Wednesday, 29 February 2012

Miyyo Azman


Bagi remaja perempuan, maybe diorang kenal dengan nama kat title entry ni / gambar kat atas ni. Err, bagi aku pula, "siapa Miyyo Azman ni?". Yes, itu persoalannya sekarang ni. Aku langsung tak tau pasal Miyyo Azman ni. Aku rasa macam aku ni slow, tak tau apa2 langsung. Like seriously, siapa mamat ni? Kenapa ramai perempuan minat dia? #oh, semestinya sebab budak ni comel. Satu lagi, kenapa dia famous sangat?


Aku pun mula selidik. Cari budak ni kat google and tanya adik aku. Adik aku kata "konon Justin Bieber Malaysia". Dulu budak ni kawan dia. But lepas budak ni dah famous amous, dia jadi kerek. Dah mula sombong. Yes, nama budak si Miyyo ni aku pernah nampak kat laptop adik aku, Ammirul. Rasanya tahun lepas or tahun lagi satu kalau tak silap aku. Budak ni dengan adik aku tu beza setahun je. K, maybe dia memang dah sombong sekarang ni. Biasa la, lumrah hidup. Bila dah famous, lupa daratan. Kawan sendiri pun boleh lupa (Y)


Hasil dari YouTube;

Tahun 2009 punya video. Macam short movie la kot. Not bad la video ni. Dalam video ni dia bercinta dengan Amie. Hamboii! Kemain lagi dia dengan perempuan tu. Hahaa. Budak muda, biasa la en?
Ada video lagi satu, si Miyyo ni buat lagu The Lazy Song. Alaa, biasa je pung. Aku rasa lagi comel yang orang lain buat. Ngehehe :D



Nak tau Miyyo Azman? Klik SINI. Kat situ dia bagitau yang dia tak sombong. Yeah, semua orang boleh kata yang diorang tak sombong tapi hakikatnya? Faham2 je la ea ;) Oh ya, nama dia Amirul Hatta bin Azman kalau tak silap aku. Miyyo ni nickname dia je. Comel pula. Kalau adik aku si Ammirul tu family panggil Yoi :3



FB Miyyo Azman; SINI
Blog Miyyo Azman; SINI





Ops! Sorry korang. Miyyo ni dah ada awek. Awek dia omey tau! Aku tau pasal awek dia ni pun sebab aku tengok shawl tutorial kat YouTube. Padan la tu. Si teruna handsome, si dara comel :3



Nama perempuan comel yang jadi buah hati Miyyo Azman ni, Khadyjah Fhatyah. Dia dengan bf dia sama2 SPM tahun ni.

FB Tyah; SINI
Blog Tyah; SINI


#aku tak kedekut nak share account diorang dengan korang tau :p
Even aku dah cari pasal Miyyo Azman, aku still tak faham kenapa dia famous. Cuma sebab dia Justin Bieber Malaysia ke? Kenapa la korang fanatik sangat dengan Bieber ek. Sampai ada pula Justin Bieber Malaysia. Mesti Tyah suka en dapat bf Justin Bieber Malaysia #winkwink! ;) hihi! Gurau je dik. Akak doakan korang bahagia selalu la ea ;) Tyah mesti jealous gila bila ramai perempuan minat kat bf Tyah. Sabar je la ek.

Ah sudah, aku melalut sampai cerita pasal awek Miyyo pula. Hahahaa! Padahal nak tau pasal Miyyo je. Btw to Miyyo, maybe Miyyo tak sombong. Cuma busy sebab ramai fans en :p untung le dah famous. Tapi jangan sampai lupa kawan and orang terdekat. Awak tu muda lagi. #pergh, bajet macam dia nak baca pulak blog buruk aku ni. muahaha! xD

Okay la, aku rasa ni pun dah panjang lebar aku bercerita. Amboii! Hahaa. Kalau korang ada info pasal Miyyo, bagitau la ek. Aku bukannya fans dia, cuma nak tau je. Aku tak macam perempuan remaja yang lain, macam dah obses pulak dah dengan mamat tu.


Bye! ;)

Monday, 27 February 2012

Aku rindu Kem Asahan, SERIOUS!


Kem Lagenda Gunung Ledang,
Banyak kenangan kat kem ni. Banyak yang aku belajar kat kem ni. Aku belajar apa erti persahabatan. Aku belajar apa itu kasih sayang. Aku belajar hidup berdikari. Aku belajar hidup berdisiplin. Banyak lagi yang aku belajar kat kem ni.


