Reunion

Reunion kem #Part 1

February 05, 2012

First plan aku, Ita, Yuni, Mama and yang lain nak sampai kat BTS sebelum pukul 10 sebab nak naik bas pukul 10 pagi. Nak gerak awal. Ita bet siapa yang lambat, kena belanja makan. Hahaa :D

Sampai kat BTS, yang lain tanya "kau tak bawa baju ke?". Aku alih badan sikit, nampak la beg DOMO. Hihi! Diorang cakap tak habis2 dengan DOMO. Eh, harus la! Hihi. Pergi kat kaunter tiket, beli pukul 12 tengah hari. Then pergi makan sebab masing2 tengah lapar. Kitorang ambil keputusan nak makan kat KFC. Err aku tak pernah breakfast kat KFC. Boleh tahan la tapi aku je makan selekeh, comot. HAHA.

Pukul 10 lebih bla, jalan2 cuci mata. Pukul 11 lebih tunggu masa nak naik bas je. Pukul 12 dah naik bas. Dalam bas tak tidur langsung. Memekak dengan budak2 sebab diorang buat bas tu macam diorang punya. Hahaa. Memang kecoh habis la.

Sampai Melaka Sentral dalam pukul 2 petang. Sejam je lagi nak pukul 3 petang. So sementara nak tunggu tu kitorang merayau kat MC. Then jumpa Myra kat McDonalds :)


Weeee! Rindu gila kat Myra ni tau! Yang paling aku suka bila tengok dia, dia dah gemuk dari aku. HAHA! Seriously suka :p hihi! Bukan aku je yang cakap dia gemuk. Kawan yang lain pun cakap macam tu juga. Kesian kawan aku, makin berisi. Yang tak bestnya pula, Myra tak dapat join reunion sebab esok tu dia ada perlawanan hoki :'( hm rindu nak tidur dengan kau oh :(


Masitah, FD, Yuni, Mama
Pukul 3 petang, tunggu cikgu Desh. Tapi still tak nampak kelibat bas PLKN. Menyirap gila woo. Dekat sejam juga kitorang tunggu bas. Lama sangat tunggu bas sampai si Daus keluarkan lappy dia, siap online pula tu. Then ada budak kecil ni datang. Budak kecil zaman sekarang ni pun dah gila dengan gadget, kan? :D

Dalam pukul 4 kitorang dah nampak bas PLKN. Habis semua menjerit. Hahahaa! Orang sekeliling pandang je. Mana taknya. Macam orang hilang akal je. Hahaha! Tapi memang kecoh la bila lepak dengan diorang. Tunggu bas datang kat kitorang dalam 10 minit. Tak muncul2 juga. Then cikgu cakap cikgu kat depan McD tunggu kitorang. Pergh, macam2 ahh. Akhirnya dapat juga naik bas! Masa nak naik tu, Daus dengan Mama berebut nak naik dulu. HAHA! Memang rindu habis la nak naik bas PLKN tu.

Sampai kem, semua jerit lagi. Rindu kat kem! Seriously. Jumpa cikgu apa semua, salam2. Then cikgu suruh makan dulu. Aku je yang tak makan sebab memang tak lapar. Aku straight terus pergi dorm Bravo 1. Masa otw, budak2 tegur cakap 'hi akak'. Err terasa diri ni macam tua pula. Hahaa! Tapi takpe, diorang pun jenis mesra, senang nak tegur. Then nampak pula sorang Indian girl ni. Kesian dia. Borak2 dengan dia. Dia cakap dia sorang je India dalam kem tu dalam banyak2 400 orang. Apak ahh! Takde geng siot. Kesian betul. Dia balik dorm, aku pun terus pegi dorm Bravo. Aku trcari cari la juga. Then aku dengar "DOMO!". Ah sudah, aku pandang belakang. Semuanya dah ada. Ieka pinky, Zara, Anis, Ieka kecik dah datang melompat peluk2 aku. Hihi! Rindu gila dengan korang!


Dee, Zura, Pinky, Kecik
Malam pula ada perjumpaan dalam pukul 8.30 malam. Jumpa komandan and ada benda nak bincang. Cikgu Desh pula cakap sekarang ni kitorang ni bukan lagi wira dan wirawati. Tapi kena panggil boboy and gigirl. Eeeee! Geli mak nak! Hahahaha! Semuanya gelak2 sebab panggilan yang macam tu. Ah ghasak ah!

Masa dengar komandan berucap, komandan cakap gerak ke Pahang pukul 4 Pagi. Apak ahhh! Memang beku la dalam bas. Tibai saje la. Habis komandan berucap, cikgu Desh suruh pergi pejabat. Ambil gambar menembak. Gambar aku je yang takde -,- Then Zul ajak lepak luar, makan luar. Aku pergi je la.

Zul lawak gila. Tengah makan tu boleh pula dia buat lawak. Bengong je mamat ni tau. Hahaa! Then dia sporting, relax je cerita pasal perempuan yang dia couple dulu kat kem dengan kitorang. Imam je segan nak tunjuk gambar awek dia. Hahaa. Tak sporting. Makan malam tu Zul yang belanja #thanks Zul.

Dekat pukul 12 tengah malam, kitorang balik kem. Tengok2 ada Ita dengan kawan lagi sorang je kat dewan makan. Kitorang lepak sampai pukul 3 pagi. Masa lepak tu, dengar lagu, borak2. Memang tak ngantok langsung ah. Layan je,

Bersambung kat next entry,

You Might Also Like

9 comments

  1. ni kem plkn ke apa??asl mcm bebas smcm je....

    ReplyDelete
  2. Yup, kem PLKN. Reunion, bebas la :)

    ReplyDelete
  3. myampah ! dee gemok ;p
    nanti aku join okey sista

    ReplyDelete
  4. Myra : haa, okay! kalau kau takde, siap ah!

    ReplyDelete
  5. Pergh..lepak smpai kul 3.rindu sangatla tu.hahah.:P

    ReplyDelete
  6. Hihi! Memang pun. Rindu sangat2!

    ReplyDelete
  7. haaa.. baru dapat tgk gambo FD yg cumey2 ni..

    ReplyDelete