Movie

Review movie: Pocong Ngesot

September 07, 2011




Tadi lepas balik dari Wangsa Maju, aku terus control tv. Ngehehe xD lepas tu tengok la ada cerita menarik ke tak. Buka channel 952, ada tajuk Pocong Ngesot. Aku pun terus tekan OK la. Tengok cerita hantu siang², memang tak rasa apa la en. Time aku baru buka tu, cerita dah start 20 minit macam tu kot. Tak sempat nak tengok awal². Aku tengok cerita ni sorang². Adik aku sibuk main iPad. Abah dengan iPhone dia kat bilik. Mak aku tengok Sarah khusyuk main iPad tu.

Aku tengok cerita hantu ni tak seram langsung. Lawak ada la, serious! Mak aku ajak keluar pun aku taknak sebab nak layan cerita indon tu. Mak cakap "ang gelak la sorang² tengok cerita tu". Memang aku gelak sorang² pun, takde sape nak temankan aku tengok cerita hantu indon tu.

Cerita ni pasal si Asep jumpa dukun sebab apa nta, tapi berkaitan dengan couple la #aku tak tengok starting cerita ni. Asep ni dari kampung, dia duduk dengan lagi 3 4 orang lelaki kot. Lepas tu diorang kena kacau dengan posong ngesot and dua toyol. Oh ya, ada sorang pondan duduk dengan lelaki² tu. Pondan tu yang buat cerita hantu tu jadi lawak. Dah la pondan, gagap pula tu. Hahahaa! Memang takbole lupa la. Eh, terlupa pula. Ada 3 orang perempuan dalam cerita ni. Perempuan tu pun kena ganggu dengan hantu² tu juga.

Part yang buat aku gelak bila salah sorang lelaki tu nampak pocong, then pocong tu boleh pula jelir lidah. Lelaki tu pun balas jelir lidah. Tak pasal² lelaki tu macam sawan, asyik jelir lidah je. HAHA! Sumpah lawak k. Lepas tu lelaki tu terserempak dengan pondan tu. Lelaki tu macam nak jilat je keje dia. Pondan tu dah gelabah, pondan tu tolak kepala lelaki tu and arahkan ke punggung dia. Sekali tu, hamek kauuu! Pondan tu kentut kat muka lelaki tu. HAHAHAHA! Lagi satu part pondan tu kentut kat muka pocong tu pula. Lawak gila, kan?

Tapi ending cerita ni macam blur. Semua orang berkumpul kat hutan, then ternampak pocong tu. Diorang takut and lari, terus the end. Pelik en? Korang yang ada langgan channel box office, try la tengok cerita ni. Seriously tak seram, lawak ada la.


Bye :)

You Might Also Like

10 comments

  1. akk penakot. mmg tkan tgk sorang2 even siang siang hahhaha

    ReplyDelete
  2. hee..cuba try tgk malam2...mesti lagi best kan..heee~

    ReplyDelete
  3. Tengok malam² lepas tu gelak kuat². Confirm best kena marah dengan mak. Haha xD

    ReplyDelete
  4. Ini film kesukaanku... salam kenal ya mbak...

    ReplyDelete
  5. Oh ya? Hihi! Salam kenal juga

    ReplyDelete
  6. totally agree with you , cerita nih lebih kelakar dari seram ;D

    ReplyDelete