Walaupun hampir 3 bulan aku tinggalkan kem, aku still terasa kenangan aku dengan kawan2 aku. Semalam masa aku tengok gambar kawan2 kat kem, air mata aku mengalir tiba2. Aku terlalu rindukan diorang. Aku rindu diorang semua :'( walaupun dah pergi reunion awal bulan Februari ni, aku masih tak puas lepaskan rindu kat diorang. Sebab kawan aku yang dalam gambar kat atas tu, diorang tak pergi. Myra, Angah and Ieja busy study, Wan pula busy kerja. Tapi nasib baik dapat jumpa Myra masa kat Melaka hari tu :')

Setiap gambar yang aku tengok kat dalam phone, semuanya ada cerita. Aku rindukan setiap memori kitorang bersama. Semua tu tak mungkin aku dapat lupakan. Kitorang buat semuanya sama. Basuh baju sama2, mandi sama2, makan sama2, gossip sama2, gelak sama2, nangis sama2, ponteng solat sama2, tidur sama2, tidur lambat sama2, pakai baju sama warna, kena marah sama2, kutuk orang sama2, kena denda sama2. Arghhh! Aku rindukan semua tu! :'(

Aku rasa macam nak buat reunion sendiri, cuma kitorang berlima. Tapi mesti tak kesampaian sebab Angah belajar jauh, kat Terengganu sana tuuu :( Ieja pula dah jarang contact :( Sekarang ni yang contact pun cuma dengan Myra je :) Wan pun dah jarang contact. Masa kat kem, kemain lagi rapat. Macam adik beradik, serious. Hm.

Kalau ada reunion yang kem buat lagi, aku harap sangat kawan aku yang empat orang ni akan pergi sama. Dah lama tak jumpa diorang. Rindu sangat wehhh! Korang tak rindu aku ke? Hm :'( last but not least, aku sayang korang sampai bila2, aku rindukan korang! :'(

Bukan kat diorang je aku rindu. Aku rindu juga kat kawan2 yang lain. Aku rindu budak2 Bravo, budak2 Delta, budak2 Charlie, Alpha. Rindu kat Ayah Kudus, Ayah Hamzah, cikgu2 kat sana. Semuanya aku rindu! :( rindu kat akak Medic, rindu kat abang yang bagi nasihat kat aku, hihi. Abang tu sporting gilaa! Memang ngam la kalau lepak dengan dia. Cikgu pun sama. Kadang2 cikgu suka sakat aku. Hm, rinduuuu! :( ntah bila boleh jumpa diorang lagi :(


Bye!

Sunday, 26 February 2012

Alhamdulillah :')



Alhamdulillah keadaan opah dengan tokwan dah okay sikit. Jumaat petang tu kitorang bertolak pergi Hospital Manjung, Perak. Sampai sana dalam pukul 5 lebih. Ramai yang datang melawat tokwan. Opah je kat rumah. Masa aku tengok tokwan tu, kesian. Muka dia dengan tangan banyak luka2. Lepas tu tangan tokwan asyik menadah je. Macam tengah brdoa. Bila doktor datang and sentuh tangan tokwan, tokwan kata sakit. Macam nak nangis. Hm. Kesian tokwan :(

Dalam pukul 6 lebih, opah datang hospital. Aku tengok kaki opah berbalut. Kaki opah kena jahit, kaki opah koyak. Err ngeri betul. Yela, aku pun pernah kena jahit, kat bahagian dahi. Tapi tu masa aku kecik la. Biasa la, kecik2 dulu nakal. Jenis tak duduk diam. Hihi!

Masa melawat dah nak habis. Kitorang pun balik kampung. Kat kampung, ada orang datang melawat opah. Aku dengar opah cerita. Kaki dia kena 7 jahitan. Bapak ahhh! Panjang tuu . Seram wehh T__T Opah cerita masa tu baru balik dari masjid. Dah nak sampai kat rumah dah pun, lepas tu tiba2 ada orang langgar dari belakang. Tokwan pengsan lepas kena langgar, opah je sedar. Accident kat tepi jalan, tokwan kat jalan raya. Nasib baik opah sempat tarik tokwan ke tepi. Hm.

