pandai sangat dalam English. Lepas habis persembahan Harith, Nabil pula muncul. Dia kata 'takpe, adik2 yg tak faham tu takpe. nanti lepas seminggu, baru adik gelak. haa, cuba tengok, orang yg datang minggu lepas baru gelak hari ni'. HAHAHAA! Siot je. Dia macam kata kat aku pula. HAHA! Agak terasa la en.

Banyak lagi video kat youtube. Korang search je la. Layan sampai habis. Seriously lawak gila. Memang korang penat gelak ah nanti. Video ending Lawak ke der? takde la. Ending dia lagu Party Rock Anthem. Smart la juga tengok diorang menari. Nanti korang cuba la cari :D


Bye! :)

Tips macam mana nak dapat BE :)


Aku nak share tips macam mana nak dapat BE dari encik Nuffnang ni. Suka tak? Suka tak? Yeayy! Hihi! :D check this out blogger ;) #klik gambar untuk lebih jelas k


Yang ni UV untuk bulan lepas. Takde la cecah beriban. Nak dapatkan 500UV seminggu pun semput tau. Hahaa! xD

Last week punya.

Minggu ni punya.

  • Berdasarkan gambar kat atas ni, korang faham2 je la ek. Korang kena make sure yang korang punya UV untuk sehari kena lebih dari 50UV. Tu paling sikit tau. Tapi memang kena maintain la. Jangan sehari je 50 lebih UV, hari lain sikit sangat. Maybe kalau makin banyak UV, lagi bagus ;) tengok la blogger otai semua tu. Diorang punya UV sehari kemain, beribu tuuuu! Aku nak cecah 100UV pun susah tau.

#tips; kalau jenis yang bukan blogger tegar atau jarang update, korang kena la rajin blogwalking ;)



  • Update survey setiap minggu. Kalau rasa macam malas, dua minggu sekali pun boleh la. Jangan malas malas k? ;) kat situ nanti korang cerita la blog korang tu pasal apa.

#tips; buat ayat yang menarik kat kotak jawapan untuk soalan nombor 13. Kat situ nanti la diorang akan nilai and letak iklan diorang kat blog korang ;)


  • Rajin2 la hantar tiket kat Nuffnang. Hantar tiket ni kira macam korang contact dengan Nuffnang. Hantar je tiket apa2. Macam tanya diorang macam mana nak dapat BE ke, apa ke. Pape je. Dah dapat BE kang, hantar tiket kat Nuffnang, cakap terima kasih. Jangan sombong pula. Muehehe :3 hantar tiket ni setiap minggu atau pun dua minggu sekali ;)


Haaa, tu je la tips yang aku nak share. And benda ni juga la yang aku cuba kekalkan. Alhamdulillah, dapat la juga BE walaupun tak banyak mana. Nak dapat 25sen pun semput tauuu! Hahaa! Dekat setahun aku blogging ni, baru dapat RM20 lebih. Sikit je en? Tapi kira okay la daripada tak dapat langsung. Walaupun tak dapat income yang banyak, ada untungnya juga join Nuffnang ni. Masa birthday nak dekat, Nuffnang ni baik hati bagi tiket wayang. 4 tiket wayang tauuuu! Tu yang aku suka, hihi! :D

Selain korang cari side income dengan Nuffnang, korang boleh cari side income kat ChurpChurp and Says.my juga ;) cari side income sambil blogging, kan untung tu.

Paling penting untuk dapat BE, kena banyak berSABAR! Tu penting k. Orang yang banyak bersabar ni la yang akan dapat ganjaran. Tak gitu? Teheee :D so untuk korang semua, selamat berblogging! ;)


Adios! :D

Thursday, 8 March 2012

Double BE! Inti Cycle 2 dan Miss World Malaysia


*klik untuk lebih jelas*

BE ke dua untuk tahun ini. Wohoo! Memang suka gila ah en. Tapi tu la. Followers je ramai, tapi tak ramai pun yang selalu datang blog aku ni. Hm takpe la. Ada BE ni pun dah untung sikit ;) thanks Nuffnang! :* and thanks INTI Cycle 2 dan Miss World Malaysia sebab letak iklan kat blog ni. Muehehe :3 BE Nokia tu pun ada lagi tauu. Klik klik! :D

Ada masa nanti, aku bagi tips macam mana nak dapat BE, okay? ;) sebenarnya ada la juga dalam 2 3 orang yang tanya aku. Macam mana boleh dapat BE. Tunggu next entry k sayang? Hihi! Aku tak kedekut pun nak share tips2 ni. Jangan risau k. Korang pula rajin2 klik iklan kat blog ni. Kalau rajin sangat, klik semua iklan tu tau. Muehehe :3


Bye! :)

Wednesday, 7 March 2012

First Giveaway by Nurul's Blogshop


*klik banner kalau nak join*

Weeee! Join GA lagi. Mana tau kot ada luck, hihi :D

Follow blog Ezza ; DONE!
Follow blogshop Ezza ; DONE!
Like fan page blogshop Ezza ; DONE!

Nak tag;

Siap! :) hihi! Minta2 sangat ada tuah :3 wish me luck! ;)


Bye!

Tutorial : Pop up window comment


Rasanya reader / blogger lebih selesa kalau kita buat comment form tu dalam pop up window, kan? Jom aku tunjuk cara nak tukar settings kat blog ni. Hihi!

Firstly korang pergi kat settings. Then klik bahagian comments.

*klik untuk lebih jelas*

Selalunya ada setengah blogger, diorang punya form comment tu embedded below post atau full page. Rasanya lebih selesa kalau kita guna pop up window je, kan? ;)

Aku cuma tunjuk benda yang simple je. Takde nak buat tutor yang hebat2 ni. Hihi!


Bye! :)

Tuesday, 6 March 2012

Kucing yang bercakap; Talking Tom


Siapa yang tak tau application Talking Tom ni, kan? Bukan pengguna iPhone je yang ada application Talking Tom ni. Pengguna android macam aku pun boleh install application Talking Tom tau. Comel je bila tengok kucing Tom ni boleh bercakap #kucing ni mengajuk apa yang kita cakap. Untuk iPad pun ada. Abah aku siap install yang Talking Tom 2, hihi :D Adik aku yang Sarah tu pun selalu main dengan Tom ni.

Haa, sebenarnya aku nak share dengan korang benda yang berkenaan dengan Talking Tom ni. Masa aku tengah cari online shop kat fb, aku nampak satu online shop ni ada jual patung Talking Tom! Aku sendiri terkejut. Ada juga yang mereka patung Talking Tom ni ek. Aku baru je tau. Tak tau la kalau korang dah lama tau. Tapi peduli apa aku? Aku nak share juga. Hihi! :D



Haaa! Comel tak? Hihi! Tapi benda ni cuma bercakap 10 saat kot. Aku suka yang second tu. Yang first tu tak berapa berkenan sangat, hihi :3 tapi dia tak tunjuk harga patung ni la -,- tunggu owner dia PM harga kat aku je ni. Heee :D

Klik SINI untuk ke online shop tu. SINI pula album yang jual Talking Tom tu :)

Kalau murah, mesti aku beli punya la. Sebab comel sangat! Kalau bukan aku yang main dengan patung tu, mesti aku bagi kat Sarah. Tu pun kalau Sarah nak :D haa, korang pi la tengok online shop tu. Mana tau ada yang berkenan ke nanti. Hee :D


Bye! :)