Friday, 30 December 2011

Jajan masa kecik² dulu


Semalam masa pegi kedai mamak kat area rumah, aku nampak satu jajan ni.

Jajan yang paket warna kuning, "koko". Aku nampak jajan tu la. Aku terus cakap kat mak "eh, susah la nak nampak jajan ni sekarang ni. kan mak?". Mak pun iyakan apa yang aku cakap. Mak aku terus cakap kat salah sorang pekerja tu "eh, saya nak beli semua ni. berapa ea?". Aku terus potong cakap mak, aku cakap ambil la paket yang baru, tak kan takde kot. Pekerja tu cakap takde, stock tu je yang tinggal. Hm daripada tak dapat langsung, rembat je la apa yang ada. Dalam paket tu ada 15 batang je. Takpe la, asalkan ada. Hihi!

Serious susah nak dapat jajan macam tu. Last aku makan masa sekolah agama, darjah 5 dulu. Lama kan? Haaa, tak tipu weh. Betul. Rindu gila nak makan jajan tu. Hihi! :D


Ni pula coklat payung. Jajan ni pun aku dah lama tak makan. Kat mana eh ada jual? Time kecik² dulu aku selalu makan coklat ni. Lepas tu simpan batang tu buat main bila bosan. Hihi! Murah je kot, dalam sekupang ke dua kupang nta. Benda kecik je pun, tu pasal murah.


Coklat ni aku jarang makan, tapi sedap la juga. 20 sen je.


Nasib baik jajan Nini ni ada lagi sekarang. Selalu orang jual pun kat pasar malam je, kan? Aku selalu makan yang coklat je, yang paket merah tu. Tak pernah try strawberry, kacang and coklat susu. Sedap ke?


NyamNyam ni ada banyak jenis en? Aku suka yang ni dengan yang biskut bentuk binatang tu. Sedap! Dulu sudu dia lain tau. Sekarang ni lain, macam pelik pula nak pakai mula² tu. Hee :D


Sekarang kat kedai aku jarang nampak yang perasa coklat. Banyak strawberry je. Tak best ah -,-


Roka peanut bar tu ada macam kinder bueno tak? Hihi! :'D


Cadbury ni fav sampai sekarang♥ hihi! Aku cuma makan almond and hazel nut je.


Dah jarang makan crispy. Tak bape minat kot.


Seketul dua kupang. Mahal en? Nasib baik sedap.


Sekarang kitkat ni dah jadi fav adik aku, Sarah. Dulu masa kecik² aku pun gila dengan kitkat ni. Hee :D


Apa makanan ringan fav korang pula? Share² la, hihi!


Bye! :)

Thursday, 29 December 2011

Aku rindu kawan2 alam maya,


Kawan alam maya, means kawan fb aku. Serious aku rindu korang.


Meet Eyqin. Gambar ni first meet kitorang and first date antara Izzy dengan Eyqin. Aku ingat lagi time ni. Masing² malu, hihi. Kitorang meet tak lama. Aku cuma lepak dengan diorang kejap je sebab time tu aku kelua dengan Nina and yang lain. Masa tengah makan kat Pizza tu, jumpa Rara and Chicco sekejap je. Dengan diorang pun first meet. Haa! Sebelum jumpa diorang ni, aku jumpa Muja kat PWTC. First meet juga tapi tak sempat nak captured gambar :(


Lepas lepak dengan Eyqin and jumpa Rara and Chicco, aku terserempak dengan Yaya pula. Yaya ni second meet. First nampak dia last year, kat PWTC. Dia keje dengan mak dia time tu. Time tu pun sekejap juga. Tak lepak lama².
#30 April 2011




Second meet dah kurang sikit malu². Siap share chocolate lagi. Sweet kan kitorang? Hihi! Second meet ni juga kitorang dah jadi banyak mulut. Asyik nak bergosip je, tehee :3


Tengok tu, siap berpeluk-peluk. Hihi! Eyqin, seriously I love you :)


