Outting with friends

Cuti sem :D

December 08, 2011


5 November hari tu kan kem bagi cuti untuk Raya Haji. Family aku tak balik kampung pun.
6 November pergi rumah saudara kat UIA, Gombak. Makan makan, jumpa saudara and sepupu bagai, Borak² dengan diorang. Banyak yang diorang tanya pasal kem. Aku pun excited nak cerita. Hihi!

7 November keluar dengan kawan² yang dalam gambar tu. Dalam gambar tu aku, Nina, Izzy and Wafiy je kawan aku. Laki yang pakai cermin mata and berseluar pendek tu kawan Wafiy. Aku tak ingat nama diorang. Yang snap picture ni Masitah, kawan aku dari kem PLKN tu. First aku gerak dengan Wafiy dari Kepong Sentral. Wafiy cakap aku nampak gemuk sikit. GRR! Tak suka! Yang Nina pula dia nampak kurus dari aku. Huwaa! :'(
Kitorang jalan² macam biasa. Pergi TS, BB, Pavi. Kat TS aku belikan sateen shawl untuk kawan aku yang kat PLKN tu. Sampai 4 helai kauuu! Haa! Kemain banyak lagi. Jalan² kat Pavi pula aku nampak barang Domo. Ada beg tarik Domo, harga dia RM400! Bapak ahhh! Mahal gila. Lepas tu nampak patung Domo yang besar. Tinggi sampai bahu aku je. Eeee! Geram gila ah tengok! Plan nak balik awal, sekali tu balik malam juga. Tak perasan kot. Tapi memang best bila lepak ramai².

8 November balik kem. Sebelum balik kem, mak belanja makan nasi briayani kat Selayang. Ngehehe! Aku tibai habis². Dah lama tak makan sedap la katakan. Tehee :D sampai je kem, cikgu terus minta phone. Ceitt! -,-
Cuti 4 hari tu, aku asyik busy je. Memang tak lekat kat rumah. Ada je yang booking aku. Hihi! :')
#tapi tak dapat jumpa Naza :'(

You Might Also Like

0 comments