Semalam tokwan baru keluar dari hospital. Ramai gila yang datang rumah. Semuanya kawan tokwan dengan opah. Sampai aku segan nak lalu kat ruang tamu. Aku duduk je dalam bilik dengan cousin aku. Aku tengok tokwan dah okay sikit, cuma tangan dia still dalam keadaan yang sama. Bila kawan2 tokwan datang, tokwan kemain semangat lagi bercerita. Hihi! Kira dah okay sikit la tu. Kaaan? :) Lepas tu dalam pukul 7 malam, kitorang gerak balik KL :) takbole duduk kat kampung lama2 sebab abah kena balik Kelantan hari ni.
Thanks untuk yang doakan tokwan dengan opah aku :*


Bye! :)

Saturday, 25 February 2012

Tujuh sifat lelaki dan wanita




Lelaki
  1. Semua lelaki sangatlah sibuk.
  2. Walaupun mereka sangatlah sibuk, mereka masih ada masa untuk perempuan.
  3. Walaupun mereka ada masa untuk perempuan, mereka sebenarnya tidak kisah tentang perempuan mereka.
  4. Walaupun mereka tidak kisah tentang perempuan mereka, mereka sentiasa paling kurang ada seorang di sisi mereka.
  5. Walaupun mereka sentiasa paling kurang ada seorang di sisi mereka, mereka sentiasa mencuba nasib mencari yang baru.
  6. Walaupun mereka sentiasa mencuba nasib mencari yang baru, mereka akan mengamuk jika perempuan mereka tinggalkan mereka.
  7. Walaupun perempuan mereka sudah tinggalkan mereka, mereka masih tidak belajar dari kesilapan dan sentiasa bersemangat mencuba nasib mencari yang baru.



Perempuan
  1. Benda paling penting untuk perempuan adalah kestabilan kewangan.
  2. Walaupun kestabilan kewangan itu penting bagi mereka, mereka masih lagi keluar membeli belah barangan berjenama mahal.
  3. Walaupun mereka sentiasa membeli barangan berjenama mahal, mereka sentiasa merasakan yang tiada pakaian mereka tidak pernah cukup.
  4. Walaupun mereka sentiasa merasakan yang pakaian mereka tidak pernah cukup, mereka sentiasa berpakaian cantik.
  5. Walaupun mereka sentiasa berpakaian cantik, mereka tetap menganggap yang pakaian mereka hanyalah umpama kain buruk.
  6. Walaupun mereka tetap menganggap yang pakaian mereka hanyalah umpama kain buruk, mereka tetap mengharap lelaki untuk memuji-muji mereka.
  7. Walaupun mereka tetap mengharap lelaki untuk memuji-muji mereka, bila dipuji dengan seikhlas hati, mereka tetap tidak percaya.

#Entry ni gua copy dari SINI. Siap minta izin lagi tau! Tuan punya blog tu pun bagi je gua copy entry ni. Muehehe :3
##Gua rasa semua point tu betul kot. Tapi bukan untuk semua orang. Cuma segelintir sahaja, kan? ;)


Bye! :)

Friday, 24 February 2012

Doakan tokwan and opah aku selamat,


*gambar masa barbeque tahun lepas*

Pagi tadi pukul 8.30 pagi, mak kejutkan aku. Mak bagitau yang opah dengan tokwan accident subuh tadi. Masa tu tokwan tak sedar lagi. Hm harap2 tak teruk.

Tadi dalam pukul 12 tengah hari, mak bagitau yang kaki opah koyak. Kena jahit, tapi opah taknak. Tokwan pula nta la, tak tau apa cerita. Hm. Mak cakap yang orang India langgar tokwan and opah dari belakang. Lepas langgar tu, India tu terus cabut lari. Kalau aku dapat la India tu, siap ah! Geram betul aku -,- dah langgar, terus bla pula. Bukannya nak tolong. Haihh. Apa punya manusia la. Takde hati perut, takde perasaan.

Sesiapa yang baca entry ni, minta tolong korang doakan opah dengan tokwan aku tu okay ea. Doakan keadaan diorang tak teruk, tak kritikal.

Okay la, nak gerak balik kampung dah ni. Nak pi melawat tokwan dengan opah kat Perak tu.


Bye! :)

Aku ada copy blog orang ke?



