Happy New Year! ;)

January 01, 2012



Malam tadi sambut new year kat Curve. Aku gerak dengan family. Nasib baik la diorang nak pegi. Tapi yang gerak pegi Curve cuma aku dengan adik perempuan aku je. Yang lain pegi Tesco, hihi. Mula2 tu aku macam blank, tak tau nak pegi mana. Ingat nak lepak dengan Zhariff, tapi dia tak sampai lagi. So aku dengan adik aku tu merayau je la mana yang ada. Then ada show yang tengah kat Curve. Tengok je la. Lelaki pakai skirt, how sweet. Hahahaa! Then nampak Gadafi, kawan masa sekolah dulu. Dia je yang tegur aku. Budak2 sekola aku yang lain pun ada, tapi nauzubillah, sombong -,-

Lepas dah jumpa macam2 orang, aku dengan adik aku pegi jalan2 kat jalan raya kat tengah antara Curve dengan Ikea. Kat situ baru la function. Ada konsert. Time tu Jaclyn yang nyanyi. Kemain lagi orang kat sana enjoy. Siap menari bagai. Tiba2 aku dengan adik aku kena spray. Dalam hati aku dah panas sikit dah. Aku pun beli spray banyak2, sembur je kat sape2 yang serang aku. Hahaa! Memang syok! :D sampai ada pakcik mat saleh ni pun serang aku dengan adik aku, haha. Kemain suka lagi pakcik tu dapat spray aku dengan adik aku tu. Tersengih-sengih orang tua tu, haha.

Time bunga api dah keluar, memang meriah! Tiba-tiba je aku jumpa kawan aku! Hihi! Kawan yang dah lama tak jumpa. Siapa? Jegades! Masa aku tengah jalan2 time orang tengah sesak, tiba2 ada orang tarik tangan aku. Aku dah terkejut gila. Tengok sape yang tarik, aku jerit gila2! Dia datang dengan family and bf dia. Jealous aku tengok yang dapat dating dengan bf diorang tu :'(


Bf dia yang tolong captured :)
aku ni pemalu sebenarnya

Dah puas main spray2, terus gerak nak ke Tesco. Lalu kat Curve. Masa lalu tu, ada lelaki ni usha je. Dia dah standby dengan spray dia. Aku pun tunjuk la spray aku. Last2 kitorang main serang je, hahahaa! Tak pasal2 spray aku dah habis. Aku terus lari kat tempat yang takbole main spray. Laki tu tak dapat kejar, haha. Padan muka dia xD



Tengok shawl aku, kotor dah kena spray tu -,- malam tu je aku dah habis RM25 sebab beli spray tu. Takpe la. Malam tadi memang best la. Yela, aku tak pernah sambut new year sampai macam tu sekali. Last year tak sambut sebab balik kampung. Memang tak function ah. Tahun yang sebelum ni pula duduk rumah. Kalau keluar pun, duduk dalam kereta je. Takbole nak kelua sebab traffic jam. Bosan en?

Harap2 tahun 2012 ni lebih banyak kenangan yang best. Taknak la asyik bosan je hidup macam tahun lepas. Bosan sebab takbole nak keje, nak belaja pun tak bape minat. Haihh.

Tahun 2012 ni aku nak;
  •  rajin solat - insyaAllah :')
  • ada laptop sendiri
  • lesen motor dengan kereta
  • kereta / motor skuter
  • bebas, taknak kena control macam budak kecik
  • CUBA jadi lebih rajin
  • kurangkan mencarut - tak elok anak dara asyik mencarut je, hihi
  • CUBA kekalkan pakai tudung

Hey blogger! Tak terlambat lagi nak wish, kan? Hihi. Happy New Year! ;) semoga azam korang tercapai :)
#tak sangka tahun ni umur aku 19, tua nyeee! :'(


Bye! :)

You Might Also Like

6 comments

  1. happy new year ! :DD wahh mcm serunuk ja enjoy tu. haha.

    btw aku reply cmnt kau tu tau :) http://encikizzul.blogspot.com/2011/12/suasana-petang-di-kampung-ececeh-ayat.html

    ReplyDelete
  2. Hihi! Happy new year! ;) memang seronok pun :D okay, roger :)

    ReplyDelete
  3. huhu. happy new year. done follow you. do visit me kayh. :P http://anisnurzamirachenor.blogspot.com

    ReplyDelete