Sunday, 29 May 2011

BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER



Cepat cepat join! Sampai pukul 10 malam ni je.

Nak join? Klik sini ;)

Saturday, 28 May 2011

Day ten : 10 final words


Firstly buat cabaran ni, aku fikir senang tapi tak sebenarnya!

Thursday, 26 May 2011

"Tahniah! Nombor phone anda terpilih bla bla bla..."




Korang pernah tak dapat text macam "Tahniah, number anda terpilih untuk bla bla bla...."
Mesti pernah kan? Okay, aku tak pernah dapat text macam tu but aku dapat call.

Semalam time lepak dengan RS. Tiba tiba number DiGi kot call aku. So aku angkat la. Dia bagi salam, aku jawab la. Okay, orang yg call tu lelaki.

Lepas dah jawab salam, dia tanya


Dia : Ni number 01*26*5**0 ke?
FD : Ye, kenapa?
Dia : Nama siapa ye?
FD : Diana
Dia : Okay Diana. Saya dari bla bla(aku tak ingat, HAHA!). Tahniah, number phone awak ni terpilih untuk bla bla bla....


Panjang lebar dia cakap wey! Aku just hm and ye je. Like seriously malas nak layan. Kalau tiba tiba letak call tu kang, kata aku ni kurang ajar pula. So aku biar dia membebel. Bil dia yg melambung, tak pakai kredit aku pun. Hahahaa! xD

Last dia tanya


Dia : Sekarang buat apa ye? Keje ke?
FD : Tak, tak keje
Dia : Sekolah lagi ke?
FD : A'a, belaja lagi
Dia : Oh yeke? Takpe la. Kalau berminat, call je number saya ni
FD : Okay
Dia : Maaf ye menganggu. Assalamualaikum
FD : Takpe. Waalaikumussalam


Ya, aku tipu untuk mengelak sebenarnya. Sikit pun aku tak terpengaruh dengan apa yg dia membebel tu. Yg last tu, pesal dah lama membebel baru nak tanya aku ni student ke hape? Bengong! =='

Day nine : 10 ways to win your heart


Seriously agak blur nak buat yg ini. Haha! Idk why. Like seriously aku tak tau.Nvm, aku cuba :)



1st : Aku cukup suka bila dapat chocolate dari lelaki and aku anggap dia sangat sweet macam chocolate tu. Hihi xD tak kisah la chocolate murah ke, mahal ke. Janji chocolate! :D

2nd : Kalau aku tengah down, tiba tiba dia nyanyi untuk aku bagi aku tenang. Awww! So sweet! But kena pandai pilih lagu la. Kalau lagu tu meaning dia betul betul mendalam, memang aku meleleh la. Haha xD

3rd : Aku suka kalau laki tu betul betul jaga aku time keluar. Takde nak mengajar aku balik lewat. Selalu balik awal :) maklum la, aku ni suka balik lewat, heee :D

4th : Kena pandai ambil hati family aku. Lagi lagi mak aku tu. Kalau diorang suka, aku lagi la suka! Haha xD

5th : Sape sape yg faham and sabar dengan perangai aku, bagus! :D

6th : Kalau ada yg bagi patung, memang aku peluk tiap tiap hari la! Memang aku sayang orang tu! Heee :D tak kisah la DOMO ke, bear ke. Asalkan boleh peluk :D

7th : Selalu ada dengan aku tak kira time aku happy or sedih :)

8th : Hormat aku sebagai seorang perempuan

9th : Ikhlas dengan aku

10th : Pandai buat lawak :D

Follower ke 111


Cantik kan number tu? Haha xD

Lai lai, tengok sape yg jadi follower ke 111 tu :)


Tu diaa! Blog terbelog yg jadi follower ke 111 wa. Actually dari semalam lagi dia tunggu orang yg ke 110, biar dia jadi yg ke 111. Haha, kesian dia tau. Akhirnya, dapat juga dia nak jadi follower ke 111 kat blog aku yg tak semegah ni.

Nak tengok blog dia?
Check it out! ;)


Okay, tu blog dia. Sila singgah sebab aku tak tau sangat details blog dia. Hihi! xD
http://terbelog.blogspot.com/

Wednesday, 25 May 2011

Follower ke 100 :D


See! Tu dia follower yg ke 100. Yeayy!