Err, nak tanya ni. Aku ada copy blog sape2 ke? Sorry la kalau ada TERcopy ke, TERtiru ke dan seangkatan dengannya. Kalau ada pun, tegur elok2 takbole ke? Perlu ke nak kata aku bodoh? Oh tolong la! Kau tak tengok iklan kat tv ek? Budi bahasa budaya kita. Orang berbudi, kita berbahasa. Dasar manusia takde hormat.

To Encik Unknown;
Kalau macam ni la perangai kau, orang lain pun tak suka tau. Parents kau ajar macam ni ek? Kena kurang ajar dengan orang lain ek? Macam tu? Alahai, kesiannya. Lain kali belajar betul2 ea :) jangan nak bodohkan orang sangat la. Family aku pun tak bodohkan aku tau. Aku bagi balik bodoh kau ni, amik la tau!
Kalau ada yang tak puas hati, boleh cakap elok2 kan? Kalau ada yang aku copy tu, sila tunjukkan yang mana satu. Okay?

#UPDATE!
Dia menyalak lagi la kat cbox aku tu. Muehehee :3 kalau tak letak link, maknanya kau ni pengecut. Kaaaaan? Kau stalker aku ek? Suka aku lettew. HAHAHAHA! Saje nak panaskan hati kau ;)


Bye! :)

Thursday, 23 February 2012

Dah dapat doodle dari Apit! :D




Thank you Apit sebab bagi doodle ni! Suka sangat2! :D dapat doodle ni pun sebab join segmen INI. Doodle ni warna merah pula tu, my fav!<3
Once again, thank you so much Apit! Hihi!

Bye! :)

Tuesday, 21 February 2012

Keyword #7 : aku 10 tahun akan datang


*klik untuk lebih jelas*

Keyword untuk hari ni; aku 10 tahun akan datang
Ciss, ada yang nak tau pasal aku lepas 10 tahun ke? Kuangjo! Hahahaa! Segan nihhh! 10 tahun akan datang, lama tu weii. Hm apa akan jadi 10 tahun akan datang ek? InsyaAllah ada jodoh, aku udoh kawen leee. Tak kan nak jadi andartu kot, kan kan? :3 nta2 dah ada anak sorang dua. Pergh! Berangan kemain lagi. Muehehe :D
Okay, stop. Taknak melalut lebih2. Hahaa!


Bye! :)

Segmen : Saya Join, Pasti Dapat Doodle


*klik banner kalau nak join*

Thanks to Yanfie sebab tag Diana, hihi! :D
Untuk segmen ni, cuma kena bagi details yang Fiz nak. Simple je k ;)
Nama Panggilan Anda : Diana
URL belog : http://ftndiana.blogspot.com/
Negeri Kelahiran : Perak :3
Warna Kesukaan : Merah!♥
Tarikh tutup segmen ni bila2 je. So cepat2 join kalau nak dapat doodle! :D

Nak tag;
Wanie
Nurain
Mai
DONE!

Bye! :)

Monday, 20 February 2012

BE ke lima Nuffnang | Nokia NwNp



Weeeee~! First BE untuk tahun ni. Thanks Nuffnang! :D muah muahhh! Hihi :D korang yang datang blog aku ni, rajin2 la klik iklan Nuffnang kat tepi tu ek :D

Aku dapat BE dari Nuffnang ni sebab ikut tips dari blogger mana nta, tak ingat le. Tips dia cuma rajin update blog, then update survey kat Nuffnang tu. Kalau boleh update survey tu setiap minggu. Then hantar ticket kat Nuffnang. Tu je la rasanya tips yang aku ikut. Hee :D

Ni BE yang ke 4 aku agak, untuk nak dekat setahun aku dengan Nuffnang :) thanks Nuffnang! Thanks Nokia :3

Sunday, 19 February 2012

Dapat juga makan Macarons! :D



Semalam pergi Tesco, beli barang dapur dengan family. Lepas tu aku cakap kat mak, nak pergi The Curve sebab nak cari macarons. Mak aku dah pelik, tak tau apa benda tu. Hihi! :D

Masa cari macarons tu, aku ingat ingat lupa kat mana kedai tu. Muehehe :3 nasib baik dapat jumpa juga. Seketul macarons tu RM3.90 weh! Mahal gila kau tau?! So aku cuma beli dua biji je. Chocolate and Hazelmond. Hihi! Pelik je nak sebut Hazelmond tu. Mula2 makan perisa choco. Dah gigit sekali, baru teringat nak ambil gambar. Hahaa! Tu la gambo nye, yang kat atas tu. Muahaha :D yang perisa hazelmond pula aku bagi mak dengan abah rasa. Diorang makan sekali gigit je, lepas tu mak and abah cakap tekak takbole terima. Ceitt! Apa laaa. Then aku pun makan la. Apak ahh! Sedap gila weh! Rasa macam chocolate Nutella woii! Tak tipu punya.