Meet Rara. Aku dah anggap dia ni macam adik aku sendiri, SERIOUS. Tak tipu k. Ni second meet, dapat juga captured gambar dia :) tapi sekarang dah jarang contact sejak aku pegi PLKN. Kitorang takde text langsung. Lepas aku balik ni pun, aku yang tegur dia. Dia layan aku pun macam nak taknak je :'( I miss my old Rara, SERIOUS.
#1 Jun 2011



Eyqin and Eyla, diorang cousin. Time ni kitorang memang dah takde perasaan malu lagi macam sebelum ni. Memang best lepak time ni sebab nak celebrate birthday aku dengan Eyqin. Kitorang lahir pada tarikh yang sama tapi lain tahun. 27 July♥
#30 July 2011

Lepas tu tak jumpa diorang lagi dah. 13 August hari tu ada plan nak jumpa, nak berbuka puasa sama². Tapi tak jumpa. Izzy je yang jumpa. Aku tak sempat sebab lepas berbuka terus nak gerak tempat lain. Hm.

SERIOUS aku rindu kawan fb aku. Sejak aku balik dari kem, tak sampai 10 orang kawan yang contact aku. Boleh kira pakai jari weh, tak tipu. Nak kata aku tukar number phone, tak pun. Boleh je contact lagi. Atau diorang ni jenis lupa kawan? Haihh, nta la. Aku rasa sekarang ni aku macam dah takde kawan doe :(
Kawan baik aku yang sorang tu dengar cite dah berubah. Makin sombong kemain lagi, haihhh. Aku rindu dengan kawan² aku. Rindu nak lepak hu ha hu ha dengan korang. Sumpah weh, tak tipu.
Aku harap ada masa nanti kita dapat la lepak macam tu. Aku betul² rindukan korang.


Bye!

Sunday, 25 December 2011

Suatu Malam Kubur Berasap Full Movie


Lepak hari tu tengok movie ni la. Seriously aku tak tau movie ni pasal apa. Aku tak tau pun movie ni ada time tu. The making, iklan apa semua aku tak tau and tak pernah tengok. Dah cite hantu, aku pun bantai la kata nak tengok movie ni.

Aku tak tau nak cite macam mana but serious best! Best gilaaa! Lawak habis la sebab pelakon movie ni raja lawak. Si Along, Angah and Azrul kumpulan Cham. Angah tu jadi penggali kubur. Along tu keje dok merayau dengan motor dia. Azrul tu pula memandu lori ayam. Part paling lawak bila si Along tu kena kacau dengan hantu. Along bukannya baca ayat al Quran. Dia dok ulang sebut alif ba ta and pusing semua tempat. Lagi satu time part Angah makan mee goreng, biasa la kalau cite melayu en. Mee goreng tu kang tukar jadi cacing. Then part si pondan ni tengah berak paling takbole bla. Tiba2 ada bos dia lari pegi port si pondan tu melabur. Si pondan tu lari la, tak pasal bos tu muka dia tersembam kat taik si pondan tu. Eeeee! Geli gila siottt!

Memang banyak lawak la dalam movie ni. Best gilaa! Korang tengok la nanti kalau ada masa.