Alhamdulillah :) baru seminggu lebih blogging, dah ada 102 follower. Thanks guys. Really appreciate it :)

Okay, ni dia follower yg ke 100 tu.


Nama dia Muni. Aku tak tau sangat pasal dia sebab dia punya entry baru ada dua and follower dia sikit. So guys, follow la dia kalau nak :)
http://thecahayabulan.blogspot.com/


Day eight : 10 of your favourite songs


Yeah, saya minat Bruno Mars. Aww aww hihi xD


1st : Just the way you are

2nd : Marry you

3rd : Grenade

4th : The lazy song

5th : Runaway

6th : All about you

7th : Talking to the moon

8th : Fall for you

9th : Jar of hearts

10th : Price tag

Dari first sampai yg ketujuh je Bruno Mars, okay? ;)

Aku tak sambung belajar




Yes, aku tak sambung belaja kat mana mana samada U or kolej. Sebab? Sebab aku nak pergi PLKN, lantak la dapat kumpulan 3 pun. Kena seksa ke, hape ke, aku tak peduli dah. Boleh la aku jadi ganas sikit, ha ha ha. Ganas la sangat, phuii! =='

PLKN kumpulan 3 start bulan 9. So lagi 4 bulan je aku boleh enjoy duduk kat rumah. Kawan aku yg lain semuanya takde. Diorang semua dah sambung belaja.

Tadi mak cakap takde la jumpa Naza ke, sape ke. Damn! ==' bunyi macam sadis kot, takde kawan. Pergh! Memang takbole hidup tanpa kawan la.

And yes, I'm alone. Aku dah takde kawan untuk ajak lepak, ajak gosip and so whatever. Diorang busy belaja. But nasib baik la Pieka still dengan aku. Even dia sambung belaja, dia still boleh text aku. Macam Naza juga. Sayang korang la! Muah muahh! Hihi xD

Kira nasib baik juga la aku tak sambung belaja. Kahkahkah! Sebab apa? Nanti asyik mengadap buku, tak pasal pasal kena pakai cermin mata pula. Sekarang ni pun mata wa dah rabun derr. BENCI! ==' lepas ni kena kurangkan mengadap PC. Haihhhh.

Thats all, BYE! ;)

Tuesday, 24 May 2011

Day seven : 10 important people




1st : Parents

2nd : BFF *Naza, Nina and Pieka

3rd : Buah hati

4th : Sibling

5th : Adik angkat *Rara, Muja

6th : Kawan kat FB

7th : Cousin

8th : Kawan *ex classmate

9th : Kawan blogger :D

10th : Stalker, HAHA!

Monday, 23 May 2011

Day six : 10 items you can't live without




1st : Phone x10 mini

2nd : My DOMO-kun stuff

3rd : My fav tee's

4th : Aku punya seluar skinny, fav tau!

5th : My handbag

6th : Rantai bentuk hati

7th : My blog! :D

8th : Aku punya novel cinta

9th : My Nikon D3100 :D

10th : Sepit rambut aku <3

Sunday, 22 May 2011

Cuba untuk berubah :)




Yeah, aku nak berubah. Bukan berubah yg negetif, tapi berubah pada positif :)

First yang aku nak berubah, aku nak try jadi mesra alam. Haha xD
Yup, dulu aku sombong. Susah sgt nak buka mulut kalau ada yg tegur. Sebab aku ni pendiam sebenarnya :) sekarang aku nak try ringankan mulut untuk tegur orang and berborak :D dulu aku memilih pasal kawan. Nak kawan yg perfect je. Tapi bila fikir balik, luar perfect tapi dalam busuk, baik tak payah en. Haha xD so aku rasa better kawan je dgn sape yg kita nak, yg penting ikhlas :)

Second, aku nak try jadi seorang yg penyayang.
Takbole bla en? Penyayang konon. Phuii! Hahaha xD okay, seriously aku nak try jadi penyayang. Taknak garang² dah. Buruk benor rupenye. Hihi xD kenapa aku nak jadi penyayang? Sebab aku nak baik dengan budak kecik. Sekarang ni memang aku takbole tengok budak degil. Ringan je tangan nak tampar tau. Then mulut ni senang sgt keluar perkataan tak elok. RS cukup marah kalau aku mencarut even sikit. Heee :D sebab tu aku nak try berubah jadi budak baik :)

Third, apa eh yg aku nak berubah? Tak tau la. Haha! Rasanya tu je la kot. Heeeee :D
BYEEE! :)


Day five : 10 wishes




1st : Aku harap aku boleh complete kan semua koleksi DOMO-kun aku :D

2nd : Aku harap semua kawan aku yg sekarang ni akan jadi kawan aku sampai ke tua and diorang tak kan lupa aku.