Akhirnya, dapat juga merasa macarons yang mahal tu. Melayang RM7.80 untuk dua biji macarons yang manis gila tu. Lepas ni nak cari macarons yang murah. Tak mampu nak beli yang seketul RM3.90 tu lagi. Huhu T__T


Bye! :)

Tuesday, 14 February 2012

Review movie: Bujang Terlajak




Sinopsis : Bujang Terlajak mengisahkan mengenai 3 rakan karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri (Fazura).
Mereka bertiga adalah ahli silap mata profesional. Ketika membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka tertarik dengan Puteri yang menjadi model untuk iklan itu.Tiga sekawan ini mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui yang Puteri adalah seorang guru tadika dan juga model sambilan. Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim (Mustapha Kamal).

Aku tak tengok movie ni kat panggung, cuma tengok kat youtube. Jimat sikit, boleh tengok banyak kali. Hihi! Lagi2 bila pakai Unifi ni. Memang laju je la. Takde la menyirap sangat bila nak tunggu en. Cerita ni ada part lawak juga, lagi2 si Johan. Memang best la cerita ni. Puas hati juga lepas tengok. Heee :D
Kalau ada movie best lagi, aku share kat sini k ;)


Adios!

Sunday, 12 February 2012

Keyword #6 : budak lepak pavi


*klik untuk lebih jelas*

Budak lepak Pavi? Oh my. Memang kat blog aku ni ada cerita pasal budak lepak Pavi termasuk aku sendiri pernah lepak Pavi. But tu dulu. Sekarang dah jarang. Aku tak berapa minat sangat lepak Pavi, takde apa pun. Agak bosan sebenarnya. Bagi aku budak2 yang duduk kat luar / pintu depan Pavi tu, cuma nak tayang muka atau fashion diorang. Paling semak tengok budak2 yang baru nak up buat macam tu. Konon hot lettew -,-

Aku kalau pergi Pavi pun, lepak dengan kawan. Bukannya duduk kat entrance tu sampai sejam dua, baru nak masuk dalam dengan takde hala tuju. Wayang kat Pavi tu aku pernah masuk sekali je. Shopping sana pun tak pernah. Kalau makan kat sana, pernah la. Alaa, makan fast food je, muehehe :3

Last aku pergi Pavi awal bulan Januari kot kalau tak silap. Lepas tu tak jejak dah. Bulan ni pun aku tak keluar, cuma duduk rumah. Jadi anak mak sat, hihi. Baik tak aku? Okay, taknak melalut lebih2.


Adios!

Saturday, 11 February 2012

Rasa macam nak tukar phone


Beautiful-blonde-fashion-girl-nails-favim.com-301070_large
Nak tukar PHONE, tapi duit takde. So kena kerja, kan? Hm. Susah betul la. Nak buat bisnes, kena ada modal. Hari tu ada buat bisnes sekejap, simple2 je. Nasib baik laku, dapat juga untung.

Sekarang ni pula cuba buat bisnes AS Beauty. Mana tau kot dapat untung lagi. Hihi! Tapi kan, serious tak rugi pakai produk tu. Memang berkesan :)

Hm, rasa nak cari kerja la. Nak dapatkan kerja juga! Nak cari duit! Nak tukar PHONE! Nak pakai phone yang ada 3G, boleh 3G dengan kawan2, dengan ehem2. Hihi! :3 korang pun rajin2 la klik iklan kat tepi tu. Nak cari duit ni. Lagi satu kalau ada rezeki, aku buat GA. Share rezeki dengan korang :) suka tak suka tak?! Hihi :D


Adios! ;)

Tuesday, 7 February 2012

Reunion kem #Part 3


Masa tidur kat bilik rehat, tiba2 ada wirawati ni nak masuk kat bilik rehat. Masa tu dalam pukul 5 lebih. Masa untuk diorang masuk surau, solat subuh. Dalam fikiran aku satu je #diorang ni tak ubah macam senior diorang, contohnya aku dengan geng aku masa kat kem dulu. HAHA! Memang liat nak solat subuh. Kalau taknak solat, port lepak cuma satu, iaitu bilik rehat. Hihi! :D bila budak2 tu tengok aku dengan yang lain ada dalam bilik rehat, diorang terus tak jadi nak lepak situ. Diorang tidur kat surau je.

