Monday, 29 August 2011

Final Destination 5


Sabtu hari tu tengok movie, cite Final Destination 5. Mula² tengok tu macam takde apa sangat. Part kat jambatan tu yang ngeri tau. Si Sam ni macam dapat bayangan masa akan datang. Dia nampak apa yang jadi time kat jambatan tu. Semuanya mati cara tragis, memang ganas gila! Aku banyak tutup mata kot, haha! #baik tak payah tengok en, membazir je. nasib baik percuma.
Setiap kali part orang accident or hampir² nak mati, aku mesti tutup mata. Serious aku tak sanggup nak tengok! Takut gila k! Aku tengok cite hantu pun takde sampai nak tutup mata. Patut a cite ni cuma untuk 18 ke atas. Kalau budak² tengok pun takut kot. Aku sarankan orang yang berani je la yang tengok cite ni. Tapi serious cite ni best!

UPDATE!

Ni first scene #saje nak share dengan korang :3 Part ni time Candice jatuh tu aku tutup mata. Serious banyak kali aku tutup mata, ngeri kot. Si N tu boleh bantai nak tidur. Nasib baik tak pakai duit. Kalau pakai duit, memang rasa rugi ah tengok wayang tu.
Sebelum tengok movie ni, N tanya aku pernah ke tak tengok dari first sampai 4? Aku cakap lantak ah tengok ke tak, atleast ada juga yang aku tengok sebelum ni. Bukan tiba² je aku tengok yang ke 5 terus. Benda macam ni je dah berdebat dengan dia, bengong en? Haha xD

Bye! :)

Thursday, 25 August 2011

Hari ni dapat dua surat! ;)



Pintu tak berkunci, orang ketuk pintu. Kalau adik² aku balik sekola, diorang terus tolak pintu and masuk rumah. Bila intai kat lubang, rupa² abang posmen kat depan pintu. Segan a nak buka pintu time tu sebab aku tak mandi lagi #time tu pukul 1 lebih kot. Pelik dah sebab aku rasa aku takde pape urusan. Aku tengok surat kat tangan abang posmen tu, aku dah mengeluh. Sebab aku nampak logo PLKN tu. Brrr =,=

Dah isi apa yang patut, abang posmen tu bagi lagi satu surat. Haaa! Surat tu la yang aku tertunggu-tunggu. Hahaa! Nak tau? Jom tengok! :D


Surat cinta dari PLKN

Berdebar nak buka, haha!


Dah siapkan tiket bas tu, takbole bla betul! Hahaha! Mula² mak yang buka surat ni. Aku buka surat lagi satu. Ngehehe xD
Kat dalam sampul dari PLKN tu, banyak gila borang kena isi =,= lepas tu aku nampak borang surat kebenaran ibu bapa. Aku cakap kat mak "mak, mak tulis la kat sini tak benarkan" #sambil tunjuk surat kebenaran tu. Mak aku cakap "dibuatnya karang orang tu nak surat kesihatan dari doktor, nak kata apa kang? ang bukan ada penyakit pape pun". Haihhhh, taknak pegi ;(




 Surat dari blogger :D



Cantik kad raya ni :D


Tulisan cantik woooo! Jealous aku tengok. Kertas bentuk love tu siap ada bedak, wangi tauu! Hihi xD tengok tu, kita dapat duit raya dari blogger. Dua kupang je, duit juga en. Tehee :D
Thank you Cik Bell, muah muahh! Hihi xD


Bye! :)


Berbuka puasa di Tropicana Golf & Country Resort Damansara


Mak cakap company tempat keje abah tu buat dinner khamis. Lepas tu tiba² abah cakap buat hari rabu(semalam)
#entry kali ni banyak gambar kot, malas nak cite panjang xD layan je ea. Kalau taknak, sila bla ;)


Sumber dari Google


Baru je sampai kat Tropicana, Damansara :)
#handbag pink tu mak gua punya k, haha


Adik² bawah aku,
Mirul - 17 tahun
Darlina - 11 tahun
#time ni still tercari-cari orang yang abah aku kenal. maklum la, baru first time pegi situ kot. tehee :D


Akhirnya, dah jumpa tempat and meja untuk family kitorang. Duduk je, terus waiter tuangkan air sejuk dalam gelas #psstt, abang waiter tu senyum kat kita la. haha, gehgeh xD Then abah suruh ambil makanan, takut nanti orang ramai.


