10 things in 10 days

Day one : 10 things about you

May 18, 2011


*saje gedik letak gamba yg tak bape nak lawa ni*

Whoaa, 10 benda tentang aku. Okay, kat entry aku ni la korang boleh tau semua pasal aku :)

1st : Nama penuh aku Fatin Diana binti Othman :) Nama ni mak aku yang bagi. Aku tak kisah pun orang nak panggil Fatin ke, Diana ke, asalkan bukan yang pelik. Kalau pelik tapi bunyi macam comel tak kisah la. Heee :D Actually kebanyakan yang panggil aku Fatin cuma family and orang terdekat je, macam saudara mara and cousin aku. Dekat tempat tinggal aku yg lama dulu pun ramai yg panggil aku Fatin. Start pindah kat Damansara ni ramai yg panggil Diana. Tak kisah la nama apa pun but still nama aku kan :)

2nd : Aku ni senang menangis. Yeah, aku tau korang mesti fikir "Gedik sial nak nangis² ni. Macam budak kecik je. Eeeee! Menyampah gila!" Kan kan? Mesti fikir macam tu en? Haha! Lantak korang la nak benci aku ke hape ke, macam aku kisah pula en. Kenapa aku senang nangis? Aku pun tak tau la. Kalau tengok cerita romantik yg agak tersentuh perasaan, mula la meleleh. Lagi satu kalau kena tengking sikit, mesti rasa macam nak nangis. Sensitif gila wey! Nina and Naza kenal sangat aku ni :D Diorang selalu marah kalau aku nangis. Heeee :D Sorry la wey, aku takbole control air mata kot :D and and kalau aku marah orang, aku sendiri akan nangis. Pelik en? :D

3rd : Aku selalu marah orang. Mangsanya siapa² yg buat aku marah la. Ingat lagi time sekolah dulu. Ada la dalam 3 or 4 orang budak laki ni, suka sangat sakat aku dengan Mia kat sekolah. Manusia tu Helmi, Azeem, Amin. Kadang² si Zarul sibuk nak join diorang. Ada sekali tu aku dah bengang sangat, aku dah simpan kayu kerusi yg dah patah kat dalam laci meja. Sekali tu bila diorang nak sakat lagi, aku gertak tunjuk kayu tu. Diorang gelabah sikit je. Dia buat lagi, aku betul² takbole tahan dah. Aku terus baling kayu tu kat diorang. Terdiam terus kau! Hahaha! xD so siapa² yg nak berkawan dengan aku, kena faham dulu aku ni macam mana. Nak bergurau pun agak² la ea sayang? ;) and lagi satu! Kalau aku terlampau marah sangat, aku diam je :)

4th : Aku sombong sikit. Yeah! Aku SOMBONG tau weyyy! Haha xD sifat nak berkawan tu takde sangat actually. Aku ni kadang² memilih juga kalau nak berkawan. Tu pasal kawan aku tak ramai. Padan muka aku kan? Haha! Now aku rasa macam nak mesra sikit la. Sikit je pun. Haha xD

5th : Aku ni umur je 18, tapi pendek. Haha! But nasib baik la ada geng. Siapa? Aku bagi capital je la eh. First, N. Second, P. Third Y and last capital R. Hihi xD geng aku bukan sorang je tau. Ada 4 orang tau. Kan korang kan? Heee :D Wey wey, aku sayang korang tau! Heee :D geng aku tu 2 orang sebaya, sorang 19 and sorang lagi 17 :) Semuanya aku sayang! Okay, keluar topik pula. Haha! Aku tak tau la aku pendek macam umur berapa tahun but a few people ada yg tanya "form bape ni?" for now yg paling muda diorang fikir aku ni form2. Whoaa! Muda gila wey! Haha! Suka suka! Kalau ada yg tak kenal aku, mesti diorang fikir yg Mirul, adik aku tu, abang aku. Hahaha! Yeah sebab dia lagi besar dari aku. Adik aku yg Darlina tu pun otw nak besar dari aku =='

6th : Aku kuat makan :D Yeahh! Aku kuat makan. Selalu makan makan makan. Even takde mood pun, nafsu makan aku tu jadi melampau. Sampai tengah malam pun still nak makan. Gila ah! Lagi satu yg pelik. Aku makan la banyak mana pun, badan still kecil. Tak besar² pun. Even berat badan aku pun maintain je dari form 4 and form 5. Around 40 lebih la. Tak pernah cecah 45. Aku tak tau la samada masalah tumbesaran or what. But seriously aku nak gemuk! Bukan gemuk yg melampau but agak berisi la. Takde la kurus sangat. Aku ni kurus kot. Jealous tengok kawan aku yg agak berisi. Boleh bagi tips macam mana nak naikkan berat badan? :D

7th : Aku ada parut kat dahi sebelah kanan. Haaaa! Macam mana ada parut? Meh sini nak cerita. Haha xD time kecik² dulu agak buas and nakal. Alaaa, biasa la budak². Mana ada budak yg tak nakal en? Tipu la kalau ada. Hahaa! Time kecik dulu, tak ingat la umur bape time tu. Main kejar² dengan cousin kat bawah. Time tu duduk kat flat, saudara pun duduk flat yg sama and blok yg sama. Sweet kan kitorang? HAHAHA! Tengah main kejar² tu, diorang lalu kat longkang kecik. So aku pun kejar la lalu kat situ juga. Kat longkang tu takde pagar kecik. Rasanya aku tak perasan kot ada longkang. Sekali tu, hamek kau! Aku termasuk dalam longkang tu. Rasanya pengsan kejap kot. Bila sedar, aku nangis² and tengok kat siku ada luka. Terus pengsan lagi. Hahaha! Sedar² je dah ada kat klinik. Baru lepas jahit. Aku tak ingat pula bape jahitan kena. Benda dah lama en, memang tak ingat ah :D

8th : Haaaaa! Yg ni penting! Untuk sesiapa yg selalu text aku la. Selalunya kalau aku text, aku jarang gila pakai shortform tau. Aku selalu text pakai ayat penuh even aku tengah busy sekali pun! Kalau aku banyak pakai shortform means aku takde mood, malas, sakit hati or so whatever. So korang faham² la ea kalau aku text macam nak taknak :)

9th : Aku ni jenis memilih bab makanan. Jangan fikir yg aku ni jenis suka makan yg mahal². Bukan okay?! Aku makan makanan yg mampu je. And aku jarang nak mencuba makanan yg aku tak pernah makan. Aku jarang makan seafood. Takde alergic pun, cuma memang tak makan la. Yg aku tak pernah makan sotong and kerang. Lagi satu! Aku tak makan makanan pedas. Kalau pedas, memang kena prepare air sejuk banyak². Satu gelas je tak cukup, seriously! Haha!

10th : Eh, sepuluh dah? Hahaha! xD Okay, yang last ea. Hm. Fikir fikir ==' Okay, dah! Aku ni jenis suka pendam. Aku suka sangat pendam rasa marah, sedih, segala yg negetif la! Then lama², aku sendiri yg sakit. Aku suka cari pasal, bia orang menyampah dgn aku. Aku tak tau kenapa. Haihhhhh =='

Okay, tu je la kot. Pergh! Lama gila aku nak update entry ni. Dari pukul 2 lebih tadi asyik menaip and fikir, pukul 5 baru publish. Hahahaha! xD

OKAY, BYE!


You Might Also Like

0 comments