Pukul 7 lebih, balik dorm. Nak siap sebab pukul 8.30 pagi dah kena kumpul kat dewan makan. Sebelum nak tinggalkan dorm, snap a few picture dulu. Hihi! :D


Yuni, Dee, Mama
Rindu kat dorm Bravo 1 :'(


Aku sentiasa dengan DOMOkun :3

Otw ke dewan makan untuk breakfast. Dah sampai kat dewan makan, aku dengan Yuni straight terus pergi sarapan. Ayah Kudus pun ada masa makan. Rindu ayahh! :D lepas tu ayah aku yang lagi satu, cikgu Hamzah. Dia KJ kat sana. Ayah Hamzah cari Ayah Kudus, hihi! Lepas tu gaya diorang macam budak2. Tergelak aku tengok. Hihi! :D

Naik motor mula2 tu aku fikir nak bawa jalan dalam kem je. Lepas tu Ita ajak pergi air terjun. Apak ahh! Kau taknak balik ke weh? Bengong betul. Lepas tu kitorang gerak dulu, Ita je yang lambat. Lepas tu dah nak pukul 10 pagi, terus balik kem sebab semua dah ready nak balik dah.


Pinky, Dee, Ita, Tasha, Yuni #kat belakang tu la ayah Kudus :D
Last picture with them :'( harap2 lepas ni dapat jumpa korang lagi kat kem. Kalau ada reunion lagi, kita pergi sama2 lagi tauuuuu! Kalau korang tak pergi, siap ah! Hihi! :D
InsyaAllah setiap kali ada reunion, aku mesti pergi! Dah plan awal2 dengan diorang semua :') rindu nak lepak macam dulu. Gelak huhahuha sama2. Hihi! :D Iloveyouguys! :*

The End

Monday, 6 February 2012

Reunion kem #Part 2


Pukul 3 pagi, terus balik dorm sebab nak siap gerak Pahang pukul 4 pagi. Dah mandi bagi segar badan, terus pergi dewan makan. Tinggal Masitah kat dorm sebab dia nak make up bagai. Aku dengan mama je yang tak reti nak make up, HAHA.

Masa kat dewan makan sementara nak tunggu yang lain sampai, borak borak la. Memang mata tak ngantok langsung. Kemain segar lagi. Bila dah naik bas pukul 4 pagi tu, baru la terlelap sebab sejuk en. Memang lena la tidur.
Pukul 6 pagi aku terjaga sebab bas berhenti untuk berehat and sarapan. Tengok belakang, kemain! Semua dah duduk dengan couple masing2. Mula2 naik bas je konon kena lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan. Ciss! Then aku pergi belakang, duduk dengan Ita. Then semua yang lain turun pergi makan. Aku je yang tak makan sebab takde selera. Hampir pukul 7 pagi, baru sambung perjalanan. Memang lama gila lah. Tidur lagi.


Sampai kat Felda Chini, Pahang dalam pukul 8 lebih.

Kitorang dapat t shirt besar! Hahaha! Size kecil dah habis. Yang ada pung size XL, XXL and XXXL. Apak ahh! Memang aku tak pakai la. Aku ambil pun simpan je baju tu. Kalau nak pakai pun kat rumah je la. Nasib baik aku dapat size XL, Yuni yang bagi aku.

Macam bosan bila duduk satu tempat, then kitorang merayau. Jenjalan cuci mata. Heee :D
Dah puas berjalan, kitorang pergi kedai makan. Masa tu dalam pukul 10 lebih kalau tak silap aku. Duduk je lepak kat kedai makan. Kedai dia pula pelik, jenis layan diri. Kitorang order kemain lama lagi tunggu. Tengok2 kena ambil makanan / air tu kat kaunter kalau dah siap.

