Holiday - Terengganu

December 15, 2011 Fatin Diana 3 Comments



14 and 16 December pegi Terengganu pula. Tujuan yang sama, abah ada keje. Sampai je Ganu, terus pegi Tasik Kenyir. Abah nak tengok tempat projek dia. Aku dengan yang lain tunggu abah kat tempat lain. Agak bosan la sampai aku pasang lagu and Sarah nyanyi². Lepas abah tengok tempat projek dia, kitorang terus gerak jalan² pegi Pasar Payang kot kalau tak silap aku nama tempat tu. Kat area sana aku minta mak belikan kain batik. Hihi! Warna merah k, cantik! Murah je pun, RM20.
Lepas beli barang kat sana, terus cari kedai makan sebab time tu dah nak magrib. Kali ni tempat makan sedap. Tak macam kat Kelantan, tak syok. #sorry kalau ada blogger yang asal dari Kelantan. Dah makan makan, cari tempat penginapan pula. Abah bawa pegi chalet Dara Inn. Sampai je kat bilik, terus rehat. Memang letih sangat! Malam tu tidur puas².
15 December siang tu pun relax habis² sebab abah kelua pegi meeting pula. Malam tu baru la keluar jalan² cuci mata. Oh lupa pula, kitorang pegi Kuala Terengganu. Hihi. Kat sana malam² ramai budak² keluar naik fixie en. Rasanya kat sana lagi ramai main fixie berbanding kat KL ni. Syok gila aku tengok diorang bawa basikal tu. Colourful gila! Memang meriah la. Lagi satu ada double sit ea fixie ni. Smart pula aku tengok. Paling takbole bla bila tengok lelaki pakai fixie warna pink. Phewitt! Hahaaa! Lawak bagi aku k. #psstt! time tengah ronda² tu, aku tengah OTP dengan "dia". abah pun ronda macam tu je, tak ajak turun. mak je yang bersuara "alaa, jantan tepon". aku sengih je. hahaa! xD
16 December siap² nak check out dari chalet tu. Then pegi cari rumah kat sana. Maybe nak pindah sana dalam next year :'( banyak rumah kosong, ada yang lawa². Mak dengan abah berkenan satu rumah teres dua tingkat tu. Cantik la juga aku tengok. Rumah tu macam baru siap. Takde siapa lagi yang pindah situ, memang kosong. So baru la en. Mak pun macam excited nak rumah tu. Hihi! Kalau ada rezeki, dapat la pindah sana.
Tapi aku taknak pindah! Taknak tinggalkan Damansara :'(

Seriously penat oh sejak balik PLKN. Ada je benda nak buat. Keluar sana, keluar sini. Jalan sana, jalan sini. Sangat letih okay! Kadang² sampai takde masa nak mengadap blog and FB. Haihh. Okay la, sampai sini je aku melalut.


Bye! :)

You Might Also Like

3 comments:

tak pernah merasa pon cuti2 malaysia semua ni....

Dianaa said...

Yeke? Kesiannya. Nanti ajak la family atau kawan² pegi brcuti :)

tenku butang said...

bestnya holidah kat terengganu.. teman x sampai lagi ke terengganu..