Accident kat uptown Danau semalam,

January 28, 2012


*gambar sekadar hiasan*

Semalam aku accident kena langgar dengan motor kat uptown Danau Kota. Hm macam mana boleh accident?

Mula2 dah sampai kat uptown, dah melintas nak ke tempat yang orang berniaga. Then aku tanya mak "tak call adik ke tanya dia ada kat mana?". Mak cakap mak terlupa nak ambil phone kat dalam kereta and mak minta tolong aku ambilkan kat kereta.
Masa aku nak melintas, memang aku tengok kereta tu bawa slow je, motor pun  berhenti sekejap. Then aku pun jalan la. Dah nak sampai kat kereta, tiba2 aku rasa macam kena langgar, aku terjatuh tersungkur ke depan dan tergolek ke depan. Bukan guling kiri kanan macam hindustan tu tau. Tapi guling macam tenggiling, tau tak? Susah la nak explain. Memang sakit weh!
Then aku bangun, aku tengok lelaki yang langgar aku tu. Dia tanya okay ke tak and dia minta maaf. Aku terus toleh tempat lain, meluat tengok muka dia. Tangan dengan kaki aku dah menggigil, sakit. Aku terus buka pintu kereta sebab nak ambil phone. Then mak sampai. Abah pula marah lelaki tu. Abah tanya kenapa? Lelaki tu cakap dia kejar kawan dia. Abah cakap 'kepala otak kejar kawan, bawa laju2 sampai langgar orang'. Lelaki tu minta maaf lagi sekali. Aku terus bla. Ikutkan hati, nak je aku hempuk kepala lelaki tu. Muka dia memang cuak habis. Lepas aku bla, dia pun terus bla. Laju je pecut motor. Goyang lettew.
Memang ramai time tu, aku tak hiraukan semua tu. Satu je dalam kepala otak aku time tu, sakit. Sakit hati sebab menyesal. Menyesal sebab tak hempuk dia. Menyesal tak minta duit sebab lepas dia bla, baru aku perasan yang bahu sebelah kanan aku luka. Besar weh! Memang rugi tak minta duit kat lelaki tu. Bukan apa, sepatutnya dia bertanggungjawab. Tapi aku time tu memang blank, kosong. Tak tau nak buat apa kat lelaki tu time dia minta maaf. Lagi satu terlupa nak tengok number plat motor dia. Dia pakai motor apa pun aku tak tengok.
Setiap kali ada lelaki berkumpulan lalu kat depan mata aku, aku mesti tengok muka sorang2. Kalau aku dapat la lelaki tu, memang malang a nasib dia. Aku ingat lagi rupa dia walaupun cuma sekali imbas. Kau tunggu je nasib kau tu nanti.

Bahagian yang sakit;
Ibu jari tangan sebelah kiri lebam
Bahu sebelah kanan luka
Peha sebelah kanan bengkak

1 je pelik. Aku langsung tak menangis! Macam tak percaya. Maybe sebab terlampau terkejut kot.

Adios!

You Might Also Like

13 comments

  1. adoi..sakit tu..cam teruk je kena..

    semoga cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  2. sabar je lah... dy akn dpt balasan nye nt

    ReplyDelete
  3. ya ALlah..sakitnyer..tak dapat bayang prsaan itu -.0

    ReplyDelete
  4. Hm sakit sangat. Rasa pedih yang amat!

    ReplyDelete
  5. ish teruk 2..ape la klo ye pong nk kejar member hati2 la sket..

    ReplyDelete
  6. dia bole tny oke ke tak...kalo dah guling tenggiling mestilah sakit..apaalaa...

    anw...take care..kdg2 org lain punca kecuaian,kita yg trlibat accident

    ReplyDelete
  7. Laki tu bengong, tu pasal dia tanya soalan bodoh.
    Hm thanks. Tau tkpe. Kita pula yg jd mangsa

    ReplyDelete
  8. eh.. danau kota dekat area umah teman tu, FD dok mana sebenarnyan ni? kita dekat je ke??

    ReplyDelete