#time aku nak captured gambar ni, adik² aku bising. kecoh doe =,=
Aku ambil nasi briani lauk daging hape nta, siap ada kuah pula untuk daging tu. Serious sedap gilaa! Tapi liat ah, spoil betul =,= time aku nak potong kecil² daging tu, sikit je lagi nak terpelanting. Sikit je lagi tauuu! Nasib baik tak terpelanting, kalau terpelanting la daging tu memang aku malu ah en. Haha xD
Lepas makan nasi, dessert pula :p aku ambil ABC. Dah lama tak makan ABC tauu :D manis gila wehhh!


Abah, mak dan anak sulungnya. Ngehehe xD
#gambar agak blur sikit, saje je letak gambar yang tak bape clear :D
Time ni aku melantak roti canai pula. Memang pelahap habis² la =,=


FD and ID :)


With Sarah, si pemusnah phone aku. HAHA! #nasib baik phone dah okay, hantar kedai hari tu.
Time ni aku baru je lepas makan apam balik. Agak banyak kot aku makan semalam, perghh!


Eh, abah buat muka! Hahahaa! Susah tau nak ambil gamba time dia buat muka. Lawak la pula, haha!
Time ni semua tengah borak², tak larat nak makan dah. Ngehehe xD


Ni la baju raya kitorang. Tengok la tu, adik aku tu suka sangat tiru aku tauuu! Baju nak sama je, lepas tu pakai jeans hitam juga. Dia pakai cardigan lama aku, aku pakai yang baru beli tu laa. Tehee :D nasib baik dia ambil baju warna biru. Sebenarnya dia nak warna putih juga, tapi warna putih dah habis. Lega aku tauuu! HAHA! Tengok gaya tudung, nak sama juga. Eeee! Menyibuk doe adik aku tu! Hahaa xD


Abah and mak


Dengan satu²nya anak teruna diorang yang kurang ajar tu! =,=


Jam dari capital N :')


Dengan mak


Nak balik dah, byeee! Hihi xD
Darlina tu baru je dapat phone, tu pasal asyik pegang phone je.


Dah jumpa kereta dah, nak balik.


Bye! :D

Tuesday, 23 August 2011

First kad raya :D



Teheeee :D first kad raya yang aku dapat. Ni pun dari blogger.

Solicious StoriNori
*klik header kat atas ni

Solicious yang bagi kad raya kat aku. Aku dapat kad raya ni pun pasal join GA dia yang INI. Ngehehe :D
Thanks Solicious sebab bagi kad raya :D


Bye! :)

Dah start buat kuih raya! :D


Almond London

Ni baru je tadi buat. Perghhh! Meleleh air liur tengok chocolate tuu. Geram gila aku tengok! Hahaa! Yang ni mak ndak order kat mak aku. Untuk family aku punya buat nanti. Aku ambil gambar ni time chocolate tu still cair. Berkilat tuuu, weeee~! Adik aku yang Sarah tu dah makan sikit. Dia la tukang rasa makanan time bulan puasa ni, haha xD


Kuih Semperit

Kuih ni buat malam nanti. Buat untuk tok wan! Hihi! Fyi, tok wan aku suka kuih ni sangat² and tok wan cuma makan kalau kuih tu mak aku yang buat. Kalau orang lain buat kuih tu, dia tak makan tau. Hebat en mak aku tu. Sampai tok wan taknak orang lain punya, nak anak dia punya je. Ngehehe xD

Tapi kan, aku jarang makan kuih yang mak aku buat. Time raya pun aku lebih suka makan kuih bahulu. Yang tu memang aku hantu, HAHA! Seriously k, aku suka kuih bahulu berbanding mak aku punya kuih. Lagi² kuih bahulu yang kat kampung punya. Opah selalu beli kat sape nta, memang superb la! Lembut pula tu, sedap gilaaa!


Time tolong mak tabur kacang kat atas kuih almond london, borak kejap
Mak : Khamis nanti kita berbuka kat luar
FD : eh, abah balik ke?
Mak : a'ah, esok abah balik. kali ni tak tau berbuka kat mana
FD : company buat?
Mak : a'ah. abah dah siap bagi nama kita 6 orang dah. pakai baju raya la kita nanti. haha
FD : tak kan pakai baju raya kot? alaa

Tahun lepas company tempat keje abah ada buat kat Hotel Hilton, tapi aku tak pegi sebab berbuka dengan kawan. Kali ni aku nak pegi! Tapi taknak pakai baju raya :( hahahaa! Baju raya tu tunggu raya nanti la, kan kan? :D


Dah nak raya nanti aku nak try buat macaron, ambil resipi dari Ieka :D nanti mak tolong cari bahan². Maklum le, teman ni tak tau bahan² buat kuih. Ngehehe xD insyaAllah kalau aku buat macaron tu, aku tunjuk ea ;)


Bye! :)

Monday, 22 August 2011

DOMOOOO! :D


Mymum Shoppie
*klik gambar untuk ke online shop Mymum Shoppie

Online shop tu adik Muja yang handle. Btw dia ada jual stuff DOMO!