Tonton Suatu Malam Kubur Berasap Full Movie

Saturday, 24 December 2011

24 December :')


Yeay! Keluar dengan kawan2 yang aku rindu. Tapi dua orang je. Yang lain busy. Hm takpe. Maybe lain kali jumpa kawan yang lain pula.
Aku dari sini gerak dengan Zhariff. Sampai kat Kepong Sentral, train dah terlepas. Izzy pula baru je bangun tidur. Time tu dalam pukul 10 kot. Memang menyirap sikit, tapi takpe. Masih boleh sabar. Nasib baik time dapat train tu, orang tak ramai.
Sampai je kat KL Sentral, nak kena tunggu Izzy pula. Sementara nak tunggu, pegi makan kat Burger King. Time Zhariff tengah order, aku tengok sorang pekerja Burger King tu asyik pandang2 aku, tersengih-sengih. Aku dah pelik, pehal dengan mamat ni? Aku tengok muka dia betul2, rupa2nya si Akmal! Terkejut gila aku. Hahaa! Tak sangka boleh jumpa dia kat situ. Aku fikir dia keje kat Burger King mana la. Kat KL Sentral je pun. Dalam pukul 12 lebih baru si Izzy sampai. Dia dengan Paan Juvana, budak junior kat sekolah dulu. Paan serba merah time tu, hihi♥ Paan kata aku gemuk. SHITTO! Benci benci!
Dah jumpa Izzy, terus gerak KLCC. Pegi ambil awek dia. Time train dah sampai, tertinggal si Zhariff sebab tak sempat nak masuk. Kesian gila kat dia doe. Sampai KLCC, tunggu Zhariff pula. Nasib baik sekejap je.



Zhariff sampai je KLCC, terus start ambil gambar. Zhariff and Izzy :D



Semua dah ada, terus pegi TGV. Tengok movie apa yang best. Mula2 plan nak tengok Ombak Rindu sebab aku tak pernah tengok lagi. Zhariff pun tak pernah tengok. Baru nak pegi beli tiket, aku tengok movie tu start dalam pukul 4.30 petang. Aku cakap kat Izzy tukar lain la sebab Zhariff nak balik awal. Aku tengok balik movie apa yang ada. Aku cakap la nak tengok Suatu Malam Kubur Berasap. Diorang semuka okay je. Movie start pukul 3.20 petang. Time tu baru pukul 2 petang. So lepak kat luar :D



Izzy and Rini
Comel awek kau Izzy. Kali ni jaga elok2, jangan nak buat hal lagi. Hahaa! #tu phone aku! brr -,- haha

Lepas lepak and tengok movie, kitorang terus gerak Pavi. Time dah nak sampai Pavi, Zhariff bla pegi office mak dia kot. Time tu dah agak blur, tak tau nak pegi mana. Then decide nak pegi karaoke kat BB. Sampai je sana, tengok harga RM36 / 1 hour. Berbaloi ke? Bagi aku baik karaoke jamban je daripada karaoke bilik. So cancel je niat nak karaoke and pegi makan kat foodcourt atas.

Dah habis makan, pegi depan Maybank BB. Tunggu kawan Rini. Then kawan Rini ajak Izzy pegi mana nta. Nak naik train kat KTM macam haram J sikit. Dah naik kemain awal, lepas tu ada masalah apa nta. Aku naik train dalam pukul 8.15 malam and ada announcement kata train gerak pukul 8.30 malam. Bapak ahhh! Dah la orang ramai, dah macam tin sardin. Selagi train tak gerak, selagi tu la orang dok masuk dalam train. Dah memang sempit habis, still ada yang masuk. Start masuk train sampai ke Kepong Sentral, aku berdiri je. Nasib baik kebetulan Naza dengan akak dia kat Jusco Kepong. Aku minta tolong nak tumpangkan. Atlast! Dapat juga lepak dengan Naza kejap. Aku minta akak dia turunkan aku kat kedai mamak. Lepak sana kejap. Then pukul 10.15 malam baru aku gerak balik rumah. Tu je ^^

Bye!

Friday, 23 December 2011

Mission Impossible : Ghost Protocol



#hero dalam filem ni handsome :3

Eh, bukan nak cite pasal hero dalam filem ni tau, hihi. Semalam tengok movie ni dengan kawan2 PLKN aku. Firstly aku nak bagitau, aku tak pernah tengok movie Mission Impossible ni. Rupa2nya yang aku tengok semalam tu yang ke empat ea. Hahaa! Baru aku tau. Means dari first sampai ke tiga #rasa macam rugi je. lepas ni nak cari yang first sampai ke tiga. Aku fikir "Ghost Protocol" tu cite hantu sebab ada perkataan "ghost". Rupa2nya cite pasal agent yang ada misi.

