Thursday, 30 June 2011

Day 9 - Perasaan anda hari ini

Tumblr_lnichypnm31qcfupoo1_400_large

Nampak kat gambar tu? Angry bird en? Haaa, tu la perasaan aku sekarang ni. Marah. Sebab apa? Sebab pc kat ruang tamu tu buat hal. Takbole nak buka blogger.com pula. Sial oh. GRR! Aku update entry ni pun pakai lappy kat bilik adik aku. Ni entry ringkas je sebab aku takbole pakai lappy ni sangat, kang adik aku tu bising. Malas nak bertekak dengan dia.

Bye! :)

Wednesday, 29 June 2011

Wordless Wednesday #2



OMG!

Thanks Unaa


First sekali aku nak minta maaf sebab aku private-kan blog ni malam semalam and pagi tadi #bajet macam orang baca blog aku je. Sebenarnya blog aku ni dalam proses nak edit. And yang tolong edit blog aku ni sebenarnya seorang blogger juga. Meh tengok siapa :D




Haaa! Nama dia Una. Mana aku jumpa dia ni? Time tengah blogwalking malam semalam. Blog dia cun woooo! Nak tengok? Meh sini meh!



Cun tak, cun tak? Cun en! Haaa! Tu pasai la aku minta tolong dia editkan blog aku. Klik je kat gamba tu kalau nak singgah blog dia tu k ;)

Tengah tengok blog dia tu, aku pun try la cari account fb dia. Dah jumpa, add and dia terus approve. Kira lucky la en sebab time tu pun dia online. Lepas dia dah approve tu, aku terus IM dia minta tolong edit-kan blog aku ni. Dia pun dengan rela hati nak tolong aku. Baik kan Una ni? Heeee :D yang aku ni pula jenis tak sabar, terus bagi number phone kat dia. Lagi satu pasal internet kat rumah aku ni malam semalam macam sial ==' text je lagi senang en.

Actually ni pun tak habis lagi dia edit. Tinggal nak taruk header je. Semalam ada minta tolong kak Mira edit-kan header untuk aku, colour biru. Sebelum ni en template aku colour biru.

To kak Mira -
Sorry ea sebab tak pakai header yang kak Mira bagi tu. Jangan risau, Diana simpan lagi header tu. Mana la tau kot tiba-2 Diana tukar angin nak pakai colour lain pula. Heee :D thanks ea kak Mira sebab susah-2 buat header untuk Diana :)

To Una -
Thank you soooooooooo much sebab edit-kan blog akak even kita tak kenal each other lagi. Teheeee :D

Diana hargai sangat-2 pertolongan korang berdua. I love you! Ambil kiss ni, muah muah! Hihi! >,<

Day 8 - Pergaduhan paling teruk yang pernah anda alami


Pergaduhan? Hm, gaduh apa ea? Rasanya paling teruk pun time bergaduh dengan kawan baik aku dulu. Tu dulu, sekarang tak. Buat apa nak cerita balik, tak suka la ungkit cerita lama ni sebab sekarang kitorang dah okay :')

Tuesday, 28 June 2011

Day 7 - Tiga perangai baik anda


  • Nasihat kawan yang tengah ada masalah
  • Jadi pendengar yang setia :D
  • Buat kerja rumah #bila mood rajin datang

Bye!

Monday, 27 June 2011

Day 6 - Tiga perangai buruk anda


Nak tau perangai buruk aku?

  • Kuat mencarut even benda tu takde la menyakitkan hati sangat #sekarang ni tengah cuba nak kurangkan
  • Stalk orang
  • Suka cubit orang tak tentu pasal

3 je en? Actually banyak lagi :D tu je la.

Bye! :)

Sunday, 26 June 2011

Day 5 - Status anda? Relationship anda?


Status aku? Hm, apa ea?
UPDATE : SINGLE
Tak percaya? Tengok sini :)



Bye! :)

Saturday, 25 June 2011

Tak boleh tahan dah ni!

Tadi tiba-2 RS post gambar ni kat wall aku



Tak clear? Meh sini tengok.



See! Punya la belambak DOMO!