3rd : Aku harap aku boleh jumpa kawan time sekolah rendah dulu and diorang still ingat aku.

4th : Aku harap aku takde musuh.

5th : Aku harap semua masalah aku hilang macam tu je.

6th : Aku harap aku ada bilik sendiri, tak kongsi dengan sesiapa.

7th : Aku harap aku dapat laptop sendiri, VAIO :D

8th : Aku harap aku ada scooter sendiri, lepas tu letak sticker DOMO :3

9th : Aku harap aku dapat jumpa kawan FB aku macam Pieka, AlyaAja, ramai lagi la! :)

10th : Aku harap aku dengan dia kekal sampai bila² :)

Thanks Asim :)


Ni header lama aku. Simple sangat kot, kan kan?

Then siang tadi Asim offer nak buatkan header untuk aku, FREE tau! Sape taknak en. Aku pun ON je la. Hihi xD
Lepas tu, baru tadi dia bagitau thru shoutmix aku yang header dah siap. Whoaa! Cepat gila en? Heee :D
Taraaa! Ni la header baru untuk blog aku. Ada DOMO tauuu. Woot woot!



Thanks Asim :) Lawa header ni. Thanks tauuu! :D
I really love it :)

Saturday, 21 May 2011

Day four : 10 things you want to say to one person

*smart gila bilik dia!*

1st : Saya nak awak tau yg saya sayang sangat kat awak tau.

2nd : Saya rindu gila kat awak! Dah lama kita tak meet, kan awak kan? :(

3rd : Saya minta maaf ea kalau saya ada buat awak marah, sedih, kecik hati, terasa and kurang ajar dengan awak. Sorry tau awak! :D

4th : Awak, terima kasih tau sebab hadir dalam life saya and layan saya dgn baik. Awak baik sangat tau! :)

5th : Awak jangan terlalu jealous tau. Jangan risau, saya taknak yg lain pun :)

6th : Saya suka tengok awak senyum and dengar awak ketawa. Sweet tau! :D

7th : Awak jangan berubah tau, saya suka awak yg sekarang :)

8th : Kalau ada yg tak puas hati, bagitau je kay :)

9th : Eh, nombor 9 dah? Haha xD okay. Saya nak bagitau ni! Saya jealous gila dengan rambut awak tau! GRR!

10th : I LOVE YOU! :)

Friday, 20 May 2011

Day three : 10 things you hate


Actually banyak gila benda yang aku tak suka and benci. Tapi cuma boleh list-kan 10 je en. 


1st : Aku tak suka nightmare. Sumpah benci gila babi ah! Sebab bila aku dapat mimpi ngeri, aku mesti asyik fikir je benda tu. Then fikir benda negetif. Haih, lepas tu mula la rasa macam². Marah, sedih. Tak suka tauuu!

2nd : Aku tak suka smoker. Sangat² tak suka! Kalau ada kawan yg smoke depan aku, memang kena la en.

3rd : Aku tak suka orang taip tak betul. Macam gaya rEmPiT. Eeeee! Rimas wey! Lagi² macam gedik. Such as kita jadi itew, makan jadi mam, sayang jd cyunk. Eeeeeeee! Rasa macam nak tampar² je. Hello?! Boleh tak korang taip betul²? Kadang² susah kot nak baca apa yang korang send. Kalau ada yg tegur and guna ayat macam tu, memang aku tak layan la. Byebye la korang. Haha xD Btw, video ni untuk manusia² yg aku cukup menyampah bila guna ayat gedik and tak betul tu.