Mula2 dalam pawagam, kemain lagi iklan. Punya la lama. Dalam setengah jam juga. Aku dengan Myra dah membebel kat dalam tu. Hahaha! Starting movie ni dah ada aksi tembak menembak. Then kena bebaskan Ethan(Tom Cruise) dari penjara. Part mula2 tu aku macam blur sebab memang tak tau apa langsung pasal movie tu. Sampai part macam tempat tentera, askar bagai tu, dah best sikit sebab kawan dia yang sorang tu. Hape nta namanya, aku tak ingat. Part tu dengan part Ethan nak terjun dari tingkap kat hospital, ada yang lawak sikit.





Part ni aku dah banyak bunyi. Aku asyik tanya Hambli. Si Ethan tu jatuh ke tak, apa semua la. Memang aku banyak bunyi time tu. Time ni si Ethan kat tingkat 130. Dia kena naik lagi 11 tingkat untuk apa nta, aku tak ingat. Dia kena naik dari luar, bukan pakai lif. Gila, kan?



Ni pula part Ethan nak masuk balik kat bilik dia. Memang suspen habis la sebab... Eh, taknak bagitau. Hahaa! Korang tengok la movie ni nanti. Tapi serious part ni suspen gilaaaa! Tak tipu punya. Time dah nak masuk bilik dia, kepala dia terhentak, tu pasal dah nak jatuh. Korang tengok la nanti movie ni. Lagi satu, ada laki tu pakai lens. Lens dia cool gila! Bole jadi macam scanner. Bukan tu je, bole detect orang sekali. Hebat en?


Time kat tempat tentera tu diorang gagal nak jejak laki yang wanted tu. Then kat hotel pun hilang jejak. Diorang kena pegi majlis ke party nta kat India. Perempuan tu je yang main peranan untuk dapatkan kod kat laki India tu.



Part ni pun aku banyak bunyi. Takut gila nak tengok laki tu terjun ke bawah. Dia kena ambil benda macam kad apa nta. Suspen juga part ni. Sampai aku cakap kat Myra "aku rasa macam tengok cite hantu doe". Myra pun setuju dengan aku. Takde a, aku tengok movie ni sampai tutup muka kot. Takut nak tengok, haha.



Cool gila kereta ni, kan? Memang smart habis la kereta ni!

Eh, kalau nak tau movie ni macam mana. Korang tengok la doe. Serious best gila! Tak rugi kalau korang tengok movie ni.

#lepak semalam tak captured satu gambar pun :(


Bye! :)

Thursday, 22 December 2011

Keyword PLKN


Keyword minggu ni

Keyword minggu lepas
*klik untuk lebih jelas

Tengok tu. Kemain banyak lagi keyword pasal PLKN. Hihi. Macam zaman aku sebelum masuk PLKN, tak habis2 search pasal PLKN. Sebab takut, risau, macam2 la. Hihi. Nvm. Untuk yang akan pergi PLKN, korang jangan risau. PLKN tu memang best! Cuma permulaan tu je agak bosan and macam takde aktiviti sangat. Setiap hari Sabtu bosan and best. Yang bosannya sebab korang akan ada ceramah. Yang best-nya pula korang dapat phone petang tu. Hihi. Rindu pula kat kem :') okay la, wa nak tidur. Esok nak keluar dengan kawan PLKN, hee :'D


Bye! :)

Wednesday, 21 December 2011

Serious, aku rindu kawan aku.


Aku rindu kawan kawan aku, serious :'(


Nina, Anwar and aku.




#semua gambar kat atas gambar sebelum SPM tahun lepas. Hm, sumpah aku rindu korang :'( aku rindu kat kelas. Rindu budak sebelah meja aku. Siapa? Nanti aku tunjuk. Sabar tau. Haha.



 Naza, aku and Mia.


