30 day challenge

Day 10 - Hari ke 10, apa yang berlaku?

July 01, 2011



Tadi tengah online, tiba-2 mak tengok muka aku. Aku pun macam "eh, kenapa mak ni?". Then mak aku tanya "hang pakai bedak ke?" Aku bantai gelak ah. Dia pun tau yang aku ni jenis tak pakai barang-2 yang agak keperempuanan ni. Then aku tanya mak balik "tak pun, kenapa?". Mak aku cakap "muka berseri ni kenapa? nampak gebu". Memang aku gelak ah en. Berseri mende la pula mak aku ni merepek.

Pssttt!
Sebenarnya kan, kalau lepas aku nangis, pipi aku lembut semacam. Bukan nak puji diri sendiri ke apa la kan, benda betul kot. Aku sendiri pelik. Air mata aku tu ada apa ea sampai effect kat kulit muka aku ni. Kadang-2 rasa macam nak nangis hari-2 pun ada. Biar pipi aku ni nampak gebu. #bak kata mak. BHAHAHAHA! xD


____________________________________________________




Tengah lipat kain tadi, tiba-2 mak suruh gorengkan telur untuk Sarah. Lepas dah goreng, aku tanya Sarah "nak makan tak?". Boleh pula dia jawab "anak!", means taknak. Biasa la, adik aku pelat. Haha! Then aku cakap la, makan telur. Dia macam tak percaya tau. Dia still cakap taknak makan. Aku geram, aku bawa la telur mata kerbau tu kat depan dia. Boleh pula budak kecik tu taknak pandang. Aku pun bawa la tunjuk kat depan mata dia. Hamek kau! Terdiam terus daripada ulang cakap taknak tu. Hahahaa! Aku dengan mak aku gelakkan Sarah. Then dia terus nangis, HAHA! Manja betul adik aku tu.

Sarah tu memang suka makan telur mata dengan kicap xD

____________________________________________________


Tadi kenal sorang perempuan ni kat fb. Dia tanya aku stay mana. Aku jawab la Damansara. Then dia cakap orang kaya.

Seriously tanggapan korang tu salah k. Tak semua orang yang duduk kat Damansara ni, orang kaya. Kat sini bukan rumah teres or banglo je. Ada juga apartment and flat. Ada orang cakap yang budak flat tu orang kaya? Tak en? So, tak semua orang yang stay kat Damansara ni orang kaya k sayang? ;)

Luaran nampak kaya, tapi realitinya cuma orang tu sendiri je yang tahu :)

Tu la yang jadi hari ni :D
Bye!

You Might Also Like

4 comments

  1. hahaha
    untung laa..nanges tiap2 ary
    lembut je kulit
    jimatt duet spend tok cleanser kan
    ^_^

    ReplyDelete
  2. yups! btol tuh..ckp duk damansara, sure kene cop kaya.. =.=! pnh alami situasi tu jgk..~

    ReplyDelete
  3. Hahaha! Tak suka oh orang pk yg kita ni kaya. Padahal biasa-2 je. Bukan anak Dato' ke hape ke.

    ReplyDelete