30 day challenge

Day 20 - Hari ke 20, apa yang terjadi?

July 11, 2011


Bangun dari tidur, ON computer then Sarah terus cakap "atak! nyet nyet!", maksud dia "akak! monyet monyet!". Haaa! Dia bukan panggil aku monyet la gila. Aku faham sangat dah maksud dia. Dia nak tengok video Bruno Mars yang The Lazy Song tu. Pasang je lagu tu, dia pun terikut angguk-2 macam Bruno Mars and monyet-2 tu.

Dari siang sampai ke malam asyik dengar lagu tu je la. Then abah balik keje, abah cakap nak pegi Jusco. Aku laju je cakap nak ikut. Yela, bosan sangat duduk rumah sampai tak tau nak buat apa dah. Dah sampai Jusco,  Sarah minta kat mak aku, "mak, wet wet!". Kecik-2 lagi dah pandai minta duit tau! Hahaha! Baru tiga tahun tu. Dah besar panjang kang, nta apa la yang dia minta nanti. Lepas dapat duit, Sarah ajak pegi arcade. Dia memang dah khatam dengan Jusco tu, HAHA. Mak and abah aku pegi mana nta.

Kat arcade, aku nampak patung DOMO. Nasib baik aku dah ada patung DOMO. Kalau tak, memang dah lama aku nak dapatkan patung tu. Kat area arcade tu ada taman untuk budak-2. Aku ajak Sarah pegi situ. Then aku masuk sama konon nak jaga la. Padahal nak tengok TV kat situ, layan JUVANA sat :D hahaa! Kat taman tu ada pondok main masak-2. Kalau aku kecik lagi, dah lama aku main kat situ juga tau. Nasib baik aku ni dah besar panjang #besar la sangat, padahal badan size budak juga :D

Lepas dalam 10 minit kat dalam tu, abah datang kat taman and ajak balik. Brrr ==' aku ingatkan boleh la duduk kat Jusco tu lama kejap, nak tengok-2 baju and seluar kot-2 ada yang aku berkenan ke. Tapi hampehh ==' cepat bebenor nak baliknya. Haihhh.

Balik dari Jusco, terus ON computer. Internet slow gila. Ni pun sebab aku nak buat challenge tu. Haa, sampai sini je la.


BYE! :)

You Might Also Like

4 comments

  1. alo comei gle pelat..hye atak..hihi=p

    ReplyDelete
  2. Anak desenor : Hihi! Atak ea? Dah macam katak pula.

    ReplyDelete
  3. Salwa : Kadang-2 ke syok :)

    ReplyDelete