Sweet tak kitorang? Hihi! :'D


Mia ni la budak sebelah meja aku. Ngehehe :D

Rindu Naza. Dah lama tak jumpa dia. Time aku balik cuti sem pun tak dapat jumpa dia. Tapi nasib baik sebelum aku masuk PLKN, dapat jumpa kejap. Yes, kejap je. Sebab dia kena balik Sri Iskandar. Time tu pun dia cuti sekejap sangat. Minggu lepas dia balik cuti, aku tak dapat jumpa sebab holiday dengan family. Minggu ni dia balik, harap2 dapat la spend time sama2 :)
Mia pun aku dah lama tak jumpa dia sejak dia busy sambung belajar. Sejak dia sambung belajar la aku tak jumpa dia lepas tu. Sekali pun tak kot. Ahad lepas dia ajak aku jumpa, sebab Ahad tu dia last kat Damansara. Dia pindah Sepang. Hm still tak dapat jumpa sebab aku ikut family celebrate birthday cousin. Mia cakap kalau aku tak jumpa dia Ahad tu, sebagai ganti kena tidur kat rumah baru dia. Hihi! Suka suka! :3
Harap2 aku dapat jumpa korang lagi lepas ni :')

#gambar kat atas ni first hang untuk tahun 2011



Zhariff, Wan, Daus and aku.
#aku paling rapat dengan Zhariff :)


Last lepak dengan Anwar :'(
Paling aku rindu sekarang ni Anwar. Kenapa? Bukan sebab dia special boyf aku or whatever tapi dia best boyfriend! Serious aku rindu kau Anwar. Dah lama aku tak jumpa kau. Aku tak jumpa kau sebelum aku pergi PLKN, aku tak jumpa kau time aku cuti sem. Aku tak jumpa kau lepas balik dari PLKN. Dekat 4 bulan aku tak jumpa kau. Aku rindu kau la Nuar! :'(

#gambar kat atas ni kitorang lepak TS, main Cosmo's World. Serious best! :)



Paan and aku.


Nina and aku :')

#gambar kat atas ni time lepas ambil result SPM.



Tengok je gambar ni, aku terus ingat. Time tu aku dengan Nina share duit beli plushie Domo untuk aku. Hihi! Sweet kan kitorang? :p cakap la korang jealous. Hahaa! Tengok baju kitorang. Sama, kan? Baju tu aku belanja Nina. So dia pun belanja aku plushie Domo, kitorang share duit half2. Sampai sekarang plushie tu okay, takde rosak apa pun :')

#gambar kat atas ni lepak kat TS.



Jagedes, aku and Nina.
Sebenarnya kitorang rapat sejak darjah 6. Time ni plan nak jumpa Jagedes. Jagedes pindah sekolah and rumah masa form3, lepas PMR. So nak dekat 3 tahun juga tak jumpa. At last! Jumpa juga. Jagedes tinggi and kurus. Jealous aku tengok dia. Aku rapat gila dengan dia masa form3. Seriously rapat sangat. Hm, rindu gila. Teringat pula kenangan lama kitorang :(

#gambar kat atas time pegi Pesta Buku Antarabangsa, PWTC



Zhariff yang gila2, hihi :D
 Zhariff still in touch dengan aku. Tak lost contact. Senang je nak jumpa. Perangai gila2 dia pun still sama macam dulu, hee :D lepas aku balik dari PLKN, aku lepak dengan dia. Banyak gila benda nak cerita. Cite masalah dia, apa yang jadi time aku takde. Kesian pun ada. Tapi dia stay cool ;)

#gambar kat atas time tu tengah tunggu train nak pegi lepas Pavi.



Nina, Izzy and aku.

#gambar kat atas kat KLCC. time tu aku baru lepas ambil tiket wayang free dari Nuffnang :'D



Nina, Wafiy and aku.


Izzy and aku.