Klik untuk tumbesaran :)







Boleh nampak en betapa aku obses dengan DOMO? Yeah! Aku obses, sangat obses! Aku pun tak tau kenapa. Padahal kat bilik tu dah belambak dengan barang DOMO, takde la banyak mana but kira macam banyak la juga. Hee :D

To RS ;
Tak kira ada plan apa pun, next week kena bawa juga pegi sana!

Yes, FD ni memang degil :D

Bye! :)

Day 4 - Benda yang anda buat bila sorang sorang


Bila sorang-2 mesti la bosan, kan? Nak tau apa yang aku buat bila sorang-2? Haa! Macam-2 tau!


  • Buka lagu kuat-2, biar bising.
  • Nyanyi sorang-2 #suara tak best mana pun
  • Main game Angry Birds
  • Menggedik dengan camera
  • Termenung
  • Fikir masalah yang ada #kadang-2 menjerit bila sakit hati
  • Fikir masa depan
  • Teringat kat kawan-2 #rindu wey!
  • Tengok gambar lama

Haa! Banyak en yang aku buat? Tak pelik en apa yang aku buat? Heee. Yang pelik-2 tu aku taknak cite sini. Memalukan aku je nanti. Hahaha! Tu je la kot. Tunggu next day pula :D

Bye! :)

Friday, 24 June 2011

30 day challenge - Future / Dream wedding



Day 1 - wedding dress
Day 2 - Place for the ceramoni
Day 3 - Wedding Party Gifts
Day 4 - Flowers
Day 5 - Music
Day 6 - Rehearsal Dinner place
Day 7 - Wedding Ring
Day 8 - Reception
Day 9 - How many people?
Day 10 - tux
Day 11 - Colors
Day 12 - bridesmades dresses
Day 13 - Flower girl dress
Day 14 - Shoes
Day 15 - Hair
Day 16 - Who is going to marry you?
Day 17 - Traditional wedding march or another song?
Day 18 - Reception food
Day 19 - vaile
Day 20 - Invitations
Day 21 - Wedding cake
Day 22 - Wedding topper
Day 23 - Who is going to be the flower girl?
Day 24 - Who is going to be the ring barrier?
Day 25 - Honeymoon
Day 26 - Who will be your brides maids?
Day 27 - Maid of honor?
Day 28 - Who will walk you down the ile?
Day 29 - Are you going to write your own vows?
Day 30 - Jewelery you will wear?

Mesti ada yang fikir aku ni gatal sangat, macam nak kahwin cepat.

Actually aku saje je taruk benda alah ni. Sharing is caring, right? Heee :D benda ni aku godek-2 kat tumblr and terjumpa. So aku share la kat sini.

To kak Mira -
Kak Miraa! Diana nak akak buat natang ni. Teheeee :D boleh kan? :p

Day 3 - Benda yang selalu anda buat sebelum tidur


Nak tau apa yang aku buat sebelum tidur? Meh baca meh :D

  • Online FB
  • Buka blog
  • Cuci muka pakai pencuci Garnier<3
  • Gosok gigi
  • Minum air sejuk #lepas gosok gigi, mesti minum air sejuk. Best wey! Haha
  • Pakai krim muka Garnier
  • Texting #tu pun kalau ada yang text aku
  • Baca text yang lama-2 kat phone
  • Delete text yang tak penting #buat phone aku slow je bila banyak text ni
  • Dengar lagu sampai aku tertidur

Haaa! Banyak en? Haha! Takde la banyak mana. Tu je la :)

Bye!

Thursday, 23 June 2011

Day 2 - Movie yang paling best pernah anda tonton

1st - Lagenda Budak Setan
Aku tau cerita ni dah lama but sampai bila-2 pun aku tetap suka cerita ni. Memang best la!


 2nd - KL Gengster
Cerita ni memang best! Lawak pun ada. Kan aku ada review movie ni hari tu. Klik SINI :)
Memang tak rugi la tengok movie ni


3rd - Fast 5
Cerita ni ganas gila! Lawak pun ada :D Part jijik pun ada, geli weyy. Hahaha!