4th : Aku tak suka faker. Aku tengok sekarang ni kat facebook, ramai yg dah kena. Orang tu pakai gambar orang ni. Macam Eyla, Fyka, Syeera, ramai la en. Tak kan aku nak cite semua kot kat sini. Diorang lawa, tu pasal ramai yg tipu pakai gambar diorang. Betul tak? Nasib baik aku tak lawa, HAHA! :D

5th : Aku tak suka perempuan tu. Ya! Perempuan tu. Aku tak tau kenapa. Siapa dia? Biar aku je yg tau :D

6th : Aku tak suka make up. Ya! Tak suka sangat²! Fyi, aku tak pernah pakai bedak. Time kecik² dulu yela pakai bedak. And fyi, make up buat aku hodoh. Serious! Hahaha xD muka aku tak sesuai pakai make up, tu pasal aku tak suka. And bagi aku, orang yg pakai make up tu plastic! Girls, tak payah nak make up bagai la. Lagi² yg pakai over gila! Pakai lipstick merah menyala, eyeshadow sampai nak lebam mata, pakai bulu mata palsu. YUCKS! Geli doe. Dah macam pondan tak cukup sifat tau. HAHAHA! Pakai bedak, blusher sikit², pakai lip blam sudah. Tak payah nak over sangat.

7th : Aku tak suka kawan yg lupa kawan. Macam dah kenal time sekolah rendah dulu, then tiba² jumpa account FB dia. Bila tanya, 'ingat lagi tak?' Dia macam 'huh? sape kau?' Padahal dulu kemain rapat lagi wey. GRR! Tak suka tau!

8th : Aku tak suka bila aku cakap elok², dia nak tengking² aku pula. Macam CELAKA HARAM JADAH wey! Eeeeee! Menyirap gila! Orang tegur elok, boleh pula dia marah aku balik? @#$%^&! Haih, sabar je la. Kalau dah angin sangat, memang ada yg berdarah la en.

9th : Aku tak suka manusia yg annoying. Kau dah besar, be matured! Jangan nak tergedik sana, tergedik sini. Eeeee! Menyampah wey!

10th : Aku benci ulat. Segala ulat yg lembik, berlendir, segala yg kotor la! Eeeeee! Geli wey! =='

BYE!

Thursday, 19 May 2011

Day two : 10 things you love

*gambar takde motif pun dengan entry ni*



1st : Aku suka number 27. Sebab tarikh lahir aku 27 July. Heeee :D but aku tak tau kenapa aku suka sangat number 27.

2nd : Aku suka surprise. Best kan kalau ada orang buat surprise untuk kita? Surprise ni buat macam kita tak sabar² nak tau apa yg diorang buat :)

3rd : Aku suka kucing. Yup! Suka sangat²! Lagi² kucing parsi. Woohoo! Comel gila! Tapi takbole bela kucing :( Sebab adik² aku ada asma. So memang takbole la nak bela :(

4th : Aku suka chocolate :D kalau boleh, hari² nak makan chocolate. Makan marshmellow dengan chocolate lagi sedap. PERGH! Meleleh wey, HAHA! xD

5th : Aku suka colour purple. Sekarang otw nak suka colour pink. Hihi xD aku tau pink tu macam gedik. Peduli hape aku. Hahaha xD but kat dalam almari aku kebanyakan baju colour hitam :) Tudung and shawl pun banyak colour hitam. Dulu aku suka colour hitam kot, but sekarang still suka juga :D

6th : Aku suka buat benda pelik or merepek. Bukan benda bahaya okay? Tapi makanan. Time form bape nta, aku tak ingat. Setiap kali ada kokurikulum, pegi mcd dulu sebelum pegi sekola. Time tu duit takde sangat, so beli kentang dengan ais krim je la. Then cicah kentang dgn ais krim tu. Sedap wey! Kadang² makan milo dgn biskut Jacob. Makan chocolate cadbury yg 1 dua posen tu dgn roti. Korang try la :D actually banyak lagi benda merepek, malas nak cite banyak :D

7th : Aku suka Barbie. Time kecik² dulu, banyak gila wey beli Barbie. Ada la dalam 1 beg sekolah. Tu pun tak muat tau. Ada lebih lg. Hahahaha! Aku ingat lagi, first time aku dapat Barbie time birthday. And aku ada 2 Barbie theme yg sama. Kalau aku cite pun, bukannya korang tau Barbie apa. Betul tak? Haaa! Tau sangat :p Walaupun sekarang ni aku dah besar, time kelua mana² mall and ternampak Barbie, mesti aku tengok semua Barbie :D

8th : Aku suka suasana romantik. Best tau! Hihi xD kalau orang yg romantik pun aku suka. Taknak la over sangat romantik tu, kang aku meluat pula. Biasa² je dah ah. Haha :D

9th : Aku suka lepak. Yeah, dulu aku selalu sangat keluar dengan kawan aku. Ada la dalam setiap minggu. Kalau tak ke One Utama, aku lepak KL. Tu pun dengan Nina. Kalau keluar One Utama, dengan Naza je. But now, aku dah jarang gila nak keluar rumah. Lepas kes simbah acid tu la. Haram jadah punya jantan ==' Takut kot nak keluar lepas ada kes tu.

