Tuesday, 8 November 2011

PLKN part 1


11 September 2011





#time ni dah gerak dah :'(

Masa nak cari bangunan Zetro ni, kemain payah. Dah jumpa bangunan, tak jumpa gate besar pula. Haiyaa! Nasib baik sempat daftar kat situ. Time tu memang aku macam sombong nak mampus. Pandang orang pun senyum macam nak taknak je. Peduli hape aku. Bertolak ke Melaka dalam pukul 9.30 pagi. Dalam bas pun tak bertegur sangat dengan budak². Nak hilangkan rasa bosan, aku text mak, adik dengan bf aku.




Dalam pukul 12 lebih, dah sampai Kem Lagenda Gunung Ledang. Hi Melaka! :D sampai sana, kena daftar lagi. Aku masuk kompeni BRAVO! Weeee! Masa nak daftar kat dewan makan, ada sorang perempuan ni tegur aku. Dia cakap macam pernah nampak aku. Alaa, biasa la manusia kat bumi ni banyak yg serupa. Okay, tukar topik. Dah daftar hape semua, terus masuk dorm. First aku tegur, Jothi. Aku tanya dia nak tengok number katil kat mana. Hihi! Nasib baik Jothi tolong tunjukkan. Sebelah kanan katil aku ada orang, aku pun tegur la. Nama dia Ieka, dari JB and dia datang 10 September. Sebelah kiri takde orang lagi, maybe esok tu baru dia masuk and harap² orang Melayu la. Lepas letak barang² kat dorm, terus pergi logistik. Ambil barang² keperluan.

Kat dorm aku jadi batu kejap. Hahaa! Tak tau nak tegur sape. Aku memang pendiam and tak reti nak berkomunikasi dengan orang. Petang tu ada juga aku tegur Azah, dia dari Melaka. Malam pula baru aku bertegur dengan Bie and Wan. Dua² asal dari KL. Dalam dorm baru bertegur, kat bas tak bertegur pun. Tak perasan kot xD #padahal aku sombong nak mampus, taknak tegur orang.


12 September
Budak² dari Johor datang kem.Sebelah aku budak Cina. Putih melepak kau! Lepas tu ada lagi 5 orang Melayu kot. Anis, Noi, Angah and Ain. Dalam ramai² tu, aku lebih selesa dengan Angah. Seriously dia best! Brutal habis tapi dalam lembut. Tehee :D dak Ain pula senyap je orangnya. Malam pula hafal lagu PLKN.



Mula² tu memang susah aku nak hafal lirik lagu PLKN ni. Ambil masa juga kot. Ada la dalam 2 3 minggu. Kemain susah lagi aku nak hafal. Kawan aku yang lain ada yang boleh hafal lagu tu. Btw rentak lagu PLKN ni best la. Bunyi dia macam enjoy sikit.


20 September

Tu dia bendera Kompeni Bravo, Lagenda Gunung Ledang Asahan, kumpulan 3 siri 8/11. Hasil dari KKJ. KKJ tu Kontrak Kita Janji. Time nak buat KKJ ni, kemain payah lagi. Aku dengan Angah dapat tugas buat part apa nta, aku tak ingat :'D yang satu kumpulan dengan aku tu jenis masuk air, set² kuat menganjing. Actually semua budak kat kem tu kuat menganjing. Tu semua salah cikgu. Cikgu yang mengajar untuk menganjing orang. #tak pasal² cikgu yang kena. HAHA! Oh yea! Dalam KKJ ni ada buat lagu juga untuk kompeni Bravo. Meh aku share lirik lagu tu.

Lagu Kompeni Bravo
Bravo terus berdiri,
tiada lagi takut atau gentar.
Bila Bravo turun padang,
jangan pandang², jangan pula tunjuk belang.
Walaupun kena bahan,
kami tak kan heran,
walau hati baran.
Semangat tak kan padam,
musuh jangan geram.

Pendek je en lagu tu. Lagu tu budak wira yang buat. Wirawati cuma tolong warnakan bendera Bravo and bagi idea untuk point² yang lain.
Masa untuk persembahan KKJ, memang hancur lebur! :'(


25 September

Hari lawatan keluarga! Yeppie! :D
Time ni tak bape kecoh sangat sebab budak² kat dorm taknak turun =,= yang turun cuma Angah je. Yang budak wira pula sikit je yang datang but atleast ada la juga en daripada takde langsung. First lawatan keluarga ni aku minta mak aku masak nasi ayam. Tehee :D lagi satu aku suruh mak bawa barang keperluan aku termasuk la DOMO kun! Takbole tidur doe kalau DOMO takde :'(



Tengok ayam tu. PERGH! :D


Sarah pun macam tak sabar nak makan, hihi :D


4 wira, 2 wirawati termasuk aku. Ngehee :D


Family nak balik dah, peluk peluk peluk! :D


Tu je yang aku ingat untuk bulan September. Lepas ni aku update untuk bulan Oktober pula ea. Taknak tau, tak payah tengok blog aku ni. Okay? ;)

Monday, 7 November 2011

BE ke empat Nuffnang | Celcom Purple Shopping Spree



*klik untuk lebih jelas

Even aku tak update blog ni dekat 2 bulan, Nuffnang baik hati tau bagi BE lagi. Hihi! Love you Nuffnang. Lepas ni bagi la BE banyak² lagi ea. Suka tauuu! Teheee :D

Entry kali ni saje nak buat korang dengki, haha! Kejam betul aku ni #gurau je k.



Bye! :)

I'm back!


 

Horayyy! Akhirnya dapat juga blogging! Rindu gila kat blog doe, serious! Banyak benda aku nak cerita kat korang k. Kalau korang taknak tahu, bla je. Tak paksa pun korang baca. Teheee :D actually aku baru balik dari PLKN. Ni pun cuti sem, 4 hari je. Aku balik 5 Nov, tapi baru sekarang dapat update. Baru balik pun dah busy. Ramai dah booking aku ajak lepak. Hahaa :D okay, tunggu next entry. Nak cerita pasal PLKN ni.
Bye! :)