For now 3 movie tu je yang superb bagi aku :)

Wednesday, 22 June 2011

Senarai AKU PROMOSI KAU PROMOSI AKU

Sikit je yang datang blog aku. Meh tengok link-2 ni

http://hazeleya.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://letmebemeso.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://gadiskutersayang.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://segalanyaaku.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://bicarasigadisdesa.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://fadzli-rt.blogspot.com/2011/06/kenapa-aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://irrahady.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://coretanharapan.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://akueddie.com/2011/06/22/aku-promosi-kau-promosi-aku/
http://miss-nadya.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://sofealang.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html

Dah, tu je :)

_________________________________

Tambah lagi ni, hihi xD

http://lytulip.blogspot.com/2011/06/segment-ben-aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://www.alyaesprezzo.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://mrbaiz.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://msredcheesecake.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://mienkarim.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://www.areliff.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html

DONE!

Day 1 - Lagu yang anda dengar hari ini

Aku tau aku lambat buat natang ni. Aku plan nak start hari Isnin hari tu, tapi disebabkan masalah internet, terpaksa di tunda.



Lagu yang aku dengar hari ni, Stuck Like Glue. Best wey lagu ni :D

AKU PROMOSI KAU PROMOSI AKU

Santai Bersama BEN ASHAARI

Jom join! :D

Sunday, 19 June 2011

New header, LAGI

Diana\


See! Tu header baru aku. Bukan aku yang tukar or edit natang tu but RS yang tolong buatkan.

Dia tolong tukarkan semalam. Aku online semalam? Memang tak ah. Dah la takde internet kat kampung tu.

Ni entry ringan, taknak taip panjang lebar.

Btw, thank you so much biy. Love you :*


BYE! :)

Friday, 17 June 2011

30 days challenge


Natang ni aku amik dari blog kak Zaleta.
Heee, thanks ea sebab bagi Diana amik benda alah ni :D

day 1 - lagu yang anda dengar hari ini
day 2 - movie yang paling best pernah anda tonton
day 3 - benda yang selalu anda buat sebelom tido
day 4 - benda yang anda buat bila sorang sorang
day 5 - status anda? relationship anda?
day 6 - tiga perangai burok anda
day 7 - tiga perangai baek anda
day 8 - pergaduhan paling terok yang pernah anda alami
day 9 - perasaan anda hari ni
day 10 - hari ke 10, apa yang berlaku?
day 11 - gadjet yang anda ada
day 12 - apa yang ada dalam beg mekap anda
day 13 - apa yang ada dalam beg duit anda
day 14 - perkara menarik yang anda lakukan hari ini
day 15 - kalau dapat RM1juta, apa yang anda buat dengan duit itu?
day 16 - guru sekolah anda yang paling anda suka
day 17 - gambar bilik idaman anda
day 18 - benda paling mahal yang anda pernah beli dengan duit sendiri
day 19 - jenis manusia yang menarik perhatian anda
day 20 - hari ke 20, apa yang terjadi?
day 21 - benda yang anda wajib bawak bila keluar rumah
day 22 - tarikh tarikh penting dalam hidop anda
day 23 - dream wedding
day 24 - tempat yang paling anda gemari untuk makan
day 25 - makna disebalik link blog anda
day 26 - 15 fakta tentang anda
day 27 - makanan dan minuman kegemaran anda
day 28 - hobi anda
day 29 - siapa anda 10 tahun akan datang?
day 30 - hari ke 30, apa yang berlaku?

Nak start benda ni hari  Isnin nanti. Takbole nak start hari ni or esok sebab nak balik kampung kejap lagi :( rindu korang nanti :( #gedikgila

Bye! :)

Wednesday, 15 June 2011

Thanks abang Ben :)

First

Second
Klik la kat gambar untuk jelas, tak kan tak tau kot. Haha :D

Dah habis baca?
Haa! Actually aku ada join game yang abang Ben anjurkan. So kena cari 9 orang blogger la untuk buat satu kumpulan. Haa, itu la yang jadi. Memang kelam kabut gila la en. Game tu tamat pukul 4 petang. Aku sumbit url kat blog abang Ben tepat2 pukul 4. Pergh! Memang kelam kabut la en.

At last, terjadi la kumpulan FOOTPRINTS tu.