Tengok tuuuuuu! Ada keychain, pencil box. Aku nak beli pencil box, tapi mak tak bagiiii :'( mak tanya "nak buat apa? ang sekola ke?". Brrr =,= nak buat koleksi la makkkk! :D

Pin DOMOOO!

Yeah I'm single #weh, aku bukan single k. HAHA!

Aku ada order dua tuuu. Pin DOMO tiga and pin Single tu. Kenapa aku beli tiga pin DOMO? Aku bukan tamak la weh. Aku beli pun nak kasi kawan aku sama. Diorang pun dah gila DOMO macam aku, aku yang hantar virus kat diorang. HAHA! Mula² aku order pin single tu sebab aku single time tu. Time tu je, sekarang tak k. Hahaa! :D

Pin DOMO;-
Aku

Pin SINGLE;-
Naza :D
#dia single, but not available ;)

Kalau aku dapat BE dari Nuffnang and duit belambak, aku nak buat GA untuk peminat fanatik DOMO yang macam aku. InsyaAllah ;)

Korang tengok² la barang kat Mymum Shoppie tu. Mana tau kot ada barang yang korang berkenan. Jangan risau, harga murah k! Seriously sangat murah! Pin rm2 je. Kalau kat tempat lain dalam rm2.50 or 4 pin rm10. Mahal en? Kalau beli kat mana² pun, cuba kira dengan tambang korang pegi tempat tu, tak ke macam sama je kalau beli kat online shop? Aku rasa lagi bagus beli kat online shop #tu pada pandangan aku la, tak tau la pada korang macam mana :D pape hal pun, survey dulu barang kat situ and bandingkan harga. Btw, ada jual stuff Angry Bird juga ;) excited tak, excited tak? HAHA!


Bye! :)

Menang contest! :D


Wa menang contest! First time menang contest k. Alhamdulillah :D tak percaya ke? Tengok gambar kat bawah ni,

*klik gambar untuk lebih jelas.

Walaupun cuma dapat topup rm10, bersyukur la juga. Atleast menang la juga. Aku menang contest yang INI / INI :) btw, thanks Salwa :D lepas ni kalau buat contest or GA, jemput la lagi ea. Hihi xD


Bye! :)

Sunday, 21 August 2011

Shopping raya


Tumblr_lq1i8ljuuj1qituglo1_500_large
Sebelum puasa hari tu ada shopping sikit. Shopping kat The Store Sungai Buloh je pun. Kat sana cuma shopping sikit je :( beli blouse. Baju tu macam gambar kat atas. Warna putih, lengan panjang. Kain lembut! Memang sedap ah pakai. Adik aku yang number 3 tu sibuk beli baju macam aku juga, tapi warna pink.


Tumblr_lpwca3ounq1qjjwkvo1_500_large
Lepas dapat beli baju, cari seluar pula. Aku cari skinny warna kelabu. Memang dari dulu lagi aku nak cari skinny kelabu, akhirnya dapat jugaa! Yang paling best, seluar aku size 28, adik aku yang number tiga tu size seluar dia 30. KAHKAHKAH! Happy-nya aku. HAHA! Sepatutnya aku punya size lagi kecil dari 28 tu, tapi disebabkan paha aku yang agak besar and berisi, kena la beli size besar sikit :( takpe, asalkan aku punya size lagi kecil dari size adik aku. HAHA! :D

Tu je yang aku dapat time sebelum start puasa
#aku cite part aku je, tak cite part adik aku yang lain beli apa.

__________________________________________


1233273_anjalookbook1small_large
Semalam shopping lagi, kat The Store Sungai Buloh LAGI! Hahaha! Macam takde tempat lain pula nak shopping en. Kat luar The Store tu ada jual cardigan, murah pun murah. Alaa, yang orang Siam niaga macam² baju and seluar tu. Aku rasa dah merata tempat kot orang Siam tu jual, kan kan? Tak kan la tak tau kot. Tipu la kalau perempuan tak tau en :p


Tumblr_ljw4jgzj111qiennwo1_500_large
Kat The Store semalam ada kasut macam kat atas ni. Sumpah comel gilaaaa! Warna putih. Tapi sayang, takde size lain :( tinggal yang display tu je. Yang display tu muat² tapi bahagian depan besar. Akak tu cakap sebab tu kan display, ramai yang try. Memang besar sikit ah en. Takpe, bila² kang aku nak cari juga kasut macam kat atas tu. Seriously comel gilaaa! Dengan riben comel kat depan tu, lagi² comel ah en! :D


Lepas berbuka kat The Store Sungai Buloh, pegi Jusco Kepong pula. Kat situ ada SALE! Memang sale gila² ah bila raya dah nak dekat ni. Sampai 70% pun ada!


