Pets

Sugar Glider!

July 13, 2011



Tengok la tu, comel kan? Eeeee! Geram betul aku tengok binatang tu. Aku mula suka Sugar Glider sejak tengok binatang ni kat tv, rancangan Majalah 3. Err sebenarnya aku jarang tv siaran macam tu. Tapi bila tengok ada binatang comel tu, aku pun layan je la tv tu. Awww, serious comel! Harga pun comel k ==' diorang cakap lagi kecik, lagi murah and lagi besar, lagi mahal. But kalau kecik, susah pula nak jaga. Orang tu cakap kalau kecik, senang mati. Err, kang kesian pula kat binatang comel tu. Kan kan kan? :'(


Lepas bape hari aku tengok binatang tu kat tv, aku rasa macam nak bela binatang tu. Lepas tu aku tanya mak and abah,

FD : boleh tak nak bela sugar glider?
Abah : #buat muka sebab tak pena dengar nama tu
Mak : Binatang apa tu?
FD : alaa, binatang yang keluar kat tv hari tu, comel oh!
Abah : #diam je
Mak : macam mana rupa dia?
FD : mata dia bulat, badan kecik. comel!
Abah : bape harga dia?
FD : dalam dua ratus kot
Mak : tak payah mengada, mahal
FD : alaaaa #buat muka annoying =='

K, mak aku tak bagi. Sumpah "suka".
Baru-2 ni aku ada tanya lagi soalan yang sama. Kali ni jawapan mak aku lain

FD : maaaaaakkk! boleh la mak. nak bela binatang tu
Mak : jangan nak mengada! mak tak suka
FD : alaaaa maaaaaaakkk :(
Mak : kalau nak bela binatang, tunggu ang nikah esok. ang bela la ular ke, ghimau ke, suka hati ang la. mak tak kisah. tapi dalam rumah ni, jangan nak bela apa. kat ruma ni bole nyamuk, cicak je.
FD : semut, mak? HAHA
Mak : haaa! nyamuk, cicak dengan semut je bole kat dalam rumah ni. lain takbole.
FD : hahaha! kk

Aku dengan Darlina bantai gelak lepas dengar jawapan dia. HAHAHA! Okay la, lepas aku dah kawin and duduk rumah lain je boleh bela binatang. Aku nak bela ular terus, HAHAHA!

#harap-2 ada orang baik hati nak bagi
sugar glider time birthday aku nanti :D


Bye! :)

You Might Also Like

19 comments

  1. binatang yang kluar kat majalah 3 hari tu kan..
    comel comel
    siap boleh bwk pergi jalan jalan lg hehehe

    ReplyDelete
  2. Yup, hihi. Bawa jalan2 best tu, binatang tu pun boleh lepak2 dengan tuan dia :D

    ReplyDelete
  3. comel gilos binatang tu..teringin jugak nak bela tapi mahal wuwuwuw

    ReplyDelete
  4. Haa, tu la pasal. Mahal sangat =='

    ReplyDelete
  5. mmg comel..tp xnk la bela..sbb kecik sgt..nty FC pegi penyek,,,haha

    ReplyDelete
  6. kwn sy dpt birthday gift sugar glider from her bf.. :)

    kalau rajin,visit la blog die..die ade cite sal binatang tuhh
    http://gadis-periang.blogspot.com/
    =)

    ReplyDelete
  7. Feeqa : Hahaa, kesian binatang tu nanti

    ReplyDelete
  8. Azreen : OMG! So sweet! Serious jealous k. HAHA!

    ReplyDelete
  9. skali terlenyek ,mampus bintang tu kang. hehe ;)

    ReplyDelete
  10. tengs visit blog hana. :)

    hehe berharap la agar dapat masa harijadi. ^_^

    my boyfie work hard for it tau. wee~ ♥

    ReplyDelete
  11. Aww, sweet la bf hana tu. Jealous jealous! Hahaa. Btw jaga baby boy tu elok2 tau :p

    ReplyDelete
  12. hahahaha.. mahal ke baby tu? brape sekor?

    ReplyDelete
  13. Yang Diana tau, dua ratus lebih. Harga dia ikut umur sugar glider tu.

    ReplyDelete
  14. sekor around rm270 cmtu. starter suma lebih kurang rm500 gk laa. nk sedap rm600. HAHAHAHAHA

    ReplyDelete
  15. Hahaha! Mahal woo. Kang nak beli barang2 keperluan dia lagi. Pergh! Mau melayang dekat seribu nanti

    ReplyDelete
  16. sempoi la mak diana..like my mom..haha

    ReplyDelete
  17. Haha, mak kita bole jadi geng la ni :D

    ReplyDelete
  18. kita ada :) nama dia kiki.200 lebih kot ayah kita beli.comelll!!!!!

    ReplyDelete