GAME ANTARA BLOGGER BERMULA

NAMA KUMPULAN : THE GREAT FOOTPRINTS

KETUA KUMPULAN : DIANA

AHLI KUMPULAN seramai 10 orang yang terdiri dari blogger

[~Releks SebentaR~] - http://lzulxocraxme.blogspot.com/
Najwa - http://ceriteranajwa.blogspot.com/
Cik Ida - http://idafirdausi79.blogspot.com/
Diana - http://ftndiana.blogspot.com/
Isyam Mirah - http://isyamnmirah.blogspot.com/
Anakdenesor Story - http://anakdenesor.blogspot.com/
Cik Purple - http://www.littlequeenstory.blogspot.com/
Ika - http://heyluvika.blogspot.com/
Genkcorner - http://genkcorner.blogspot.com/

KENAPA NAMA KUMPULAN ITU DIPILIH ?
kita adalah 10 blogger yg bersatu padu and hebat yg semestinya akan menggegarkan dunia suatu hari nanti.
kita masing2 menyertai game nie and meninggalkn link so iera kaitkan link sebagai footprints secara x lgsg yg melambagkan kite meninggal kn jejak..


Nama and sebab nama kumpulan dari idea Iera :)

Game Antara Blogger

Klik gambar untuk terus ke entry tersebut :)

Wordless Wednesday #1




Tuesday, 14 June 2011

Babysitter


Now cuti sekolah dah habis, aku pun takde bangun lewat macam sebelum ni dah. Kena bangun awal, tolong mak buat keje rumah#akubaik,kan? :D pagi sampai tengah hari, mak jaga budak. Petang pula aku jaga budak. Mak aku jaga dua orang, aku jaga sorang. Alhamdulillah la, ada juga keje en daripada takde.

Aku jaga budak lelaki, ugh! Hahaha! Sebab tu aku taruk gambar tu kat entry ni. Yes, aku tak suka budak lelaki. Lagi-2 budak yang aku jaga ni. Ya Allah, degil! Biasa la, budak kecik en. Nasib baik budak ni senang je nak jaga. Keje aku cuma mandikan dia. Kalau dia 'melabur', aku pass kat mak aku. Hahahaa! Kejam gila, kan? Aku tak sanggup nak cuci 'harta' dia tu melainkan adik aku sendiri.



Ni borak yang time cuti punya and time tu aku still menganggur :D betul juga apa yang dia cakap, mana ada penganggur yang ada income. HAHA!

Now aku bukan penganggur lagi! :D

Bye! :)

Piercing



Aku tak faham, kenapa manusia sekarang ni suka tindik kat muka diorang. Kalau kat telinga tu, normal la, kan? But kalau lelaki yang tindik telinga, memang aku tak suka. Cikgu kat sekolah aku dulu pernah bagitau, lelaki yang tindik telinga dia sebelah sahaja, bermaksud yang dia nak tunjukkan yang dia tu anak haram / luar nikah. Aku tak tau la betul ke tak, cikgu aku yang cakap aaaa.

Last year time aku lepak KL, aku ada ternampak sorang mamat ni, ya Allah! Habis satu muka tu dia tindik. Lagi teruk dari gambar kat atas tu. Eeee, memang pelik gila ah! Dia tindik kat kening, kat hidung, kat mulut, boleh dikatakan semua muka dia la. Aku rasa kulit diorang tu macam dinding or kayu kot. Bayangkan kayu yang kena paku banyak-2. Haaa! Macam tu la.



Ni lagi satu yang aku pelik. Tak sakit ke tindik kat pusat? Takde rasa geli ke? Geli kot bila sentuh pusat sendiri, bukan geli yang kotor tu! Geli yang macam kena geletek la. Yelaa, kadang-2 nampak macam smart juga tindik-2 ni. But bila fikir balik, korang tak rasa macam membazir ke? And bila buka natang tu, jadi macam buruk kot kulit korang sebab ada tanda. Dah cacat dah, kesian. Hahaha!

Dulu aku ada kawan yang bertindik, but alhamdulillah la dia tak pakai dah. Dah berubah dah kot, bagus la kan?