10th : Aku suka barang yg comel. Benda² yg kecik la. Eeeee! Comel gila! Macam aksesori la, cincin, rantai, gelang. Suka gila la! Lagi² kalau benda tu warna dia warna warni la. Menarik gila!



Dah cukup kan?
Okay, BYE! :D

Wednesday, 18 May 2011

Day one : 10 things about you


*saje gedik letak gamba yg tak bape nak lawa ni*

Whoaa, 10 benda tentang aku. Okay, kat entry aku ni la korang boleh tau semua pasal aku :)

1st : Nama penuh aku Fatin Diana binti Othman :) Nama ni mak aku yang bagi. Aku tak kisah pun orang nak panggil Fatin ke, Diana ke, asalkan bukan yang pelik. Kalau pelik tapi bunyi macam comel tak kisah la. Heee :D Actually kebanyakan yang panggil aku Fatin cuma family and orang terdekat je, macam saudara mara and cousin aku. Dekat tempat tinggal aku yg lama dulu pun ramai yg panggil aku Fatin. Start pindah kat Damansara ni ramai yg panggil Diana. Tak kisah la nama apa pun but still nama aku kan :)

2nd : Aku ni senang menangis. Yeah, aku tau korang mesti fikir "Gedik sial nak nangis² ni. Macam budak kecik je. Eeeee! Menyampah gila!" Kan kan? Mesti fikir macam tu en? Haha! Lantak korang la nak benci aku ke hape ke, macam aku kisah pula en. Kenapa aku senang nangis? Aku pun tak tau la. Kalau tengok cerita romantik yg agak tersentuh perasaan, mula la meleleh. Lagi satu kalau kena tengking sikit, mesti rasa macam nak nangis. Sensitif gila wey! Nina and Naza kenal sangat aku ni :D Diorang selalu marah kalau aku nangis. Heeee :D Sorry la wey, aku takbole control air mata kot :D and and kalau aku marah orang, aku sendiri akan nangis. Pelik en? :D

3rd : Aku selalu marah orang. Mangsanya siapa² yg buat aku marah la. Ingat lagi time sekolah dulu. Ada la dalam 3 or 4 orang budak laki ni, suka sangat sakat aku dengan Mia kat sekolah. Manusia tu Helmi, Azeem, Amin. Kadang² si Zarul sibuk nak join diorang. Ada sekali tu aku dah bengang sangat, aku dah simpan kayu kerusi yg dah patah kat dalam laci meja. Sekali tu bila diorang nak sakat lagi, aku gertak tunjuk kayu tu. Diorang gelabah sikit je. Dia buat lagi, aku betul² takbole tahan dah. Aku terus baling kayu tu kat diorang. Terdiam terus kau! Hahaha! xD so siapa² yg nak berkawan dengan aku, kena faham dulu aku ni macam mana. Nak bergurau pun agak² la ea sayang? ;) and lagi satu! Kalau aku terlampau marah sangat, aku diam je :)

4th : Aku sombong sikit. Yeah! Aku SOMBONG tau weyyy! Haha xD sifat nak berkawan tu takde sangat actually. Aku ni kadang² memilih juga kalau nak berkawan. Tu pasal kawan aku tak ramai. Padan muka aku kan? Haha! Now aku rasa macam nak mesra sikit la. Sikit je pun. Haha xD

5th : Aku ni umur je 18, tapi pendek. Haha! But nasib baik la ada geng. Siapa? Aku bagi capital je la eh. First, N. Second, P. Third Y and last capital R. Hihi xD geng aku bukan sorang je tau. Ada 4 orang tau. Kan korang kan? Heee :D Wey wey, aku sayang korang tau! Heee :D geng aku tu 2 orang sebaya, sorang 19 and sorang lagi 17 :) Semuanya aku sayang! Okay, keluar topik pula. Haha! Aku tak tau la aku pendek macam umur berapa tahun but a few people ada yg tanya "form bape ni?" for now yg paling muda diorang fikir aku ni form2. Whoaa! Muda gila wey! Haha! Suka suka! Kalau ada yg tak kenal aku, mesti diorang fikir yg Mirul, adik aku tu, abang aku. Hahaha! Yeah sebab dia lagi besar dari aku. Adik aku yg Darlina tu pun otw nak besar dari aku =='