Masa tengah lepak kat kedai makan, aku lena kejap sebab letih. Tiba-tiba rasa macam nak curi dengar apa yang diorang nak borak. Diorang fikir aku dah tidur :p

Dalam pukul 12 kitorang tunggu yang lain kat depan bas. Nasib baik balik awal :D masa otw nak balik, tiba2 cikgu suruh Syawal kutip sorang RM1 untuk pergi Gunung Ledang Resort. Cisss! Cikgu bukan nak bagitau awal2. Tidak, dah lama aku bawa baju and seluar, nak mandi sana.

Otw ke Gunung Ledang Resort, Ikmal pelawa aku makan. Then Ita bising, cakap yang aku tak makan nasi dari pagi tadi. Hm. Bengong betul la. Tak pasal2 kena paksa makan. Haishhh. Thanks ea sebab care pasal aku, sayang korang :*

Dalam pukul 4 lebih kitorang sampai kat Gunung Ledang Resort. Air kat Gunung Ledang memang sejuk gila. Aku tak rendam kaki pun kat sana, sentuh air pun tidak. Masa lepak-lepak tu, tiba-tiba ada sorang perempuan ni tergelincir, habis basah. Semua gelakkan dia, kesian tau!


Yuni, Masitah, Mama, Cikgu Umi, Dee
Sebelum gerak balik, ambil gambar dengan cikgu. Hihi! Myra! Ni ha mak kau. Tak rindu ke? Hihi :D

Sampai kem dalam pukul 6 lebih. Semuanya ajak makan, tapi aku degil taknak makan. Aku memang taknak makan nasi sebab lauk dia ikan masak sambal. Aku tak suka -,- ngehehe :D

Habis makan, terus balik dorm. Malam tu lepak2. Then ajak abang kat kem tu bawa kitorang keluar, pergi makan :D habis makan, lepak kat bilik rehat, sampai tertidur.


Bersambung entry yang lain,

Sunday, 5 February 2012

Reunion kem #Part 1

First plan aku, Ita, Yuni, Mama and yang lain nak sampai kat BTS sebelum pukul 10 sebab nak naik bas pukul 10 pagi. Nak gerak awal. Ita bet siapa yang lambat, kena belanja makan. Hahaa :D

Sampai kat BTS, yang lain tanya "kau tak bawa baju ke?". Aku alih badan sikit, nampak la beg DOMO. Hihi! Diorang cakap tak habis2 dengan DOMO. Eh, harus la! Hihi. Pergi kat kaunter tiket, beli pukul 12 tengah hari. Then pergi makan sebab masing2 tengah lapar. Kitorang ambil keputusan nak makan kat KFC. Err aku tak pernah breakfast kat KFC. Boleh tahan la tapi aku je makan selekeh, comot. HAHA.

Pukul 10 lebih bla, jalan2 cuci mata. Pukul 11 lebih tunggu masa nak naik bas je. Pukul 12 dah naik bas. Dalam bas tak tidur langsung. Memekak dengan budak2 sebab diorang buat bas tu macam diorang punya. Hahaa. Memang kecoh habis la.

Sampai Melaka Sentral dalam pukul 2 petang. Sejam je lagi nak pukul 3 petang. So sementara nak tunggu tu kitorang merayau kat MC. Then jumpa Myra kat McDonalds :)


Weeee! Rindu gila kat Myra ni tau! Yang paling aku suka bila tengok dia, dia dah gemuk dari aku. HAHA! Seriously suka :p hihi! Bukan aku je yang cakap dia gemuk. Kawan yang lain pun cakap macam tu juga. Kesian kawan aku, makin berisi. Yang tak bestnya pula, Myra tak dapat join reunion sebab esok tu dia ada perlawanan hoki :'( hm rindu nak tidur dengan kau oh :(


Masitah, FD, Yuni, Mama
Pukul 3 petang, tunggu cikgu Desh. Tapi still tak nampak kelibat bas PLKN. Menyirap gila woo. Dekat sejam juga kitorang tunggu bas. Lama sangat tunggu bas sampai si Daus keluarkan lappy dia, siap online pula tu. Then ada budak kecil ni datang. Budak kecil zaman sekarang ni pun dah gila dengan gadget, kan? :D

Dalam pukul 4 kitorang dah nampak bas PLKN. Habis semua menjerit. Hahahaa! Orang sekeliling pandang je. Mana taknya. Macam orang hilang akal je. Hahaha! Tapi memang kecoh la bila lepak dengan diorang. Tunggu bas datang kat kitorang dalam 10 minit. Tak muncul2 juga. Then cikgu cakap cikgu kat depan McD tunggu kitorang. Pergh, macam2 ahh. Akhirnya dapat juga naik bas! Masa nak naik tu, Daus dengan Mama berebut nak naik dulu. HAHA! Memang rindu habis la nak naik bas PLKN tu.