Tak tau la pula kot ada blogger kat sini yang tindik macam-2 kat muka or badan dia :D

BYE! :)

Monday, 13 June 2011

XPERIA X10 Mini

I'm using XPERIA X10 mini

Mula-2 aku nampak phone tu, memang excited gila ah sebab aku memang nak sangat phone macam tu. Tanpa fikir panjang, aku minta kat abah aku untuk belikan. Tanya tokey tu, boleh trade in phone tak? Dia kata boleh. Time tu phone XPERIA tu kira murah la sebab tu harga promosi, dalam RM400 lebih macam tu. Kira murah la kan? Sekarang ni, agak mahal sikit la. Dah harga pun murah, kitorang trade in la phone yang aku pakai time tu. Dapat la dalam RM150 macam tu kot. Dulu aku pakai phone Spiro, Sony juga. Tak sampai sebulan kot aku pakai phone Spiro tu, terus trade in. Haha! :D

Btw, phone Spiro tu macam haram jadah la juga sebab senang gila jammed + stuck. Aku ni pula jenis cepat angin, nak marah je keje. Nasib baik phone tu aku tak campak. Hee :D

Bila dah beli phone XPERIA tu, macam kuno kot. Al maklum la, aku ni tak reti sangat pakai phone touch screen bagai ni. Hahahaa! Macam biasa, sebelum aku yang pakai, abah aku la yang semangat nak cuba macam-2. Amik gambar la, tengok semua function dalam phone. Dah petang sikit, baru aku yang godek-2 phone tu.

Aku pakai phone XPERIA ni sampai sekarang. Kira banyak kenangan la dengan phone ni. Ecehh, phuii! Hahaha! But aku tak bape suka sangat phone ni. Senang jammed juga. Lagi satu kredit aku banyak melayang macam tu je, sebab TERbuka internet, TERcall orang. Macam mana boleh TER tu? Haaaa! Monster kecik dalam rumah ni la yang buat. Siapa?


Sarah, 3 tahun
Tengok tu. PSP pun dia reti main, inikan pulak phone? Macam tak percaya kan? Kadang-2 kalau dia bosan dia mesti cakap "atak, nak pon" Hahaha! Faham tak? Tak faham? Meh sini nak translate, "Akak, nak phone". Haa! Kecik-2 lagi dah pandai minta tau. Hahahaa! :D

Lagi satu yang aku tak suka, battery phone ni cepat sangat habis. Kalau banyak text or call, tak tahan setengah hari pun. Mesti tak percaya, kan? Kadang-2 menyirap juga pakai phone ni. Dah nama pun smart phone, beteri je yang tak bape nak smart.

Yang bestnya boleh install macam-2 application la :D and sound, camera tu semua okay.
Takde cacat apa pun. Hee :D

Tu je kekurangan and kelebihan phone XPERIA ;)


Gemuk ke?

DP kat FB
Hai, saya Diana! Hahaha! Macam hape je. Okay, entry ni pasal aku. kot. 
Gambar tu aku buat DP kat fb. Then tiba-2 kawan aku tegur,

Gemuk ke? T____T
Bagi komen sikit. Nampak gemuk ke wey? Aku rasa tak.

Aku terus skype dengan dia. Sekali tu, hamek kau! Dia yang lagi tembam dari aku. Hahahaha! Aku tak printscreen pun sebab tak sempat. Kejap sangat webbie dengan dia. Tak sampai 10 minit pun.

Zaman muda-2 dulu
Zaman dia muda-2 dulu macam ni la. Tak tembam mana pun. Psstt! Actually aku curi-2 printscreen time tu. Hahaha! Ni last year punya kot. Memang berbeza gila! Mana tak tembamnya dia sekarang ni, menganggur macam aku juga. Bukan setakat pipi dia je tembam, dengan rambut-2 dia kembang. Hahaha! :D


Latest! :D

Tadi pun skype lagi, mak aku tengok la. Mak aku punya la terkejut! Dia tanya "siapa tu?" aku cakap la kawan. Then mak aku tanya "betul ke rambut dia tu?" aku gelak-2 ah sebab macam lawak. Mak aku ni jarang jumpa orang yang agak lain sikit spesisnya. Hahaha.

Sorry Apek, I bukan nak ngutuk you tau but serious you lagi tembam dari I. HAHAHA!

Okay, tu je. Bye! :)

11 Jun 2011


Semalam hang One Utama. Plan nak cari barang and tengok wayang. Aku dah survey awal-2 kat internet, cerita apa yang ada. Mula-2 tu plan dengan RS, but then ada masalah sikit. Alhamdulillah dah okay :) lepas dah okay, aku plan hari sabtu je la. Actually aku tak suka keluar hari ahad :D

Dah sampai kat OU, semuanya macam sunyi kot. Tak banyak kedai buka sebab kitorang sampai awal, pukul 10 macam tu la.

