Kawan

Aku rindu Kem Asahan, SERIOUS!

February 27, 2012


Kem Lagenda Gunung Ledang,
Banyak kenangan kat kem ni. Banyak yang aku belajar kat kem ni. Aku belajar apa erti persahabatan. Aku belajar apa itu kasih sayang. Aku belajar hidup berdikari. Aku belajar hidup berdisiplin. Banyak lagi yang aku belajar kat kem ni.


Walaupun hampir 3 bulan aku tinggalkan kem, aku still terasa kenangan aku dengan kawan2 aku. Semalam masa aku tengok gambar kawan2 kat kem, air mata aku mengalir tiba2. Aku terlalu rindukan diorang. Aku rindu diorang semua :'( walaupun dah pergi reunion awal bulan Februari ni, aku masih tak puas lepaskan rindu kat diorang. Sebab kawan aku yang dalam gambar kat atas tu, diorang tak pergi. Myra, Angah and Ieja busy study, Wan pula busy kerja. Tapi nasib baik dapat jumpa Myra masa kat Melaka hari tu :')

Setiap gambar yang aku tengok kat dalam phone, semuanya ada cerita. Aku rindukan setiap memori kitorang bersama. Semua tu tak mungkin aku dapat lupakan. Kitorang buat semuanya sama. Basuh baju sama2, mandi sama2, makan sama2, gossip sama2, gelak sama2, nangis sama2, ponteng solat sama2, tidur sama2, tidur lambat sama2, pakai baju sama warna, kena marah sama2, kutuk orang sama2, kena denda sama2. Arghhh! Aku rindukan semua tu! :'(

Aku rasa macam nak buat reunion sendiri, cuma kitorang berlima. Tapi mesti tak kesampaian sebab Angah belajar jauh, kat Terengganu sana tuuu :( Ieja pula dah jarang contact :( Sekarang ni yang contact pun cuma dengan Myra je :) Wan pun dah jarang contact. Masa kat kem, kemain lagi rapat. Macam adik beradik, serious. Hm.

Kalau ada reunion yang kem buat lagi, aku harap sangat kawan aku yang empat orang ni akan pergi sama. Dah lama tak jumpa diorang. Rindu sangat wehhh! Korang tak rindu aku ke? Hm :'( last but not least, aku sayang korang sampai bila2, aku rindukan korang! :'(

Bukan kat diorang je aku rindu. Aku rindu juga kat kawan2 yang lain. Aku rindu budak2 Bravo, budak2 Delta, budak2 Charlie, Alpha. Rindu kat Ayah Kudus, Ayah Hamzah, cikgu2 kat sana. Semuanya aku rindu! :( rindu kat akak Medic, rindu kat abang yang bagi nasihat kat aku, hihi. Abang tu sporting gilaa! Memang ngam la kalau lepak dengan dia. Cikgu pun sama. Kadang2 cikgu suka sakat aku. Hm, rinduuuu! :( ntah bila boleh jumpa diorang lagi :(


Bye!

You Might Also Like

2 comments

  1. kem asahan ? ninie dulu duk simpang bekoh , wee~

    ReplyDelete
  2. @shahsya; eh yeke? hihi. kalau D dtg sana, bole la jumpa :p

    ReplyDelete