Sampai kem, semua jerit lagi. Rindu kat kem! Seriously. Jumpa cikgu apa semua, salam2. Then cikgu suruh makan dulu. Aku je yang tak makan sebab memang tak lapar. Aku straight terus pergi dorm Bravo 1. Masa otw, budak2 tegur cakap 'hi akak'. Err terasa diri ni macam tua pula. Hahaa! Tapi takpe, diorang pun jenis mesra, senang nak tegur. Then nampak pula sorang Indian girl ni. Kesian dia. Borak2 dengan dia. Dia cakap dia sorang je India dalam kem tu dalam banyak2 400 orang. Apak ahh! Takde geng siot. Kesian betul. Dia balik dorm, aku pun terus pegi dorm Bravo. Aku trcari cari la juga. Then aku dengar "DOMO!". Ah sudah, aku pandang belakang. Semuanya dah ada. Ieka pinky, Zara, Anis, Ieka kecik dah datang melompat peluk2 aku. Hihi! Rindu gila dengan korang!


Dee, Zura, Pinky, Kecik
Malam pula ada perjumpaan dalam pukul 8.30 malam. Jumpa komandan and ada benda nak bincang. Cikgu Desh pula cakap sekarang ni kitorang ni bukan lagi wira dan wirawati. Tapi kena panggil boboy and gigirl. Eeeee! Geli mak nak! Hahahaha! Semuanya gelak2 sebab panggilan yang macam tu. Ah ghasak ah!

Masa dengar komandan berucap, komandan cakap gerak ke Pahang pukul 4 Pagi. Apak ahhh! Memang beku la dalam bas. Tibai saje la. Habis komandan berucap, cikgu Desh suruh pergi pejabat. Ambil gambar menembak. Gambar aku je yang takde -,- Then Zul ajak lepak luar, makan luar. Aku pergi je la.

Zul lawak gila. Tengah makan tu boleh pula dia buat lawak. Bengong je mamat ni tau. Hahaa! Then dia sporting, relax je cerita pasal perempuan yang dia couple dulu kat kem dengan kitorang. Imam je segan nak tunjuk gambar awek dia. Hahaa. Tak sporting. Makan malam tu Zul yang belanja #thanks Zul.

Dekat pukul 12 tengah malam, kitorang balik kem. Tengok2 ada Ita dengan kawan lagi sorang je kat dewan makan. Kitorang lepak sampai pukul 3 pagi. Masa lepak tu, dengar lagu, borak2. Memang tak ngantok langsung ah. Layan je,

Bersambung kat next entry,

Thursday, 2 February 2012

Esok pergi kem! :D


Tumblr_l576vfqvg71qapcpeo1_400_large

Rindu nak lepak macam kat dalam gambar tu. Seriously aku rindu kawan2 yang satu dorm dengan aku. Esok kita jumpa ea sayang. Tapi tak semua yang pergi. Cuma aku, Pinky, Zara, Jia and Ieka Kecik je kot budak2 Bravo. Hm. Tapi takpe. Kat Melaka Centre nanti aku jumpa dengan Myra. Hihi! Rindu gila dengan Myra and yang lain. Sumpah tak sabar nak pergi Melaka esok :'D

Hm, sekarang tengah fikir nak bawa baby aku ni ke tak. Woi, bukan baby anak tu tau. Tapi baby VAIO aku ni haa. Sayang pula nak tinggalkan baby VAIO ni. Kat kem memang ada WiFi, tapi line slow -,- kang aku juga yang menyirap nak pakai. Lagi2 nak blogging. Gila kau sehari suntuk tak blogwalking. Eeeeee, idok le. Kalau aku bawa baby ni, aku malas pula nak bawa sampai dua beg. Hm. Fening Fening -,-

Apa2 pun aku tak sabar nak jumpa bekas wirawati kumpulan 3 siri 8, Kem Asahan, Melaka :D


Adios!