Gadget

XPERIA X10 Mini

June 13, 2011


Assalamualaikum :)

I'm using XPERIA X10 mini

Mula-2 aku nampak phone tu, memang excited gila ah sebab aku memang nak sangat phone macam tu. Tanpa fikir panjang, aku minta kat abah aku untuk belikan. Tanya tokey tu, boleh trade in phone tak? Dia kata boleh. Time tu phone XPERIA tu kira murah la sebab tu harga promosi, dalam RM400 lebih macam tu. Kira murah la kan? Sekarang ni, agak mahal sikit la. Dah harga pun murah, kitorang trade in la phone yang aku pakai time tu. Dapat la dalam RM150 macam tu kot. Dulu aku pakai phone Spiro, Sony juga. Tak sampai sebulan kot aku pakai phone Spiro tu, terus trade in. Haha! :D

Btw, phone Spiro tu macam haram jadah la juga sebab senang gila jammed, plus stuck. Aku ni pula jenis cepat angin, nak marah je keje. Nasib baik phone tu aku tak campak. Hee :D

Bila dah beli phone XPERIA tu, macam kuno kot. Al maklum la, aku ni tak reti sangat pakai phone touch screen bagai ni. Hahahaa! Macam biasa, sebelum aku yang pakai, abah aku la yang semangat nak cuba macam-2. Amik gambar la, tengok semua function dalam phone. Dah petang sikit, baru aku yang godek-2 phone tu.

Aku pakai phone XPERIA ni sampai sekarang. Kira banyak kenangan la dengan phone ni. Ecehh, phuii! Hahaha! But aku tak bape suka sangat phone ni. Senang jammed juga. Lagi satu kredit aku banyak melayang macam tu je, sebab TERbuka internet, TERcall orang. Macam mana boleh TER tu? Haaaa! Monster kecik dalam rumah ni la yang buat. Siapa?

Sarah, 3 tahun

Tengok tu. PSP pun dia reti main, inikan pulak phone? Macam tak percaya kan? Kadang-2 kalau dia bosan dia mesti cakap "atak, nak pon" Hahaha! Faham tak? Tak faham? Meh sini nak translate, "Akak, nak phone". Haa! Kecik-2 lagi dah pandai minta tau. Hahahaa! :D

Lagi satu yang aku tak suka, battery phone ni cepat sangat habis. Kalau banyak text or call, tak tahan setengah hari pun. Mesti tak percaya, kan? Kadang-2 menyirap juga pakai phone ni. Dah nama pun smart phone, beteri je yang tak bape nak smart.

Yang bestnya boleh install macam-2 application la :D and sound, camera tu semua okay.
Takde cacat apa pun. Hee :D

Tu je kekurangan and kelebihan phone XPERIA ;)

Ini spec Xperia X10 Mini;

BODY
Dimensions 83 x 50 x 16 mm (3.27 x 1.97 x 0.63 in)
Weight 88 g (3.10 oz)
SIM Mini-SIM

DISPLAY
Type TFT capacitive touchscreen, 16M colors (65K effective)
Size 2.55 inches (~48.5% screen-to-body ratio)
Resolution 240 x 320 pixels (~157 ppi pixel density)
Multitouch No
Protection Scratch-resistant glass

MEMORY
Card slot microSD, up to 32 GB (dedicated slot), 2 GB included
Internal 128 MB

CAMERA
Primary 5 MP, autofocus, LED flash, check quality
Features Geo-tagging
Video 480p@30fps

You Might Also Like

0 comments