Main O Som, HAHA!
Sebab apa diorang O som? Sebab nak suruh beratur beli ticket. Even pukul 10, kaunter ticket tu pun tak buka, orang ramai beratur tau. Nasib baik tak lama sangat beratur.

Lepas beli ticket, terus pergi cari tempat makan. Then kitorang decide nak breakfast kat McD je. Nak breakfast kat KFC, tapi tak pernah makan burger kat situ. Time kat McD, kesian tengok sorang pekerja tu. Slow gila, baru keje kot. Tengah makan-2, RS call. Dia sesat, hahaa, Kesian boyf saya tu. Dia tak tau sangat jalan kat OU tu sebab jarang pegi sana kot. Bila dah nampak dia otw ke McD, senyum je la dari jauh. Tiba-2 dia bagi bunga. Terkejut wey! Hahaha xD nak nengok?


Thanks RS

Habis makan, terus pegi kat tempat yang ada transformer bagai.
Haha! Ramai woo! Meh tengok gambar.


Zhariff dgn apa nta nama natang ni, HAHA
Yang ini candid

Mirul
Okay, tu je la yg aku boleh tunjuk. Haha! Actually banyak gambar tapi kat fb la.

Dah puas captured sana, captured sini, terus gerak nak tengok movie. Sebelum tu, beli makanan la. Nak beratur beli pop corn and air pun panjang tau. Diorang tu slow buat keje kot ==' dah settle beli, kitorang masuk la nak nengok movie KL Gengster. Serious movie tu terbaik lah! :D

Habis tengok movie, 3 laki tu dah terpengaruh. Asyik ulang je ayat dalam movie tu. Hahaha, cepat betul terpengaruh.

RS ni boleh pula ajak tengok movie lagi, haha! Mentang-2 la awal lagi time tu en.

Lepas tengok movie, diorang nak isi perut la sebab lapar kot. Diorang je la yang makan, aku tak sebab still kenyang.

Dah settle isi perut, plan nak pegi karaoke. Hahaha! Aku ajak, tapi tak nyanyi pun. Diorang nyanyi 5 lagu. Bila dah tinggal satu, punya la lama nak pilih lagu. Hahaha! Macam hape je. Then RS ajak pergi arcade. 

Kesian si Zhariff, asyik kalah je. Hahaha!

Ada satu game ni, nampak ada patung Angry Bird kat dalam tu. Alaaa, game yang kaut patung tu. RS excited gila ah nak natang tu. Banyak kali dia cuba, tapi tak dapat. Kesian gila ah. Besar wey patung tu! Kalau dapat, memang sedap ah en.

Lepas main game kat arcade, isi perut lagi. Kali ni makanan yang aku tak pernah makan. Time tu je la dapat sebab ada duit en, heee :D


Aku and RS punya :D
Aku dengan RS punya tu chocolate#aku yg pilih, vanilla#RS pilih. Topping pula gummy bear, chocolate rice, and marshmellow. Heeee :D aku suka topping dia.


Zhariff and Mirul punya :)
Original and strawberry kot. Topping pula oreo.

Time Zhariff makan ais krim yg perisa original, aku pelik a sebab dia buat muka. Rupa-2 nya rasa ais krim tu masam. Hahaha! Memang lawak gila ah! Nasib baik tak captured. Then RS nak try rasa juga yang original tu, dia pun buat muka. Hahaha! Lawak doe!


Gummy bear<3

Yang murah tu aku and RS punya ea. Haha :D
Otw pegi Big Apple<3
Yes! Akhirnya dapat juga beli Big Apple. Hahaha! :D

Time balik yang takbole bla. Baru je naik bas, driver tu cakap "Fuyoo, orang tu dapat bunga". Aku senyum je la. Dah touch card, nak kena topup pula sebab tak cukup. Aku baru je nak kelua duit, driver tu cakap "Takpe, dapat bunga en. Tak payah, pegi duduk terus". Aku pun terkejut ah, aku tanya dia "Eh, betul ke ni?". Dia jawab "Betul la. Dah dah, pegi duduk". Aku pun terus duduk la. Hahaha! Jimat seringgit aku. Haha :D

Dah, aku letih nak cerita, penat. Bye! :)