131357085023942_large
Kat Jusco, aku pegi kat port Applemint #tak reti ah nak eja. Kat situ aku nampak baju yang aku berkenan. Serious aku suka gila dengan baju tu. Harga dia RM60 lebih, ada less sampai 70% so dapat la dalam 18 19 hengget. Murah gila, kann? Adik aku yang number tiga tu pun SIBUK LAGI! Dia ambil baju yang lebih kurang macam aku punya, tapi warna biru. Aku punya warna putih.
Lepas tu aku pegi bahagian VOIR pula. Cari skinny hitam. Harga dalam RM 120 and ada less 50%. Aku pegi try seluar, then terus suruh akak tu tulis. Yang mak dengan abah pelik "aik, terus amik?". Aku sengih je, haha :D mak terkejut tengok harga sebab murah. Kalau nak ikutkan nafsu aku, nak je aku rembat dua tiga helai baju pasal ada sale en. Tapi design pula tak menarik. Takpe, ada masa lagi nak shopping :D
Tahun ni serba hitam putih :3


Bye! :)

Saturday, 20 August 2011

Ben Ashaari follow blog kite. Ihik!


Assalamualaikum,


Hohoho! Selalunya aku tengok kawan² dalam blog aku abg BA follow diorang. Agak jealous la juga, haha xD mana tak nye, blogger famous amous follow blog diorang. Aku pun nak juga, ngehehe xD sekarang ni abg BA follow blog aku. Serious terkejut!
Thanks abang BA :D


Bye! :)

Bila bosan,


Bila aku bosan, aku cuba cari bakat #ayat takbole bla. HAHA! Yelaa, tangan aku ni takde seni. Tak percaya? Cuba tengok hasil tangan aku kat bawah ni.


Banner ni aku buat untuk kawan aku, kira macam bff aku dah budak ni. Ngehehe xD klik banner untuk terjah blog dia.
Pieka ni aku kawan dengan dia lama dah, tapi sekali pun tak pernah jumpa =,= yela, kenal zaman myspace dulu. Lama gila, kan? HAHA!




Lepas tu tiba² nak buat doodle. HAHA! Macam lawak pula aku tengok sebab macam senget. Tu la aku kata, tangan aku ni takde seni. Kadang² aku main badminton pun senget² #ni bukan seni dah tau, HAHA! Serious tangan aku takde bakat :'(


Bye! :)

Thursday, 18 August 2011

Oh phone! :(


Tajuk phone, tapi ada gambar adik aku. Apa kes? Hahaa! Budak ni tangan dia keje nak jahanamkan barang je tau.


Aku pakai phone ni. Macam biasa adik aku nak main phone aku. Dia main game, dia dengar lagu. Punya lama dia main, tiba² dia bagi phone kat aku balik. Aku tengok phone aku dah jam, lepas tu tiba² screen tak bercahaya. Ah sudahhhhhh! Phone aku takbole pakai. Aku nak try off pun takbole sebab phone tu touch screen. Aku nak touch celah mana pula en. Aku masuk bilik nangis² dah pasal phone rosak #mengada gila en? Aku sampai campak² phone tu kat lantai. Adik aku yang darjah lima tu cakap "baling la kat bawah terus". Brrr =,= tak pasal² kang aku campak dia kat bawah pula.

Yang Sarah ikut aku keluar masuk bilik #Sarah tu la yang jahanamkan phone aku. Muka dia macam takut² pun ada sebab aku asyik jeling dia. Dia tau kakak dia tengah marah dengan dia. Aku rimas, aku terus jerit kat dia suruh keluar bilik #teruk gila en aku ni. Lepas tu aku selongkar segala benda yang ada dalam bilik aku tu. Motif cuma nak cari phone lain. Actually kat rumah aku tu belambak phone, tapi ada setengah tu dah jahanam.