Nina and Izzy senang je nak jumpa. Kebetulan pula time tu Nina tengah cuti sem. Dapat la juga lepak dengan diorang. Wafiy tu pula kawan sejak darjah 6 tapi kitorang tak pernah bertegur. Baru tahun ni kitorang borak2. Hahaa, pelik en?
Hm, rindu nak jumpa Nina :'(

#gambar kat atas time tu aku tengah cuti sem

Serious aku rindu kawan2 satu sekolah dengan aku. Aku rindu nak jumpa korang. Aku rindu nak lepak dengan korang. Aku rindu nak jalan2 dengan korang. Aku rindu nak tengok wayang dengan korang. Aku rindu nak gelak2 dengan korang :( aku tak pernah lupa kenangan kita masa kat sekolah and masa lepak dengan korang kat luar.


Bye! :)

Tuesday, 20 December 2011

Satu game?


Game apa? Cuba baca dialog kat bawah ni

Haa, faham en? Aku jumpa ayat ni kat FB kawan adik aku. Hiraukan je la siapa dia. Focus kat dialog tu je. Hm, sedih en. Kalau bf aku ajak main game macam tu, aku taknak. Confirm menangis gila² nanti. Eee! Sedih gila ah! Baca banyak kali pun still emo. Tak tau la pada korang macam mana en. Kot takde perasaan :p

#perasan tak aku punya blog ni dah berubah sikit. hihi :'D

Bye! :)

Thursday, 15 December 2011

Holiday - Terengganu



14 and 16 December pegi Terengganu pula. Tujuan yang sama, abah ada keje. Sampai je Ganu, terus pegi Tasik Kenyir. Abah nak tengok tempat projek dia. Aku dengan yang lain tunggu abah kat tempat lain. Agak bosan la sampai aku pasang lagu and Sarah nyanyi². Lepas abah tengok tempat projek dia, kitorang terus gerak jalan² pegi Pasar Payang kot kalau tak silap aku nama tempat tu. Kat area sana aku minta mak belikan kain batik. Hihi! Warna merah k, cantik! Murah je pun, RM20.
Lepas beli barang kat sana, terus cari kedai makan sebab time tu dah nak magrib. Kali ni tempat makan sedap. Tak macam kat Kelantan, tak syok. #sorry kalau ada blogger yang asal dari Kelantan. Dah makan makan, cari tempat penginapan pula. Abah bawa pegi chalet Dara Inn. Sampai je kat bilik, terus rehat. Memang letih sangat! Malam tu tidur puas².
15 December siang tu pun relax habis² sebab abah kelua pegi meeting pula. Malam tu baru la keluar jalan² cuci mata. Oh lupa pula, kitorang pegi Kuala Terengganu. Hihi. Kat sana malam² ramai budak² keluar naik fixie en. Rasanya kat sana lagi ramai main fixie berbanding kat KL ni. Syok gila aku tengok diorang bawa basikal tu. Colourful gila! Memang meriah la. Lagi satu ada double sit ea fixie ni. Smart pula aku tengok. Paling takbole bla bila tengok lelaki pakai fixie warna pink. Phewitt! Hahaaa! Lawak bagi aku k. #psstt! time tengah ronda² tu, aku tengah OTP dengan "dia". abah pun ronda macam tu je, tak ajak turun. mak je yang bersuara "alaa, jantan tepon". aku sengih je. hahaa! xD
16 December siap² nak check out dari chalet tu. Then pegi cari rumah kat sana. Maybe nak pindah sana dalam next year :'( banyak rumah kosong, ada yang lawa². Mak dengan abah berkenan satu rumah teres dua tingkat tu. Cantik la juga aku tengok. Rumah tu macam baru siap. Takde siapa lagi yang pindah situ, memang kosong. So baru la en. Mak pun macam excited nak rumah tu. Hihi! Kalau ada rezeki, dapat la pindah sana.
Tapi aku taknak pindah! Taknak tinggalkan Damansara :'(

Seriously penat oh sejak balik PLKN. Ada je benda nak buat. Keluar sana, keluar sini. Jalan sana, jalan sini. Sangat letih okay! Kadang² sampai takde masa nak mengadap blog and FB. Haihh. Okay la, sampai sini je aku melalut.


Bye! :)