6th : Aku kuat makan :D Yeahh! Aku kuat makan. Selalu makan makan makan. Even takde mood pun, nafsu makan aku tu jadi melampau. Sampai tengah malam pun still nak makan. Gila ah! Lagi satu yg pelik. Aku makan la banyak mana pun, badan still kecil. Tak besar² pun. Even berat badan aku pun maintain je dari form 4 and form 5. Around 40 lebih la. Tak pernah cecah 45. Aku tak tau la samada masalah tumbesaran or what. But seriously aku nak gemuk! Bukan gemuk yg melampau but agak berisi la. Takde la kurus sangat. Aku ni kurus kot. Jealous tengok kawan aku yg agak berisi. Boleh bagi tips macam mana nak naikkan berat badan? :D

7th : Aku ada parut kat dahi sebelah kanan. Haaaa! Macam mana ada parut? Meh sini nak cerita. Haha xD time kecik² dulu agak buas and nakal. Alaaa, biasa la budak². Mana ada budak yg tak nakal en? Tipu la kalau ada. Hahaa! Time kecik dulu, tak ingat la umur bape time tu. Main kejar² dengan cousin kat bawah. Time tu duduk kat flat, saudara pun duduk flat yg sama and blok yg sama. Sweet kan kitorang? HAHAHA! Tengah main kejar² tu, diorang lalu kat longkang kecik. So aku pun kejar la lalu kat situ juga. Kat longkang tu takde pagar kecik. Rasanya aku tak perasan kot ada longkang. Sekali tu, hamek kau! Aku termasuk dalam longkang tu. Rasanya pengsan kejap kot. Bila sedar, aku nangis² and tengok kat siku ada luka. Terus pengsan lagi. Hahaha! Sedar² je dah ada kat klinik. Baru lepas jahit. Aku tak ingat pula bape jahitan kena. Benda dah lama en, memang tak ingat ah :D

8th : Haaaaa! Yg ni penting! Untuk sesiapa yg selalu text aku la. Selalunya kalau aku text, aku jarang gila pakai shortform tau. Aku selalu text pakai ayat penuh even aku tengah busy sekali pun! Kalau aku banyak pakai shortform means aku takde mood, malas, sakit hati or so whatever. So korang faham² la ea kalau aku text macam nak taknak :)

9th : Aku ni jenis memilih bab makanan. Jangan fikir yg aku ni jenis suka makan yg mahal². Bukan okay?! Aku makan makanan yg mampu je. And aku jarang nak mencuba makanan yg aku tak pernah makan. Aku jarang makan seafood. Takde alergic pun, cuma memang tak makan la. Yg aku tak pernah makan sotong and kerang. Lagi satu! Aku tak makan makanan pedas. Kalau pedas, memang kena prepare air sejuk banyak². Satu gelas je tak cukup, seriously! Haha!

10th : Eh, sepuluh dah? Hahaha! xD Okay, yang last ea. Hm. Fikir fikir ==' Okay, dah! Aku ni jenis suka pendam. Aku suka sangat pendam rasa marah, sedih, segala yg negetif la! Then lama², aku sendiri yg sakit. Aku suka cari pasal, bia orang menyampah dgn aku. Aku tak tau kenapa. Haihhhhh =='

Okay, tu je la kot. Pergh! Lama gila aku nak update entry ni. Dari pukul 2 lebih tadi asyik menaip and fikir, pukul 5 baru publish. Hahahaha! xD

OKAY, BYE!


Monday, 16 May 2011

New blog, new story! :)


Hello people! ;)

Okay, ni blog baru aku. Blog lama aku kena virus kot. Tu pun nasib baik Cik Pieka bagitau yang blog aku kena virus. Aku tak tau nak betulkan blog tu, so aku buat blog baru. Heeeee :D nak bagitau tu je.
Oh by the way, tujuan buat blog baru ni sebab nak lupakan semua kisah kat blog lama. Plus, blog lama tu banyak cerita yg tak berapa nak matang. Cerita budak sekolah, biasa lah ;)


Bye! :D