Punya lama aku geledah bilik aku, aku jumpa satu beg kecil. Dalam beg tu la ada macam² phone. Ada dalam 3 4 jenis la. Then aku rembat phone Nokia 2300. Aku try on, tak dapat. Lepas tu aku kelua bilik, try charger mak aku punya. Takbole sebab lubang besar, batang tu kecik sangat. Lepas tu aku selongkar kabinet and tempat bersepah bawah pc ni. Cari punya cari, jumpa charger batang besar. Alhamdulillah, nasib baik phone tu boleh pakai. Tapi sakit tangan woo nak taip messege. Takpe, asalkan boleh pakai :D

Phone canggih pun tak lama mana pun boleh pakai, baik pakai phone cikai je. Function sama je, text and call. Gambar, video, semak je semua tu.
#sape nak tiket wayang free? TGV ONLY. expired 31 august. ada satu je, aku nak bagi free ni. area KL sahaja, okay? ;)


Bye! :)

Wednesday, 17 August 2011

"Janji!", boleh percaya ke?


Tumblr_lbduxslfsy1qcfyldo1_500_large

Aku benci dengan orang yang suka main dengan perkataan JANJI. Selalunya yang banyak berjanji ni dalam hubungan orang yang tengah bercinta, SELALUNYA k. Kalau dalam persahabatan, jarang kot. Dengan family? Jarang juga rasanya #tu pendapat aku.

Antara ayat yang biasa dengar;
(COUPLE)
"bby, b janji b tak tinggalkan bby"
"babyy, I'm sorry. I janji I tak buat lagi dah. I sayang you sorang je"

________________________________________

(KAWAN)
"weh, sorry doe. aku tak sengaja ah. nanti aku ganti balik, aku janji"
"pinjam 10 hengget weh. aku janji ada duit nanti aku bayar balik"


Hell-o?! Tak payah nak ayat manis sangat time nak janji boleh tak? Sumpah benci k. Macam ni la, JANGAN JANJI KALAU RASA TAKBOLEH NAK TUNAIKAN.

Even kau janji nak jumpa pun, better kau janji time hari tu juga. Jangan janji minggu lepas nak jumpa hari ni, batang hidung pun tak nampak. Lepas tu boleh pula text "sorry weh, aku ada hal la. lain kali ah jumpa eh". Eh whatta? Memang menyirap la en bila dah sampai tempat seperti yang dijanjikan, tapi orang yang buat janji tu tak datang.
Sebelum janji nak jumpa kat mana², make sure yang awak tu takde apa² hal yang takbole dielak ea sayang ;) takde la yang sakit hati lepas ni.

For those yang couple, tak payah la nak janji macam². Tak payah janji "tak kan tinggalkan" si dia. Semua tu dusta belaka! #ceh, ayat wa tkbole bla doe. Seriously jangan janji. Aku dulu time loving² dulu, lelaki tu suruh janji. Aku cakap aku tak berani janji. Terus terang je la en taknak janji. Daripada janji terpaksa, baik tak payah.
Kalau ada yang janji and betul korang tak tinggalkan lelaki / perempuan tu, aku respect korang! Serious! Sebab jarang kot couple yang tunaikan janji diorang tu. So, moga bahagia sampai akhirat ;) selalunya orang bercinta lepas kahwin, kan? :')

Aku tak suka janji, aku lebih suka guna perkataan insyaAllah :') sebelum ni ada orang pernah janji dengan aku, tapi satu pun tak pernah nak tunaikan. Sebab tu aku benci dengan orang yang suka buat janji :)
Korang pula macam mana? Kalau ada yang tak suka apa yang aku tulis kat entry ni, serang je kat komen tu. Aku tak delete punya la! ;)



Bye!

14 - 17 ramadhan


14 ramadhan

Nasi tomato kali ni beli kat bazaar Damansara Damai. Memang sedap!


15 ramadhan

Makan nasi minyak woiii! Hahahaa! Nasi minyak dengan rendang ayam. Perghhh! Memang layan ahhh! 3 kali aku tambah, pelahap betul, HAHA! Nasi minyak tu kawan mak aku yang masak. Hari tu diorang projek kat rumah kawan diorang kat bawah. Mak aku cakap mula² nak masak rendang, lepas tu tiba² kawan dia suruh masak nasi minyak.
Adik aku boleh pula kata "kira ni ganti a. kan nanti ang tak dapat pegi kenduri maksu sbb ang masuk plkn", SHIT =,= kurang dah selera nak makan. HAHA. Actually maksu aku nak kahwin bulan November nanti, tapi aku tak dapat pegi :(


16 ramadhan

Makan bihun goreng je :D


17 ramadhan

Nasi tomato lagi, HAHA :D


Bye! :)